Thursday, July 7, 2022

Fren From Hell2

Sambung lagi berkreatip-fiksyen----

Breath-in-breath-out. Bayangkan anda kini berada di tempat tenang yang pernah anda kunjungi. Itu arahannya.

Saya seorang ketam bertopi yang berbulu lebat di hatinya penuh sesungut sedang berjalan menyeget memanjat pangkin sebuah gazebo menghadap tasik kecil. Dari pangkin, saya lihat air tasik yang tenang tak berkocak. Saya tarik nafas perlahan-lahan, hebus perlahan-lahan. Setiap kali saya bernafas sesungut di hati, luruh satu persatu. Bebebulu lebat di badan juga turut serta. Pabila akhirnya topi di kepala tanggal, saya buka mata. 

Kembali ke alam nyata. Saya on kan komputer dan memulakan rutin harian seperti biasa. Check in box emel, buka dan baca mana-mana emel yang perlukan tindakan, lepas tu tengok pula watsap...dung! hadooiii satu lagi sesungut tumbuh. "Sejak aku jadi bendahari ni, depa tak habis-habis nak kutip duit laaaa--- pantang bulan gaji, ada aje program, dulu bendahari lama dulu, tak kisah pulak nak buat program itu, program ini" getus hati kecil saya. Breath-in-breath out. Bayangkan tika kutip duit nanti ada orang offer brownis, ka, nasi lemak, nasi goreng, ke, kan. Bayangkan juga tika mengelilingi meja kawan-kawan, saya sudah boleh capai 1000 langkah dalam menuju 10,000 langkah rutin harian gitu-gitu aje. Diskaun 10% tu, mana nak cari, kan?

Tengah hari saya keluar lunch dengan Mama-monster. Dah cukup arif dah Mama suka makan benda manis-manis. Saya sudah belikan donut kegemaran dia semasa saya singgah di stesen petrol pagi tadi. Wah tersenyum lebar si Mama bila lihat donut itu. "So, apa cerita Bunga hari ini, ok ka?" "Aku dah malas nak fikirlah kak, aku nak ikut macam yang kau cakap. Pedulila si Bunga. Lagipun Syamsul tak pernah culas bagi aku dan anak-anak nafkah pun. Aku nak enjoy-enjoy saja. Nak pegi spa, pi shopping, bla-bla-bla. Aku fikir balik 4 tahun aku tahan kerenah mereka, enuf is enuf.lah kan? Dia nak kawen 2, 3, 4, dia mampu. Aku serah semua sama Allah saja. Kadang tu letting go, is setting free diri kita juga, kan? La ni aku cuma nak minta deal sikit dengan dengan Syamsul, 90% royalti Novel Mat Koro, letak atas nama aku". Bila dia lihat bijik mata saya terbuntang,  mendengo persen yang kecik darah, level yahudi tu cepat-cepat dia sambung  "Aku bukak panggung je 90% nanti aku pepandai le ajas bagi diskaun, macam tektik penjaja di China Town, tu, kan?" Dia gelak-gelak kecil bila lihat saya memek wajah saya yang macam muka "be like, aku sekeh kau karang"

Dalam hati saya memuji, tabah betul perempuan ini. Beginilah perempuan akhir zaman agaknya. Dapat laki kaya, hesem, terkenal, serba cukup, kena compete pulak dengan pempuan-pempuan psiko yang tah apa-apa tah, tu,kan. Dapat laki cukup-cukup makan, duit kita dikikisnya. Begitulah resam dunia.

No comments: