Tuesday, July 31, 2012

Pengsan 2

Ok ini pula komen-komen berhubung dengan isu Melayu masuk DAP itu. Komen saya? Psiko kuat brangan. TTIIK Tapi dalam sana saya tulis, kalau DAP bagi Parlimen KOTA Melaka atau Bandar Maharani Muar pada DAP Melayu, bagus juga tu. Perkiraan saya sangat mudah, pembangkang kuat, rakyat juga yang untung bila dua2 kemaruk nak tawan hati rakyat.

Dan calon favourite ialah CIKGU saya sendiri. Tapi nak ka dia? Dia  tu kalu ko kasi dia billion2 (billon ya bukan million, kalu trillion lagi baguz) saya rasa dia ok aje.  Tapi Jimadie akan gaduh kata Faisal Tehrani, Faisal Tehrani...apa-apala. Faisal Tehrani pun Faisal Tehranilah... .


Komen 1
Idea yang menarik. Tidak silap saya, salah seorang anak kepada mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, sudah lama menyertai DAP. Tengku Zulpuri kini Timbalan Pengerusi DAP Pahang.
Jadi, tidak mustahil makin ramai Melayu yang berlatar belakangkan pendidikan agama akan masuk DAP satu hari nanti, jika kena cara promosinya. Penerangan yang Ustaz beri ini sangat bagus diketengahkan kepada awam, supaya mereka tahu DAP bukan parti kaum Cina, tapi parti yang majoriti kaum Cina.

Komen 2 

Menarik : Jika kita hendak melaksanakan sebuah negara yang faham akan erti keagamaan, maka saya berpendapat itulah yang perlu dilakukan. Ahli Pas yang benar2 faqih dalam bab pemerintahan perlu mendominasi di bahagian atas samada PKR atau DAP. Mungkin hari ini nampak mustahil tetapi sebenarnya jika kita bermula daripada sekarang. 

Salah satu perlembagaan PAS patut dikaji semula apabila tidak membenarkan ahlinya masuk ke dalam parti lain. Pas sepatutnya lebih terbuka dan memikirkan kaedah untuk memastikan setiap daripada parti lain boleh didominasikan. Bukan hanya untuk menghalang daripada Cina mendominasi tetapi lebih kepada penerapan sistem pemerintahan Islam dalam setiap parti politik yang lain.



Komen 3
Ok, pendek saja pandangan saya yang kurang arif ini. Saya bersangka baik. Memang asalnya DAP parti yang majoriti ahlinya Cina. Justeru semangat keCinaan pasti menjadi elemen yang tidak dapat dielakkan. Namun (harap maaf) fahaman UMNO-MCA-MIClah yang menyebabkan DAP bersikap demikian. Parti-parti BN yang sekian lama memacakkan hagemoni politik suku bangsa di Malaysia menyebabkan DAP juga terpalit sama. Seperti mana pada mulanya DAP dengan lantang menentang agenda Islam dibawa PAS, justeru selama ini UMNO yg menyerlah Islam sedemikian rupa (spt. tak boleh memerintah dalam masyarakat majmuk). Bila DAP bergabung dengan PAS dan PKR dlm gagasan BA & Pakatan Rakyat, saya melihat cahaya +ve kian memasuki hati pimpinan DAP. Insya-Allah, andai Islam yg dibawa PAS itu betul, DAP bakal menerimanya dengan baik. Suara-suara sumbang dlm DAP dgn sendirinya akan senyap apabila mereka melihat Islam dari sudut sebenar, bahawa Islam itu utk semua manusia dan tiada paksaan dalam beragama. :-)
Jangan risau, masing-masing tahu tempat masing-masing. Walaupun mereka tidak belajar Qawaid Fiqh, mereka dapat menilai antara mafsadah dan maslahah. Penilaian itu tidak ada pada UMNO. Hehe!

Komen 4
Dari sudut yang lain, penting bagi kita untuk menjelaskan tasawwur Islam sebagai satu cara hidup supaya non-Muslim ini, juga yang Melayu pun, supaya pandangan hidup mereka jelas seperti yang yang digagaskan oleh al-Rasul SAW. PAS sedang melakukannya lewat keberadaannya dalam PR.

Komen 5
kena bantu la DAP bg menang...kalau menang kita masuk ramai2 dalam DAP...

No comments: