Tuesday, April 30, 2024

Aku dan ChatGPT

Bulan lepas-lepas-lepas, ada banner iklan pertandingan tulis essei pasal ekonomi bumiputeralah. So rasa macam nak masuk, kut-kut boleh menang. Kalau tak menang, boleh masuk "sumbangan" dalam HRMIS untuk markah LNPT. Aku yang tertarik tu sebab ada hadiah blender dengan oven. Oven kat rumah dah kemain gedabak, lagi mau oven? Biasalah orang yang suka masak ni dia memang senang sangat terpancing dengan gambar-gambar peralatan masak-memasak.

Aku pun tanya ChatGPT.   Aku amik tajuk governance. Sebab itu tajuk yang paaaaaaling aku suka masa bikin Sarjana dulu. Lagi pulak tajuknya pasal memperkasa Tadbir Urus Agensi Mandat Bumiputera (AMB). Kenapa/apa salahnya dengan AMB ni? Uiiish, banyak dosa-dosa derang ni. Dah berpuluh tahun merdekapun Gomen masih pot-pet-pot-pet pasal pelan, rancangan nak melonjakkan sosio-ekonomi Bumiputera.

Apa masalah derang ni. Ada feedback cakap AMB ni dipenuhi sesedara/cucu-cicit/suku-sakat orang politik. So suku-suku keluarga ni, kalau pandai tak de masalah, tapi nak kata bodoh, ada yang belajar tinggi gak, pandailah, kan. Tapi jenis pandai macam menteri Formula kita tu aje. Pandai buat formula je, tapi bila buat kije, sama je. Dulu kata nak hapus PTPTN, hapus tol bagai, bila dah naik menteri, itulah jugala kena bayar jugak.

Samalah cerita dia pasal nak lonjak-lonjak ni, nak perkasa itu ini, ko tunggula---ada perkasa ka tidak. Orang macam Menteri formula ni, cara dia nak melonjak, buat program lompat-lompat he he he---Dia buat programla, program itu, program ini, bagi suntikan dana itu, dana ini. Tapi sebab yang pegang AMB ni dia level kerja dia level-level menteri tu tadilah, jadi kebarangkalian, masuk penggal lain, gomen masih lagi memperkatakan pasal sosioekonomi ni.

Ok berbalik pada ChatGPT, kita masuk ajelah pertanyaan, "bagaimana nak perkasa tadbir urus negara" dia pun jawablah, buat program itu-buat program ni. Lepas tu aku tanya dia lagi tau, apa pasal dah banyak program pun masih tak berjaya---

Kau tau dia jawab apa? Dia jawab nak berjaya kau kena telus, kena perkasakan beberapa perkara yang antaranya, Jawatankuasa itu ini, termasuk Jawatankuasa Audit. Hah dia kata audit tu, kembang semangkuk rasa hati bila ChatGPT mention Audit. Review polisi Tadbir Urus dari masa kesemasa. Dan satu yang paling aku rasa AMB tak mampu nak bikin ialah semarak  dan lindung "whistle blower (WB)" Tang bela/jaga WB ni memang AMB sampai bila pun tak akan mampu bikin.

Sebab apa, sebab yang ada dalam situ yang tak function tu semua, semua tu ada connection dengan ahli politik. beranilah kau nak bising-bising pasal mereka. Silap hari bulan kau yang kena tendang. Itula cerita dia. Yang lain-lain aku tak nak komen ek, tapi nak komen pasal audit committee sebab aku kije audit. Aku tak katalah aku tak function, uina, team aku yang terpaling kat opis tu. Bos memang tabik spring kat kami. Bukan team aku je, banyak lagi team yang function. 

Tapi adalah satu dua tu yang memang tak fuction pun. Apa function dia, pegi turun padang outstation, update gambar hotel cantik, makan-makan tempat hipster ajelah kijenya. Paper work semua tumpang team orang lain. Ada jugak auditor yang gila meroyan, kalau jumpa auditee asyik mengugut nak surcajkan orang. Auditor yang begini hanya ada 2, 3 ketul je. Tapi manusia ni memanglah tabiatnya, satu buat salah, habis semua salah. Seketul dua pegi outstation mengalah pi healing, me time, habis semua auditor lain pun dibakul-sampahkan sebagai me time, healing bila outstation. Samalah satu dua yang suka ugut nak surcajkan orang, habis semua dianggap sebagai gila kuasa nak surcaj orang. 

Nak buang ke satu dua ketul ni, patut buang aje,kan? Tapi tulah exit polisi perkhidmatan awam, mana ada nak buang orang macam ni. Pulak tu yang buat perangai ni, kalau tak suku-sakat menteri, jenis pandai bodek bos, pandai "tembak" orang lain untuk selamatkan diri, Orang macam ni satu dua ketul pun, boleh ganggu emosi rakan sekerja yang lain. Mujurlah orang macam gini "jauh" dari saya.

So gitula cerita kita. One more thing, audit dengan WB ni bolehlah kau anggap macam laki-bini. Kalau bini dia(WB) pot-pet-pot-pet tak puas hati sama laki (audit), tapi laki dia sendiri pun malas nak amik tindakan, lebih suka me time, healing selpeselpe---kau bayangkan ajelah yang selebihnya? Apa? laki tak function pi cari skandal? ha ha ha----iayal tu kut, itu yang satu penggal, kau undi satu PM, tapi kau dapat 3, 4 PM. Banyak nau skandal, mencirit kau dapat PM, huru-hara negara dibikinnya.

Gitula cerita AMB ni, walau kau tukar PM semacam kau tukar baju, tapi PM kau tak ble perkasakan siLaki itu untuk lindung bini dia, sampai kesudahlah GOmen akan ulang-ulang bicara pasal sosio-ekonomi inklusif. 

So, apa cerita aku nak masuk betanding tu? Memang tak kosela aku masuk sebab yang anjur betanding tu koncu-koncu Menteri Formula, blender, oven tu mesti dah ada pemenangnya. Abeh tu, kata kalau x memang boleh masuk sumbangan untuk markah LNPT? Tetiba berat otak nak ngolah ayat essei nak cerita pasal masalah AMB pulak. Lebih senang santai-santai je tulis sini.


No comments: