Friday, September 26, 2014

APA KHABAR

Saya dah lama tak update blog ini bukanlah pasal saya sudah terjebak jauh dalam dunia shopping, tapi sibuk mendengar. Bila kita mendengar kita diam, Saya sibuk mendengar, memaham, cuba berempati dengan emosi luka wanita, bukan sorang, tapi 4 orang. Siapalah boleh melukakan hati wanita melainkan orang yang rapat dengan mereka. 2 terluka pasal rakan sepejabat, kira is politik pejabat tikam menikamlah ni, 2 lagi pasal kerenah anak-anak.

Menagis-nangislah kawan ni tadi cerita itu ini, gitu gini, tapi lepas nangis mereka ok balik. Idaklah tersesat jauh, pun. Nak suruh saya masuk ke dalam menyelam luka hati wanita ini memang saya tak mampu, dan saya pun naik heranlah...aik pasal anak upload gambar dalam watsap tunjuk cucu dah panda ABC, pun dia tak boleh marah meluat menyampah, bukankah nenek patut bangga. Tapi rupanya nenek menyampah. hmmm

Nak jadi penyelesai masalah idaklah saya mampu, saya hanya mampu mendengar sahaja. Saya seram juga takutlah, ntah tetiba aje jadi takut. Tak tau apa yang saya takutkan. Tapi ini semua 4 orang wanita brutel, lepas nagis boleh gelak, selera tak terencat sikit pun. Mujurlah mereka tak endermorph. makanlah banyak mana pun tubuh tetap macam itu juga.

Ada satu orang wanita lain, bukan kenalan saya tapi kenalan kawan saya...kawan berceritalah dia kesian kat kawan dia.... terlukanya wanita ini sehingga dia merayau-rayau naik bas aleh-aleh dah sampai Melaka aje. Call kawannya tanya boleh tak nak tumpang tidur, duit dalam dompet dah tak ada. Cerita perempuan ni memang uina...tak taulah apa nak komen, melainkan bersyukur saya tak diuji tuhan dengan ujian seberat itu. Sapa yang bikin dia jadi macam itu? ha mesti ko nak kata suami dia,kan. Tak salah bukan suami dia, bukan lelaki, bukan juga orang ketiga, tapi mak dia dan mentua dia... cer cite...cer cita.... ahhh tak nak cite...cuma nak khabor...walau perempuan ni riwayat hidup dia mak aaiiiii....dari sekolah sampailah dah nak bermenantu dah ni memang sama macam drama senetreon Indonesia, Dia tetap tabah....dia cuma mamai tak tau macam mana dari rumah dia di PJ aleh-aleh aje dia dah berada di Stesen bus Sentral Melaka....tapi dia boleh ingat nak solat dan nak cari tempat sembahyang. Masa dia nak cari tempat solat itulah dia sedar dia bukan lagi berada di rumahnya.

Saya rasa bertuah walau saya tak ramai kawan, tapi saya di kelilingi oleh wanita-wanita yang sentiasa dikepung emosi luka, tapi masih tabah berdiri, duduk, bercerita, menangis kemudian ketawa bersama-sama. Moga Allah beri kekuatan pada mereka-mereka ini. Amin.

No comments: