Wednesday, January 5, 2022

Nak Memokak Jugak---

Satu benda yang saya belajar, ialah kita tak akan boleh berjaya dengan memburukkan orang lain. Lain la kalau kita bertanding, contoh bertanding ratu dara cantik, pesaing sengit kita rupanya dah tak dara dan bla bla bla bla, kita bocor itu rahasia, sure dia kena tendang punya sebab tak penuhi kreteria dara tu tadi. Means to say kita menang bukan sangat atas kita berdara, kalau dia berdara juga belum tentu kita menang. hah gitu. Kita menang sebab lawan kita disqualified hah. Maknanya menang tanpa bertanding. Apa barang,kan menang yang begitu.

So dalam pertandingan jangan sangat nak menang sampai mendedah aib orang. Contoh lah sambung cerita semalam ea---contoh bos kau yang ua ah uuu ah tu (lemau, lambat berfikir, lambat ambil keputusan, yang macam-macam serba lembab, dah tu ada cerita kongsi akaun saham dengan adiklah, itu, ini) lawan dengan bos saya yang kualiti kerja memang world class tapi suka minum-minum. Betanding jawatan apa ea? Katalah Jawatan Ketua Kampung Putrajaya yang nak pegi betanding Pertandingan Audit Forensik Zon Asia Tenggara. Bos kau menang sebab kau dok viral bos saya mabuk-mabuk sampai tertidur dalam longkang. Lawan sengit kau Ketua Kampung Pontianak West Kalimantan, yang dulu pernah bekerja satu firma dengan bos saya, sama-sama rakan kongsi juga. Owh bos kau yang menang tu level Pengarah yang jaga  suruhan jaya gomen, yang gagal aspek keselamatan yang dah bikin sorang suspek/saksi, terjatuh dari bangunan tempat dia ditahan.  Kes tu korang senyapkan aje sebab suspek/saksi punya tunang dah bunting sebelum sempat menikah.

Ko rasa boleh menang ka bos kau kalau bertanding peringkat Asia Tenggara tu, nak jaga bangunan pun tak mampu, macam mana boleh sampai suspek/saksi terjatuh bangunan, bukan jatuh aje, lepas tu ada pulak cerita saksi/suspek bolos, panjat pangar bangunan. Aduhai, sendunya. Kalau bos saya kalah peringat kampung, sebab viral mabuk, yang lawan dia besok kat Asia Tenggara, apa cerita buruk kau nak viralkan sebab Ketua Kampung Pontianak ni memang tak de isu moral. Bahkan dia memang dikenali sebagai individu yang berdisiplin dan sangat menjaga kesihatan dan pemakanan. Apa barang kau nak korek? Dia tak minum, tak de skandal bla bla bla----dan lebih menyedihkan, kau dalam kempen memburukkan bos saya, pernah kau dewa-dewakan Ketua Kampung Pontianak, hah cam no tu. Apa modal kau nak main masa pertandingan peringkat Asia?

Macam gitulah nasibnya kalau menang atas tiket menjatuhkan orang. Sakit kepala, kan nak cari, korek aib orang. Aib biasa tersimpan kemas. Bukankah lebih mudah jika fokus pada diri sendiri je. Tak kiralah diri tu ok ka tak ok. Banyak sudah contoh orang yang tak bagus, bermasalah, kalah, lelah, lemau, tapi akhirnya orang tabik spring sebab dia fokus untuk baiki diri dan tunjuk kemajuan yang bagus. Itu orang yang tak bagus, kalau dah sedia bagus, kenapa nak cemarkan kebagusan diri dengan mengecam, mencemuh, menjaja aib orang?

Tapi berbalik contoh cerita bos lemau wakil Negara tu, kan? Susah mau cakap, kalau simpan lama-lama bos macam tu, ko sendiri fikirlah--- Baik ada Daulah separa Islam, lambat laun berkat masin mulut saya, Republik Malaysian, Malaysia jugalah yang korang dapat besok. Tapi pada saya bos macam tu boleh je simpan, yang patut kena cantas, kaki propa yang asyik bikin bos "feel good dengan mendownkan lawan" Kena pasang satu kaki propa yang sentiasa mengkritik bos, kasi bukak mata bos, bos lain dah buat begitu-begini dah kalau orang lompat pagar, terjun bangunan, bukan macam bos, orang dah lompat bolos dah mati kejung pun, boleh pulak bos share akaun dengan adik.

Okla stop memokak, nanti ada pulak yang jadi pekak. Lagi pun ni cerita contoh, rekaaan sahaja bukan cerita betul pun. Tak de kena-mengena dengan yang hidup atau mati.

No comments: