Tuesday, January 13, 2015

SOKONG BAWA REBAH

Di daerah pendalaman, di sebuah cottage yang ala-ala ke Inggerisan, dalam Negara yang sama, tinggal pula seorang blogger otai yang lebih kepada pahlawan-perang-cyber-pro-pemerintah Negara Semanggol Lonjong sudah seperti “pencen” dari menulis-menyerang penyerang pemimpin-pemimpin pro-anarki. Harap maklum Negara Semanggol Lonjong ialah sebuah Negara Raja Ber Pelembagaan sama seperti Kerajaan Inggeris juga. Kalau buka blog dia sekarang, asyik-asyik dia upload pasal bunga-bunga-bunga, tak pun teratak cottage English yang telah diubah-suai, sebuah biliknya disewa jadi homestay itu.

Satu hari seorang kawan datang menjengah otai yang memberikan namanya sebagai Papa Budi itu. Kawan tadi berkata datang dengan satu tujuan agar Budi terus menulis. Kawan ada “material baaaaiikkk punya” dan fikir tentu Budi akan aktif semula.

Setelah meneliti material-material tersebut, Budi kata “NO”.

Kawan yang terkejut sedikit marah, tapi dapat dikawalnya dengan baik dan cuba memancing dengan menggatakan kegusaranya konon dia susah hati, dia sayang, dia care yang kini orang sudah heboh kata Budi dah berpaling tadah.

Budi hanya tersenyum dan kata “aku tak nak, SOKONG BAWA REBAH”

Sokong bawa rebah???? Apatu?

“sokong bawa rebah ni, lagi ko sokong lagi orang meluat. Faham maksud aku?”

Kawannya mengeleng-gelengkan kepala.

Budi tergelak besar “takkan ko nak kata ko redha, ko senang dengan gelagat Puteri Istana kita?”

“eh memanglah aku tak suka, tapi cuba ko tengok pula perangai Janda Anarki tu, heeeee lagi teruk, tau. Belum sah janda lagi dah merenyam dengan duda lawa, kata luar Negara. Apa ko pun dah terpercaya yang gambar, video aku bawa ni tak tulin? Ko dah percaya dengan teori Pelanduk 7 serupa. Ini-ini semua lakonan ajen kerajaan?”

“berzina dan bershopping, lebih teruk berzina, tapi aku kira zina zaman ini atas consensus peribadi suka sama suka, tak minta apa-apa bayaran pun, tak ada black hidden agenda. Hanya perempuan normal yang so much in love lupa jatidiri, hanyut dalam budaya cinta pasca moden-hidonis. Esok kalau dia sah janda, dia nikahlah dengan boifren tu, dah nikah, nak dia bikin dalam semak pun, orang dah tak bising. Tak payah bayar tambang hotel mahal-mahal dah, pergi luar Negara. Jadi begitupun sebab kawan-kawan engkaulah yang lembab sangat nak bagi HAKAM cerai. Tangkap khalwat cekap, bagi cerai lembab. Tapi tabiat shopping rajin, kerja malas, ini boleh gondol hutan Negara dibikin, tau”

“jadi sekarang ni betullah ko dah tukar haluan?”

“Aku tukar ka, tak tukar ka, berbalik kepada point asal aku, dalam keadaan rakyat pun dah jadi kesurupan sama berbelanja defisit, sampai hari-hari ada aje kerja nak update info orang muflis, muda-muda dah muflis ini, kita sokong, pun, sokongan kita akan lebih memparahkan keadaan aje. Lagi pun ia nanti mencemar imej INDIE, zuhud/marhaen aku ni pula.”

“oh ko lebih pentingkan imej ko dari Monarki yang telah banyak memanyungi rakyat selama ini?”

  “Suka hati apalah ko nak cakap, apa orang luar nak cakap pun. Aku rasa baik ko balik sekarang layan bini ko kat rumah tu. Silap-silap nanti aku dapat gambar, video bini ko dengan lelaki lainlah pula, ko jangan ingat ko aje yang datang bawa barang baik. Ko tunggu, ko tunggu sekejap.”

Malas betul Budi nak melayan kawan dia berat badannya sudah naik bagai dipam-pam sejak dia kenal wayang dan video blue. Tapi dia saja mau hadiahkan sekotak berisi bungkusan yang masih belum berbuka.

Sejurus kemudian, “Nah, ko amik ni, aku beri izin ko buka semua yang aku dapat ni. Malas aku nak buka”

“Apa ni?”

“ntah, hadiah peminat haku le. Mana tau, ada janda kaya lamar aku…ko tolong jadi orang tengah eh” tawa Budi.

Dia tahu tak ada bungkusan dari janda/puteri mewah pun, kerana yang belum dibukanya itu  walau dia tak pernah kenal siapa, tapi dia tahu tujuannya. Tujuannya adalah tak lebih untuk menjatuhkan tak kira lawan atau kawan hasil dari kelemahan kawan/lawan yang cumalah manusia biasa yang kadang disapa rasa kosong, sunyi dan sepi.  

No comments: