Sebagai orang bujangan memang saya ada banyak masa lapang
dan salah satu aktiviti kegemaran saya ialah membuat kek coklat dan kueh mueh.
Melalui pembuatan kek dan kueh-mueh inilah yang menjadikan saya tidak sukar
mendapat kawan di tempat kerja.
Mungkin agaknya kek saya sangat sedap ka ntah ke hapa ka,
ada juga yang mencadangkan saya untuk mengusahakan pembuatan kek ini secara
komersial. Kata mereka agak susah untuk mencari pembuat kek di kalangan orang
Islam. Saya pun rasa pelik sebab kalau online, melambak orang kita yang menjual
kek. Sekali orang cakap saya rasa tidak ada apa-apa. 2, 3 kali orang cakap pun
ok saja.
Namun bila yang bercakap itu ialah orang yang saya tahu
tidak berapa sukakan saya, saya rasa dia macam menghalau, aje. Dia tak mengata
saya, tapi dia mengata orang lain. Tapi saya yang rasa tersindir. Kata dia
macam ni, so & so, ntah anak sedara dia ka, ntah sapa ka, sangat pandai
belajar tapi lebih berminat buat kek dan sangat berbahagia menjual kek di
pasar-pasar malam.
Dan saya fikir balik, wat if aku ni kerja juruaudit ka,
akauntan ka, agak-agak ada berani tak dia suruh aku bukak business kek… he he
he…
Betul jual kek, buat kek nampak lebih senang dari jadi
akauntan atau juruaudit dan ada juga orang yang mempertikaikan bila saya
mengkhusus dalam bidang perakaunan. Mereka tidak yakin saya akan end-up jadi
Akauntan. Tapi saya rasa, itulah yang saya akan jadi lagi 15, 20 tahun lagi.
Tak perlulah kita percaya sangat pada mereka yang meragui
kemampuan kita. Saya hanya perlu percaya pada diri sendiri. Itu sahaja. Saya
tak salahkah mereka as I look more like makcik gemuk yang jual nasi lemak dan
kueh karipap dari seorang akauntan yang berjaya. Looks not mean the way I
dress, but the way I communicate. Kita
semua standard perempuan Melayu, dress code semua sama, apa profesion, pun
semua pakai baju kurung.
Benda yang kita bualkanlah yang menunjukkan siapa kita.
Menceceh pasal makanan tak sudah-sudah. Semua mai pun datang merujuk macam mana
nak bake itu, masak itu, masak ini. Dah, saya semua kerani merangkap
suri-rumah, lainlah jika saya berada dalam kelompok akauntan,atau bakal
akauntan. Ko tak tengok lagi, tu……hah, aku kalau bercakap dengan Akauntan,
akauntan semua kecut perut kalau-kalau aku ada bawak “Black Maria”, skali, tau.
Itu pasal kalau dalam perjumpaan Akauntan, waima pembantu Akauntan skali pun,
saya lebih suka berdiam diri dari bercakap.
Serius, pengalaman diserkap jarang sebagai ajen SB menjadikan
saya takut nak bercakap. Ada dia kata aku bawak “Black Maria”…kalau nak gurau
pun ingat-ingatlah sikit weh…mana ada Polis SB gemuk? Polis semua slim-slim,
tiap-tiap tahun kena timbang, kena lepas ujian kecergasan, mana lemak ada masa
nak menempek kat keliling pinggang.
No comments:
Post a Comment