Wednesday, September 27, 2023

MERAPIK

Dalam memingu lepas, lepas, lepas, opis aku busy le buat annual event terlevel-level kayangan/event penting kami iaitu Persidangan UAD. Ni kira event besar bagi semua UAD dalam gomen ni. Dalam sesibuk kelam kelibut, busy bebenau ni, aku dok tetepi memerati---dalam dah ramai-ramai tu sesibuk jadi kuar memacam cerita---- cerita tak best le,kan yang kuar, cacat sana sini tu-

tetiber aku terperati satu benda dan tetibe aku rasa macam nak tuleh gini

---Kau dahlah tulis naratif songsang, lepas kau membunuh ( bunuh kerekter orang) just semata-mata nak menegakkan juga jalan cerita kau  yang tak betul tu--- #demisebuahnaratif 

eceh tiber

Ini sama sekali bukan pasal aku pun, tak de kene mengena dengan aku pun cumanya secebis cerita kawan aku yang datang mengadu--- cerita si A ni suka bagi buah pendapat pandangan ie sort of pakar rujuk kat opis sebab dia paling lama kat satu unit dalam opis ni. Tapi sebenarnya ada orang lagi lama dari dia, dalam unit, tu tapi dah tukar-tukar unit lain. Jadi tu dalam memberi pendapat, pandangan, buah fikiran, adalah buah fikiran dia yang mencurigakan/ tak boleh pakai. Orang yang mintak pendapat ni pun tak amik port sangat pun pasal buah tu, just proceed ajelah, idakla dia nak nyanggah apa-apa. Tiber dia yang suka berbuah ni macam perasan buah dia defect tau, dan semacam baru perasan dalam situ ada orang lagi lama diri dia. Kita namakan orang yang lebih lama tu sebagai si B. Ko tau, si B tu idak le dia nak mengacau sesapa, dia dok dendiam je tetiber ada orang sampaikan kat dia begini " A cakap, jangan tanya awak, sebab awak banyak hilang ingatan" Rupa dah dijajanya si B banyak hilang ingatan.

Sedihlah si B ni, lalu dia ngadulah kat saya---- saya pun cakap udahlah jangan peduli sangat dengan si A tu, biarlah dia sorang paling pandai, paling tahu di sini. Bagus tu orang tak datang tanya/rujuk kau apa-apa, senang sikit kerja kau. Ini, ni, bila dah jadi pakar rujuk besok salah bagi rujukan kau juga orang persalahkan. Lagi susah. 

Hah ni nak tanya ni laser tak ayat saya tadi--- tetiber nak buat satu himpunan kata-kata leser, orang tulis himpunan kata-kata hikmah, saya himpun kata-kata laser he he---kat mana nak himpun tu? kat sini ka? Idaklah saya himpun kat dalam buku tulis biasa yang selalu orang gomen dapat bila pigi ngodit kat skola-skola, bila dah banyak barulah saya update di sini. gitu.


No comments: