Monday, February 18, 2019

Taki-Taki-TakiTaki-Rumba

Hari tu kawan saya kemain bangga lagi cakap kunun nak buat gerak kerja team cyber konon antara PAS and UMNO untuk PRU akan datang... tetiba tuuttt... kuar cerita PAS di belakang TUN M. Siap kuar pengakuan bertulis, ka bersumpah, tak pasti. Tapi perakuanlah. Perakuan PAS di belakang TUN andai ada pembelotan berlaku dalam PH. Saya pun PM kawan, terkedu senyap terus.

Yang di petik nama sebagai sudah keluarkan pengakuan ini ialah Takiyudin ntah apa nama bapak dia tah. Pagi ni keluar pulak cerita Khairy Jamaluddin kata, Takiyudin kata, "tak de pun kita cakap apa-apa sana Tun". So Khairy kata "tak mengapalah kan sat lagi nak ngudi di Semenyih, kita tengok ajelah PAS sokong sapa. Apa bising-bising? Wait and see ajelah, kan?" Khairy tidaklah cakap macam itu, saya je yang tulis dalam bahasa saya. Nak tau apa Khairy cakap, bacalah sini.

Itu PAS kita tak kisahlah dia nak sokong sapa ea.

Yang menarik dari cerita ini ialah, siapa pembelot? Siapa dalam PH nak mengkhianati TUN? Jeng jeng jeng....

Let say Abang Non. Abang Non cari geng lain to be PM if Tun mungkir. Abang Non plan PKR+UMNO+PAS rampas kuasa dan jadi PM. Boleh ka? Cukup ka kerusi? yang penting benda ni memang mengarut betul. Too good to be truelahkan. Walau bagus jika jadi nyata. Kuasa Melayu akan kuat. Itulah yang saya sebagai Melayu ni mau. Tapi saya tau benda tu susah nak jadi. Ibarat saya berangan nak kawen dengan orang kaya leerrr he he.

Saya nampak sekarang ni battle between Melayu liberal & Melayu konservatif. As a creative person off courselah saya lebih "aman/gue/ngam" dengan Melayu liberal ni. Tapi as a Muslim, biarlah kita konservertiflahkan. I note that  the not so creative people they cannot like kawal diri sangatlah kalau derang tak konservetif. Hanyut anak muda kalau Siti Kassim yang lead Malaysia ni.

Even though most of the time saya memang banyak makan hati berulam jantung dengan kawan-kawan konservertif, as their jangan tu, kadang killing my creative juice flowing freely, saya diam aje. Saya bukan kawan Siti Kassim. Saya ini kuli-kuli biasa, kampung-kampung sahaja. Jadi baiklah kekal imej kampung, kan. Tok sahler tekinja-kinja nak jadi Aishah Abdul Jalil yang kuat backing Siti Kasim tu. Kita ni orang Melayu bukan orang putih. Takkan senang hati kita nengok, gelagat kelaku geng-geng Siti Kassim ni...

My support is with conservatism, walau saya sendiri saya terpaksa makan hati. Tapi sekarang ni memang the liberal sedang lead the countrylah. Nak kata saya happy sesangat tu memang, honestly kadang-kadang tu ada juga bercakap dalam hati ini, padan muka, kan, hah percaya sangatlah dengan Pakatan Harapan. Tapi kalu tengok tetiap hari menteri Melayu tak sudah berdrama, artis pulak duduk celah kengkang abang menteri, memang kita takut besok anak-cucu kita terikut-ikut dengan kelaku Pemimpin pemuda tak cocok dengan budaya timur kita. Jadi adakah puak-puak konservertif ini akan berjaya rampas kuasa? Hanya Allah yang tahu.

No comments: