Sunday, November 27, 2016

DOSA PENULIS?

SENI UNTUK SENI  vs SENI UNTUK MASYARAKAT

Soklan-soklan-soklan, eh makcik. Saya ada satu soklan….
Saya ini penulis puisi cinta, saya kacak, berkedudukan dan masih single. Abeh kalau katalah tak lama lagi saya kawen, ada peminat saya bunuh diri, jadi gila, macam mana eh? Adakah saya berdosa?

Itu gimik jer tu hehehhe….jawabnya di bawah nanti.

Saya menulis sebagai terapi dan saya tidaklah orang kata apa eh… macam ada goal ke hapa ka,kan. Saya sedar tulisan saya tak Dewan Bahasa & Pustaka compliance. Saya bukan penulis. Saya cuma pembaca, peminat sastera sahaja.Dulu masa saya sakit, memang iyalahkan orang sakit, mana boleh banyak bergerak sangat. Jadi saya habiskan masa membaca buku-buku sastera ni. Baca blog orang. Zaman itulah zaman blog tengah power. Blog dengan pengiat sastera macam aur dengan tebing. Hari ini mereka lebih kepada FB. Tweeter dan insta, dan entah apa lagi,lahkan yang saya tak tau.

Saya slow baca sastera ini bukanlah bermakna saya dah tak hobi lagi sastera, cuma bila saya mula belajar semula saya tak ada masa nak baca karya kreatif. Bila saya sudah semakin pulih, saya took swimming, hah lagilah kurang masa, itu,kan.  Saya rasa aktiviti ini lagi best dari baca karya sastera. Bila saya sudah semakin pulih, saya masuk advocate Mental, hah lagilah masa saya dengan sastera makin kurang-kurang-kurang-kurang, dan hanya follow sikit-sikit dalam FB. Isu deme tetap macam dulu, adakah aku berdosa? Iya seperti yang saya pernah ulas dulu apa orang kata polemic??? Seni untuk seni  Vs Seni Untuk masyarakat. Saya memang tak pro mana-mana. Adakah penulis patut dipertanggungjawabkan atas setiap kesan, impak dia pada peminat? Pada Masyarakat?

Biasa yang rasa bersalah ini adalah penulis frinjan, penulis persendirian. Penulis yang menulis untuk ITBNM dan Dewan sastera, mereka dah ada standard yang ditetapkan. Kiranya kalau karya kau terterbit di sana memang kau dapat pahala berganda-ganda, tak de dosalah. Badan-badan ini dah tapis semua. Halalan Toiiyiiibaaa.

Kita cakap pasal yang tak bertapis, tak ada sijil Halalan Toiiyiiibaa ini. Rasa bengangla mamat sorang ini,kan. Ada orang dah murtad,ka baca karya dia? Ada orang dah commit zinaka? blab la bla…. Over thingkinglah pula dia, ya. Ginilah adik. Kalau kau menulis karya sastera. Sastera ini sudah tinggi. Orang-orang tinggi sahaja baca karya kau itu, jadi tak timbul, mereka jadi gila, murtad, berzina sebab benda yang engkau tulis hokey…

Abeh apa yang melalak-lalak marah yang penulis akan dipertanggungjawabkan itu? Ntahlah,kan. Sapa yang melalak tu? Mungkinla pembaca yang overgenius, yang anak mereka baru tumbuh gigi, tak mahir berfikir, sudah pandai baca kitab itu,lah tu.Risaulah tu benda-benda ini akan merosakkan anak-anak mereka.

Berbalik kepada soklan pada mula tulisan tadi. Adakah dia berdosa? Macam saya kata tadi, sastera ini untuk orang yang tinggi. Mustahil ada dalam kalangan orang tinggi turn psiko ka kerna cinta? Kalau tengok cerita drama Melayu petang-petang itu,kan. Yang jatuh gila sebab berebut hero-heroen semua anak datuk-datuk, professional belaka….dan saya percaya pada karya Ibnu Jauziah dengan judul Cinta dan Rindu mengikut Al-Quran & Sunnah bahawa MENTEL yang tak disalur/dilayan dengan betul boleh mengakibatkan ke MENTALAN/turn psiko. Orang tinggi-tinggi cuma ada cita dan kalis cinta ka?

Let say dia tak kalis cinta? Dia turn psiko, dia bunuh diri, gara-gara tulisan penulis puisi cinta yang "berhantu" itu, ada penulis berdosa?

Cuba kita lihat at the bright side of it (saja2 nak nyedapkan hati penulis jak ni seeloknya tanyala USTAZ, iya idok). Bila dah psiko, sembahyang, puasa semua-semua dah tak wajib dah. Bunuh diri dalam keadaan psaiko tak de hukum derrr. Hrmmm, patut dia berterima kasihlah pada penulis tadi,kan kepsikoan dia bikin dia dah terlepas dari pemerhatian malaikat Rakib dan Atid, dah. Hehehehe….

Ini  saya punya personal opinion hokeyyyy! Di ulang lagi sekali ini opinion ala-ala terapi minda dan nak nyedapkan hati sendiri. Janganla ada yang marah-marah, ya.

No comments: