Saya curi di Wall FB tanpa izin he he he |
Saya pernahlah pergi ke acara ni sebanyak dua kali. Ada
orang kata acara cari jodoh walau pendakwa tidaklah pula menyertakan statistik pasangan yang telah bertemu jodoh melalui acara ini. Acara budak-budak baik cari jodoh katanya lagi. Iya saya memang setuju budak yang datang ke acara ini ialah budak yang baik dan pastinya berakhlak mulia, ulat-buku yang
pemalu. So, as a parents, kita tak patut risau jika anak kita minta izin untuk ke acara ini.
Dalam acara yang saya pergi itu, yang paling saya ingat ialah
persembahan Fynn Jamal dan jejaka yang menamakan dirinya sebagai Mat Jan. Fynn
dah jadi artis terkenal, Mat Jan pula juga tak kurang jayanya. Sudah berkeluarga
dan berkerja sebagai guru. Saya juga ada membeli buku yang ditulis oleh Vovin
atau nama sebenarnya Nazri. Juga Faz Al Akiti. Mereka semua dah Berjaya-jaya.
Fadz jadi Editor Majalah berprestij Negara Dewan Sastera, manakala Nazri
Novelnya dengan judul Karipap-Karipap Cinta telah diadaptasikan ke Layar Perak.
Karipap-karipap Cinta versi filem diarahkan pula oleh pengarah "brilliant" yang disegani di
Malaysia iaitu saudara Othman Hafsham, Cinematic.
Tapi sayang, bila buka FB, pada hari ini katanya…semua itu
akan berakhir. Apa masalahnya. Kekurangan sambutan, dana, atau pengiatnya semua
sudah letih agaknya. Atau juga teraju utamanya telah bertemu jodoh dan ingin
menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Tak kisahlah tu. Orang kata patah
tumbuh hilang berganti,lah tu.
Saya lupa pula nak mention, MASKARA ini sinonim dengan
Sindiket Soljah dan Pink Platoon. Bila sebut Pink Platoon dan sindiket-soljah berdosalah kiranya
saya tak sebut nama Che Daun yang khabarnya sudah jadi suri yang berbahagia
sekali, Sinaga-naga sebagai ntah sort of like the highest ranking officer in
the syndicate, dan juga Tok Rimau seorang blogger selebriti yang pernah masuk majalah wanita itu.
Saya tau ada ramai lagi soljah...kalau tak tersebut tu minta-maaflah iya. Setakat menyebut nama yang saya ingat dan pernah jumpa mereka buat persembahan di acara tersebut.
Saya tau ada ramai lagi soljah...kalau tak tersebut tu minta-maaflah iya. Setakat menyebut nama yang saya ingat dan pernah jumpa mereka buat persembahan di acara tersebut.
No comments:
Post a Comment