Sunday, April 28, 2024

DELIMa

La ni aku tengah sibuk mengodit DELIMa, apa benda alahlah DELIMa/ hah nak tau tontonla klip di bawah:-


Audit ikut sample je. Sampel tu bos aku yang pilih. Dia pilih Putrajaya, Sabah dan Kelantan. Yang dah dibuat pengesahan secara fizikal tu Putrajaya dan Sabah. DELIMa ni memang kena di"lawat" sebab lepas PKP ni trend penggunaannya dah jatuh merudum. Al maklumlah murid dah jumpa cikgu dia face to face. Google classroom pun dah bersawang. Tak aktif.

DELIMa ni ada drawback dia. Yang buat dia ni ada Encik kat PADU. PADU yang dulu. Nama dia Azahan. Encik Azahan ni dia GENIUS. Biasalah orang GENIUS ni dia kreatip-kreatip ni sama ada kurang, atau terlebih. So kalau kau masuk tengok interface DELIMa ni memang kalau kau level-level, nak masuk tingkatan 4 setakat lepas masuk aliran sastera atau vokasional jak, Sains matematik kau hancus. Kau akan give-up melayan DELIMa. Aku yang dulu sekolah Sains pun jenuh jugaklah aku nak biasakan diri dengan DELIMa disebabkan faktor umur. Mata dah rabun, tapi aku terpaksa gak hadap icon DELIMa yang kecik-kecik dan berselirat bila aku nak skodeng DELIMa.

Pendek cerita audit aku di Putrajaya result dia memang kalau biar tak buat apa-apa pogram memang DELIMa ni akan menerima nasib yang sama dengan FROG-VLE. Maksud aku kalau tak di mekapkan DELIMa seindah APPLE bakal "arwah"lah DELIMa ni. Bebudak Putrajaya dia orang dah selesa dengan APPLE, katanya APPLE lebih appealing dari DELIMa. Ni yang cakap ni bukan bebudak, tapi reponden dari pengurusan tertinggi sekolah. Siap dipesan-pesannya kat Jemaah Auditor ni suruh bilang sama Datuk Indera begitu, begini. Napa kau sendiri jak tak calling-calling Datuk, kan?

Lantakle--- melayan orang yang dah kepayangkan APPLe ni tak payahla beriya-iya sangat, sebut sepatah dua jak kata dalam report udah, la. Tak payahlah kita ni lebih kuah dari sudu, nak paksa-paksa Datuk Indera dengar jugak cakap Pengetua Sekolah yang belum lagi naik TURUS, baru JUSA je tu.

Next aku dengan team bergerak ke Sabah. Terkejut aku bila bebudak Sabah ni derang terujalah pulak dengan DELIMa. Terujanya budak memang tahap gaban, tapi itulah peralatan tak cukup, internet ciput. Bila aku tengok persen aktif dia tu kadang mengalahkan Putrajaya dengan Internet siput dia tu, aku tanyalah macam mana sekolah tu bikin?--- Ada yang cakap cikgu berkorban bukak hotspot. Ada yang kreatip dialih-alihkan modem tu ke sana sini, dikumpulkanlah bebudak duduk ditempat yang signal internet kuat bagi membolehkan budak tengok DELIMa--- 

Alahaiiii---macam tulah orang belum tengok APPLE, tengok DELIMa pun dah suka dah bebudak tu. Lain macam budak bandar. Memacam komplen dia. Tak ingat IDlah, tak ingat kata laluan, dah dapat masuk situ bosanlah lembablah, kena klik sana-sini, key-in kata laluan sana sini, tak macam watsap. telegram, sekali klik dah sampai lokasi dituju. Ibaratnya kalau nak pergi Cyberjaya naik grab Apple, sekali grab terus maju sampai gitu, tanpa ada trafic-light/roadblock, berbanding taksi DELIMa yang banyak sekatan jalan, disenjang jalan menuju Cyberjaya. Itu kata dia, belum lagi rupa DELIMa yang serabut macam rambut EINstain yang tercacak-cacak, mencacak, berbanding dengan APPLe yang sehensem OPPA KOREA.

Itu kata mereka. Aku personally memang tak pernah tengok/pakai APPLe, waima kau cantik pun, kalau tak diberi upah tengok, haram aku tak mau tengok, sebab dah cemuih tengok DELIMa.Aku jugak rasa tak payahlah aku nak layan peminat-APPLe ni sesangat nak berbanding itu ini. Karang kalau aku sendiri dah terpesona APPLe, naaaa aku pulak lelebih mintak gomen beli APPLe, gomen hari ni cakap je besar macam kaya sangat,, gaji aku pun dah bertahun gomen tak buat pelarasan. Kata nak naik, tapi tak naik-naik. Ini plak nak melayan satu dua Pegetua perasan Jauhari, yang kepayangkan APPLe, kan?

Orang Sabah ok jak dengan DELIMa, kau kat sini pulak yang lorat-lorat nak APPLe. Hah next week aku ke Kelantan, jangan ustaz KELANTAn ban terus DELIMa sebab  cikgu sekolah dah tua ganyut sama berjoget lambak dah ALAMAK raya dalam DELIMa udahla, ya---



No comments: