Friday, May 4, 2012

Tertindih, Meroyan


Bangunan taklah baru sangat, kira terbaru jugalah setakat ini di daerah ini, bila dah baru, walau tak baru sangat, ramai suka, ramai berebut nak guna, air cond pun masih sejuk giller lagi. Bila semua suka, program pun banyak  berderet-deret kejadian insiden pertidihan penggunaan dewan berlakulah juga. Kalu kamu pentadbir, benda itu berlaku apa kamu nak buat? Memang peningla…ha ha ha…

Masalah pun so-so-ok-ok dan buleh diselesaikan, tanpa menyuruh peserta berpindah ke dewan lain. Namun saya rasa benda ini perlu dibincangkan dan diminitkan secara formal.  Ala, benda baru, walau sudah ada garis panduan, pekeliling mengenai penggunan/tempahan dewan bagi mengelak benda-benda ini berlaku, tapi bila nak berlaku, ia berlaku juga.

Insiden semalam kira kecil dan boleh diselesaikan in a split second, walau ada yang marah-marah dan hangin satu badan dengan jalan penyelesaian yang diambil. Kalu yang marah-marah tu cikgu akedamik secular ok juga, tapi bila ustaz memetir-memetir, memang kita sedikit rasa jengkellahkan. Apa kebendanya ustaz macam itu punya perangai, walau kita tau sekarang ini orang jadi ustaz bukan pasal sangat kewarakan dan kezuhudan mereka tapi bila ko pegi masuk maktab amik opsyen agama, ko ngaja kat skola ngaja agama, ko jadilah ustaz, kesabaran, ketahanan mental, itu urusan no 2. Jadi janganlah terlampau membayangkan sangat yang ustaz2 pada hari ini memiliki kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi sangat, pun. Dewan tertindih tempah pun dia dah melatah, meracau-racau macam perempuan yang anak/suaminya pulang lewat dari kebiasaannya.

Saya mengumpat-umpat ustaz pada kawan yang sokmo nak kempen saya masuk PAS. Kawan cakap “hah, itu pasal ko kena masuk PAS” Saya cakap balik “orang PAS ini memang betullah macam Yahudi, kalau Yahudi semua betul” dan saya tambah dalam hati bila kawan agak marahkan remark PAS=YAHUDI itu  “kalau bukan Yahudi boleh dimarah-marah diherdik-herdik, bunuh pun bule”

Biarlah dia nak terjerkah-jerkah orang, orang yang dia rasa tak islam/bukan jemaah, imej dia juga nanti yang tercalar. Kita orang secular man-man aje. Bila kami lebih cool dari ustaz, ha ha ha….wat a beautiful, wonderful world, kan. Apa ko ingat ustaz aje selalu kena tekan, tertekan dan ada ayat-ayat nak tahan tekanan, kita orang secular tak ada. Ayat sama, ayat quran juga, aku Islam dia Islam, aku sembahyang sembah Allah, aku minta sama Allah, tuhan yang sama, maka apa bezanya doa aku, ayat aku sembahyang aku dengan doa, ayat, sembahyang seorang ustaz/ustazah? Kadang tu tekanan kerja yang kami terima lebih hebat dari tekanan kerja seorang agamawan.  Kerjaya kita, Allah tentukan,  dan Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Tekanan semua sama, jadi pandai-pandailah menangani tekanan. Sekadar tertindih bilik, kena alih bilik lain, walau benar yang menindih itu yang salah, tapi dia gak dapat bilik tu,  pun dah meroyan-royan. Bayangkan kalau bini dia kena rampas dengan PAK MENTERI UMNO, macam manalah gelagat dia ek? Ha ha….bilik kena rampas pun dia dah meroyan…ha ha ha

Gambar di bawah sekadar hiasan aje, tak ada kena mengena dengan cerita di atas he he he….


No comments: