Sunday, June 9, 2019

Membebel

Saya baca satu post FB yang menginspirasikan untuk tulis perkara peberet saya iaitu bebelan politik. Orang kata tulis politik ni boleh undang musuh. Itu kalau kau terkenal dan banyak like, lah. Saya tak begitu. Saya saja tulis suka-suka sahaja.

Hari Raya ni tak habis-habis orang cakap pasal janji. Dari janji TOL, sampailah janji tiada lantikan politik dalam kerajaan. Dari segi moral, integriti, kerajaan hari ini sangat memalukan, sebab tak tunai janji-janji ini. Dari segi kecerdikan, pula kita patut tanya balik. Hari itu sapalah yang pilih kerajaan hari ini? Kita juga,kan? Jadi nak salahkan siapa?

Saya ini yang memang cerdik dan tak undi PH pun akur dengan kerajaan yang gagal menepati janji pada hari ini. Saya tak ada apa-apa nak komplen pun. Dah kau ramai-ramai juga yang angkat kerajaan tak reti tunai janji tu, sekarang kau nak marah-marah pulak. Apa ke gila namanya tu? Mungkin yang mengundi PH hari tu tak kenal ketua kerajaan kita pada hari ini, kut? Beliau seorang yang licik. Maunya beliau dari kita ialah kita kerja macam kuli, dapat duit banyak, lepas tu bayar cukai banyak. Dapat cukai, dia buat projek bagi kat kroni dan rakan-rakan, swasta sana-swasta sini, semua dapat kat kawan yang dia suka. Dah banyak duit, kawan-dia bolehlah main judi kat bursa saham. Kau, saya dan kita-kita yang bukan kawan dia, janganlah berangan lebih-lebih. Kerja lebih boleh, berangan jangan lebih. Itulah pemimpin yang telah kamu orang semua pilih.

Saya yang memang kenal ketua yang kita panggil PM, tu jadi saya memang tak ada apa nak komplenlah. Orang komplen-komplen pun saya dengar aje, dan hari ini saya nak nak tulis komplen/ulasan orang. Pasal TOL macam dah basi. Tak best nak tulis, ni nak tulis pasal benda yang masih panas lagi. Pasal Boss SPRM yang baru. Pergh... yang tak puas hatinya bukan calang-calang orang macam TOL tu, tapi kawan-kawan politik PM sendiri yang berbunyi menagih janji. "Mana dia janji tak nak letak orang politik!!!" seru mereka. Tapi benda ini takkan panjang pun rasanya sebab takkan kau masih tak kenal PM kamu yang diktator itu?

Dia sangat licik dan lincah walau dah berumur pun. Bab politik, dia memang NO 1. Ada orang kata yang berbunyi tu sebab takut dengan dia-dia sekali kena sumbat dalam penjara dan melepaslah dari nak jadi PM-ke8. Puas saya fikir, apalah skandal selain mengunyit pun yang kau ada, yang kau nak takut-takut sangat tu,kan? Tapi tu si PM tu selain handal berpolitik, dia juga handal mengarang naratif projection. Dia berskandal, dia projekkan kat orang lain yang berskandal. Itu pasalah agaknya ada yang dah ketakutan. Takut diangkat jadi pemain utama dalam naratif skandal PM yang seterusnya. he he... Ini PM kalau dia mengarang naratif, bukan macam kau, karang-karang habis kuat pun dapat anugerah Sasterawan Negara, atau penulis box-office jak. Ni karangan PM tak de anugerah, tapi watak utama dalam naratif beliau boleh  dapat surat SPRM, PDRM, masuk mahkamah, masuk penjara, harta semua kena lucut hak. Gituhhhh... dahsyat tak mata pena dia? Terduduk, terjelepuk sapa-sapa yang masuk dalam karangan beliau. Kau ada?

PM ada masa kurang 12 bulan untuk melepaskan takhta seperti yang dia janjikan. Itu pun kalau dia buang tebiat, tetiba dia bertaubat dan nak tunai janjinya. Kalau dia tak buang tebiat, alamat lepas 12 purnama berlalu kempunanlah kamu urang nak tengok muka PM baharu, kan? Kita tengok aje dalam masa kurang dari 12 bulan ini, ntah apa naratif projection agaknya yang bakal kita baca.


Nota:

Naratif projection tak ada dalam kamus pun. Saja saya cipta untuk menggambarkan seorang mengada-adakan cerita orang tu tak betul, orang ni tak betul, bila dia sendiri buat benda tak betul itu. Frued kata bila id(nafsu)nya asyik tewas je dengan super-ego dia, dia project all his wrong doing to another person as his defense mechanism. Dia karang cerita tak bermoral, tak berintegriti, tak berakhlak yang dia dah buat tu semua-semua, tapi karangan yang sepatutnya ditulis, "saya buat itu, saya buat ini", bertukar jadi "dia buat itu, dia buat ini". Atau pun kalau beliau tak tukar saya jadi dia, beliau bernyanyi, "it wasn't me"


No comments: