Lepas penat-penat mengodit, saya berborak-borak dengan
bos-bos saya. Almaklum dalam team itu saya yang paling junior, yang lain semua
dah otai dan senior, dan bos ada turun padang mengodit sama. Matilah kutu, mak.
Alahai. Tertib saja. Ntah macam mana
boleh ke topic dadah dan sumbang mahram.
Biasalahkan bila berada dikalangan orang baik-baik, pasti kita akan mengumpat
pasal orang tak baik.
Aku yang barulah sebulan ni keluar semenanjung langsung tak
tau, Kelantan sana banyak pil kuda, sampai anak-anak orang Kelantan dah berzina
sesama adik-beradik, sampai dah banyak keluar anak sumbang mahram katanya…. Hah!
Kata bos saya lagi itu semua konspirasi yang dilakukan musuh untuk melemahkan
semangat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan HUDUD. Mak aiii macam mana orang
sini lebih tau pasal semenanjung dari orang semenanjung sendiri nih? Kita ini
selalu pandang Kelantan tu serambi Mekah. Orang serambi Mekah, takkanlah main
segala pil-pil khayal itu,kan. Katanya
kalau dah banyak kes, apa layaknya ko nak laksana hudud….gitu-gitulah.
Dia kata konspirasi pihak pembangkang. Kat Kelantan
pembangkangnya BN, UMNO. Yang bercakap tu pula non-Malay, tapi bumi,lah. Saya
risaulah dia salah tanggap pasal orang kita. Saya taulah apa orang UMNO dah
pernah bikin sama Hugon Siou mereka, satu ketika dulu. Saya risau sangat dia bikin
hasty generalisation yang orang Melayu ini gila kuasa, sanggup buat apa sahaja
demi kuasa. Dalam kerisauan itu, saya memberanikan diri bercakap untuk
menyakinkannya yang bangsawan Melayu, pemimpin, orang besar Melayu, walau
banyak gossip kata gundik mereka keliling pinggang, teguk arak macam Pespsi
Cola, tidaklah sebegitu bencinya mereka pada Hudud, sehingga sanggup
mengadaikan masa depan marhaen yang tak berdosa. Rupa-rupanya dia tersalah
pembangkang. “oh sori, tak perasan, pembangkang **** tut*****”. Maka senanglah
hati saya dan saya menambah “tapi Melayu ni, kalau puan nak tau, kalau dia dah
tidur sebantal, seselimut dan bertepuk-tampar dengan ***tttuuut*** dia boleh
jadi lebih ***tuut*** dari ***ttuuut*** sendiri” Untuk menguatkan hujah, saya pun
menderma pahala percuma pada pemimpin seks symbol Melayu yang tengah
mencanak-canak naik namanya gara-gara berderma amal dalam majalah dengan memuat
naik selfie, bangun tidur. Alahai
Mardhiah, sesia aje mengaji,kan, dah hangus terbakar sebab mulut tak sabar
mengumpat orang. Alasan,-menguatkan hujah….hujahlah sangat, tu. Hampeh.
Semalam, masa tumpang kereta bos, kita lalu jalan sempit,
ada iklan “sewa peti besi keselamatan sebulan RM190”…..respon sepontan saya “Peti
besi…wah orang KK ini memanglah kaya-kaya ek, banyaknya rete sampai tak muat
rumah nak simpan”.
“ala itu orang Cina. Orang kaya sini ramai yang dah jatuh”
Jawabnya sayu. Lalu dia cerita pasal kegiatan judi. Katanya orang sini rata-ratanya
lurus, jujur, diajaknya berjudi. Naïvelah tu. Satu kali kasi menang, dua kali
memang, menang, menang-menang…lepas tu kasi taruh besar-besar, tanah, harta
segala dan akhirnya kalah. Lalu tanah dan harta bertukar tangan.
Kami limpas satu perkampungan yang saya kira pelik…tengah-tengah
bangunan moden pencakar langit, tiba-tiba ada rumah atas air. Bos kata “dulu
sini, pak mertua saya ambil udang, punyalah banyak udang boleh ambil gitu
sahaja. Oyster pun ada ”
“Sekarang dah tak de,kan” sampuk saya.
Dia kata “eh, oyster masih ada, tapi kotor bah, tak ada sapa
mau ambil”
Dihari yang lain kami lalu jalan lain pula. “Dulu sini laut,
sudah ditambaknya macam kamu di Melaka juga tu. Bila air surut, saja jadi
padang tempat orang main bola. Dasarnya rata, pasirnya cantik, luas, orang pun
mainlah bola di sini.”
Begitulah rasanya kalau kita jalan-jalan dengan orang
10-15-20 tahun lebih tua dari kita. Bayangkanlah kalau kita dapat
berjalan-jalan dengan orang beratus tahun lebih tua dari kita. Pasti kita rasa
dunia tempat kita huni hari ini tersangatlah hodohnya dan kita pasti jadi rindu
pada zaman dulu-dulu.
Tetiba terdengar pula bos menyampuk “kalau kamu rindu sama
dunia lama, pergilah ke New Zealand, sana” ha ha ha…..
No comments:
Post a Comment