Sunday, February 23, 2014

KALAU MENANG GAK....

Rasanya tak ada orang berani kata BN akan mengalah DS Anwar Ibrahim dalam PRK yang akan datang. Ada yang kata BN patut pulaukan sahaja PRK tersebut. Ada yang kata misi mereka bukan untuk menang, kalau menang itu bonus, dapat kurangkan majority pun sudah kira bagus.


Gambar ini saya ambil dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/


Memanglah kalau kita tengok calon BN ni, tak ada cacat celanya, cuma macam yang saya pernah kata, beliau tidak dilatih untuk mensandingkan diri dengan tuhan. Politik BN, ialah politik FUDAL, yang kaya, kuat melindung yang lemah. Imej yang selalu dipakai ialah imej ahli korporat berjaya yang penuh dengan tatacara protokol dan kerenah birokrasi yang hanya menjauhkan rakyat dari pemimpin pilihan mereka. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang paling berlapis-lapis tapisan kawalan protokolnya.

Berlainan sekali dengan pemimpin muda dari parti pembangkang yang sangat bijak menggunakan kelebihan dunia media baru bagi memberi gambaran, anda boleh tweet saya dalam apa jua keadaan ,online,kan...tak perlulah lah bersopan-sopan berdress code-dress code yang pelbagai, dan memening-mening memikirkan adakah tatabahasaku, sudah cukup sempurna, perbendaharaanku sudah cukup luas untuk berbicara dengan dia."it's lavatory dear, not toilet, santap bukan makan, beradu, bukan tidur bla bla bla..." bukan dia yang cakap, tapi pegawai protokol dia yang berlapis-lapis tu yang kata begitu bagi membantutkan keterujaan anda untuk berkomunikasi dengan pemimpin pilihan sendiri.

Namun tak mustahil BN boleh menang. Kita sebenarnya masih tak tau orang Kajang macam mana. Kalau menang, SPR samasekali tak boleh dikambing hitamkan, tapi orang Kajanglah yang berhati-hati takut-takut pemimpin yang bersandingan dengan tuhan, sejahat paderi dalam lagenda Robinhood, dan penganut Islam Kajang pula masih belum bersedia membuang Islam dari Perlembagaan Persekutuan.

Apapun kita tunggu sahajalah kesudahan episod drama anak-beranak ANWAR IBRAHIM ini. Memang panjang betul SAGAnya. Letih kita nak nunggu apakah kesudahannya, walau kita tau kebarangkalian sudahnya di Penjara Kajang lebih tinggi dari di Menara Putrajaya.

No comments: