Wednesday, May 16, 2018

Membawang juga makcik... akhirnya

Kawan kata kalu membawang sorang-sorang tak apa.... yang tak boleh sampai bergaduh-gaduh menyerang orang... aish, hakak sakit ati betullah dengan sorang troper Madey ni. Aish dia tak sudah-sudah mengata, Kak Mah hakak tu "witch".  Hakak sengaja tak nak tulis dukun, bomoh, ahli sihir, sebab witch tu lagi sesuai. Ok witch yea... Memang dari dulu geng anti PM ni suka kata bini PM witch. bukan Kak Mah je pernah kena, Nenak Semah yang hari ni derang dok angkat jadi dewa pun pernah derang ludah-ludah kata Pempuan botak main Piano. Mentaliti apalah orang kita ni, laki gila kuasa, bini kena balun.

Berbalik pasal sakit hati hakak ni... semalam hati tidaklah bengkak sangat bila baca perutusan Menteri baru yang antara banyak perkaranya barisan Memanda mengata begini:-

"Kepercayaan terhadap penjawat awam terlalu rendah pada pandangan masyarakat; Pengarah Bahagian dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini"

Hati jadi bengkak bila si Trooper gila ni dok nasihat agar PDRM, SPRM, bla bla buat siastan 1MDB betul-betul. Eeeehhh getiknya tekak aku bila dengo dia yang ntah sapa-sapa tah tu, berselindung disebalik nama samaran, (nak guna indentiti mak bapak bagi masa lahir pun tak berani) pepandai nak menasihatkan orang bergitu-begini.

Jadi getik sangat tu sebab kita tau dia tu ala kawan kita sama belajo kat PPP/ITM dulu. Memang pandai, tapi tak la ada tokoh pemimpin pun. Nak bertanding jawatan Exco Kolej pun tak berani. Tapi bising kritik Exco, bukan main lagi dia. Bila dah tua-tua macam akak ni, aish perangai hodoh masa kat kolej tu dia bawa samalah. Amboi kemain nasihat Polis, macam polis tak pandai buat kerja. Kalau kau pandai sangat kenapa hari tu ko tak join PDRM siap-siap? Kalau dia tu dulu kat England amik Law, akak tak la sakit ati sangat dia nak menasihat PDRM SPRM nak buat kije macam mana. Yang A dia berderet tu Matematik--Satistik je. Lepas tu ngaji insuran, bukan ngaji krimilogi, Jenayah Komersil ka. Ngaji insurans je you all... apala dia tau pasal Jenayah Komersial, Korapsi, Kliptokrasi bla bla bla... itula dia yang paling banyak bercakap pasal 1MDB. Yes akauntant pandai cook the book, so does I believe actuarial (Risk Calculator/Manager) man know how to manipulate bon/sukuk or other liberal (ada unsur riba, gharar Qimar, Masyir.....bla bla bla)  financial instruments. But kije nak mengejelkan orang yang cook the book, manipulate the figures and numbers is not an accountant yang trained dalam traditional accounting. They need a forensic skill. Who have more expertise in forensic? Off courselah Pegawai Penyiasat, not the book cooker or the Risk Manager.

Itulah masalah kalau orang terlebih pandai, tapi Allah bagi dia Macai aje. Kesian. Memang kita sakit hatilah dengan orang macam ini. Kita pun heran, oklah kalu suruh jadi polis, mungkin dia ada masalah kecergasan, tak lepas ujian...tak ble jadi polis jadilah Professsor.... duduk dalam Majlis sana jadi macam Professor Jomo. Tulis guna nama sebenar. Prof Jomo memang aktif menulis, tapi dia tak pernah guna fake identity. Yang hang tu aku tak tau la apa kije kau, asyik melalak kondem orang tak reti buat kerja.

Ni kertas 1MDB dah terbuka, yang berkuasa dulu tu suami ea, witch tu bininya sahaja. Aku tak taulah bila jadi bini je kalau laki ada CBT bini pun terus dapat dominion or entrustment, sedangkan dia jawatannya suri-rumah.

Minggu lepas aku tengok Tuan kau angkat sumpah, tandatangan dokumen depan Agong. Aku tak nampak plak bininya kena angkat sumpah, tandatangan sekali. Jadi, kalu besok lusa Tuan kau tu polis dapat bukti, dia pun CBT, yang sain dokumen dia, bininya tidak. Bule ka orang yang tak sign apa-apa kau nak masukkan dalam jel sama?

Eh tolonglah ea, orang lelaki semua, kalau kau dah terjebak buat perangai tak senonoh tu, janganlah kau libatkan bini kau pula. Please lah.

Marah ni!

No comments: