Saturday, February 22, 2014

PRK KAJANG....SUSAH BN NAK MENANG tuuuhhh....

Saya meramalkan yang DS Anwar Ibrahim bakal menang dalam PRK Kajang yang akan datang walau kejadian PRK itu penuh dengan penipuan dan tipu daya yang sangat keji dan licik. Ustaz pernah kata, Allah kalau dia sayang kita, dia beri rahmat dan kejayaan, kadang-kadang ujian yand bertimpa-timpa. Kalau dia tak sayang pun dia bagi juga juga, sebab Allah dah tak sayang dan mau kita leka dan terus jauh dariNya.

Ustaz pesan lagi agar bila kita diberi jaya, kita harus lebih berhati-hati menyelidiki,  menginsafi diri dan tidak terlalu senang hati berasakan diri sangat dekat dengan tuhan, kerna katanya lagi manusia lebih mudah lulus/berjaya jika diuji dengan kesakitan, kehinaan, kesusahan (iaitu unsur-unsur negetif) dari diuji dengan perkara-perkara yang berunsur positif seperti kejayaan, pangkat, harta, serta pengikut yang ramai.

Saya meramal bukanlah pasal saya rasa tuhan dah tak sayangkan DS Anwar lagi, bukan tapi berdasarkan 2 faktor seperti pertamanya kemungkinan yang penganut kristian di Kajang juga setaksub penganut kristian di Subang Jaya dan penganut-penganut agama lain selain Islam lebih cenderung menyokong pemimpin yang bersifat liberal dan sudah berjanji dengan pihak gereja untuk menyokong untuk menghapuskan hak eksklusif penggunaan nama Allah hanya untuk orang Islam.

Seorang lelaki Islam liberal yang punya jaringan rakan-intelek internasional adalah lebih meyakinkan dapat menyerahkan nama Allah kepada gereja dari seorang Bekas Menteri perempuan Cina, yang di peringkat antarabangsa sama ada tak ada langsung, atau kalau ada, pun beliau kurang mempromosi diri, mendominasi media baru. Wanita MCA mau pun Lelaki MCA, pendek kata CINA MCA itu tidak seperti lawan mereka, contoh Hannah Yeoh yang cergas tak henti-henti berkicau meuar-uarkan dirinya bersandingan dengan tuhan Jesus di alam-maya. Pendek kata, lagi politikus BN memang malu-malu menyandingkan diri dengan TUHAN. Kalau mereka nak menyandingkan diri mereka pun akan nampak sangat janggal dan pelik. Dalam sejarah BN, hanya DS Anwar sahaja yang berjaya berbuat demikian. Waima Datuk Yusuf Noor yang berpendidikan dari Mesir, pun ditakdirkan memilih keterampilan koperat berjaya melalui FELDA.

Yang keduanya penganut agama Islam di Kajang sendiri yang sudah tidak seronok dengan peruntukan perlembagaan yang memastikan setiap anak Melayu mesti beragama Islam. Memang kebanyakkan orang Melayu yang cerdik, mereka tak berapa suka sangat dengan aturan ini. Kalau mengaji pun benak, susah nak dapat, sembahyang pun malas, baik jangan jadi orang Islam,kan. Islam hanya untuk orang-orang cerdik dan rajin sahaja.

Sebab kita pandai dan mau belajar mengaji itu susah, adalah lebih senang kita letak syarat untuk jadi penganut Islam kena pandai mengaji, dari kita menerima semua anak Melayu mesti Islam, lepas tu kita sakit-sakit kepala mau memandaikan mereka mengaji dan mendisiplinkan mereka untuk sembahyang 5 kali sehari. Jadi adalah lebih senang kalau kita ada pemimpin macam DS Anwar Ibrahim.


Saya? Dah tuk-nenek kita tetapkan Melayu mesti Islam, Melayu yang pandai wajib bersabar mengajar dan membimbing Melayu bodoh untuk mengaji dan tekun bersembahyang, saya ikut aje. Saya sayangkan tuk-nenek. Perangai tuk-nenek saya lebih sopan dan santun tidak memeningkan jika mau dibanding dengan perangai dan kerenah DS Anwar Ibrahim, anak, isteri dan rakan taulan beliau.

No comments: