Seorang tokoh wartawan aliran kiri
yang vateran tatkala berpeluang berjumpa beberapa bulan dulu di sebuah kedai
nasi kerabu di Gombak sempat berborak panjang dengan saya dan antara yang saya
sentuh adalah kedudukan PAS dan DAP serta Arab Spring dan kesannya kepada
Malaysia.
Kata beliau, Arab Spring bukan untuk kita di Malaysia. Ia bukan kebangkitan Islam namun kebangkitan keseluruhan rakyat Arab menentang kedahsyatan kediktatoran yang mencengkam sekian lama sedangkan di Malaysia tahap kediktatoran belum sampai ke tahap itu, justeru pengalaman yang berbeza.
Mengenai politik orang Cina, kata beliau mereka terbahagi kepada dua:
1. Kapitalis
2. Sosialis
Kapitalis adalah MCA dan Sosialis adalah DAP, namun kedua-duanya adalah cauvinis pabila isu hak mereka, bahasa dan budaya serta adat resam mereka dibangkitkan.
_______________________
Dalam konteks PAS yang memang dilihat tidak dominan dan banyak menurut dengan terpaksa mengalah kepada DAP (malah saya sendiri dalam beberapa siri wacana perasan betapa tegasnya DAP dalam beberapa isu khususnya mengenai hudud), apakah cara untuk mengekang DAP daripada terus bersikap demikian?
Premis asas yang perlu difahami, DAP meletakkan falsafah Liberal Demokratik - Sosialisme sebagai dasar parti mereka dan menolak langsung unsur agama mempengaruhi sebarang persoalan politik dan pembuatan keputusan. Mereka malah sering mendakwah bukan parti perkauman Cina semata-mata meskipun hampir 100% bahasa yang digunakan dalam mesyuarat, ceramah dan apa sahaja adalah bahasa Cina melainkan ada beberapa kerat Melayu dan India barulah mereka berbahasa Inggeris. Bahasa Melayu? Hmmmm....
Dalam masa yang sama mereka memang betul-betul tidak melimitkan penyertaan ahli mereka kepada Cina sahaja... kerana mereka adalah Liberal Demokratik, cuma kerana memang majoriti ahli DAP sekarang adalah Cina maka pastinya penguasaan mereka sangat ketara apatah lagi mereka dikatakan sebagai serpihan PAP dari Singapura.
Isunya adalah isu majoriti. Majoriti yang menguasai dan sistem mereka memang begitu selain mereka diyakini sangat berpegang teguh kepada prinsip-prinsip moral sebagaimana yang digariskan dalam falsafah Liberal Demokratik itu sendiri.
Kebetulan usai bertazkirah di sebuah surau di kawasan Taman Melati, isu DAP timbul dan seorang daripada jemaah berkata beliau ada pengalaman berorganisasi dengan orang Cina. Pada peringkat awal memang mereka kuasai organisasi tersebut, namun apabila orang Melayu saban tahun semakin ramai masuk organisasi tersebut, lama-kelamaan sifat kecinaan mereka juga sudah tida mendominasi. Antaranya adalah, bahasa yang digunakan untuk bermesyuarat adalah Melayu dan minit mesyuarat sudah menggunakan bahasa Melayu.
Justeru, menurut beliau cara untuk mengekang penguasaan Cina dalam sesebuah organisasi adalah tidak lain dengan orang Melayu ramai-ramai masuk ke dalam organisasi tersebut, lama kelamaan penguasaan mereka akan mengecil akibat daripada falsafah Liberal Demokratik yang mereka sendiri anuti.
Saya terfikirkan, tidak mungkinkah di masa hadapan... orang Melayu ramai-ramai masuk DAP dan menjadi majoriti yang mana presiden dan timbalan presiden DAP juga adalah orang Melayu Islam (malah mungkin ustaz-ustaz), dan ketika itu pastinya DAP bukan lagi parti cauvinis Cina sebagaimana yang didakwa selama ini?
Mohon komen....

No comments:
Post a Comment