Tugas paling mencabar dalam kewangan ini ialah ko terbayar
lebih/ dah bayarkan dulu…emmm baiknya dia. Orang dah hutang kat kita. Bila dah
macam itu, apala lagi, kutip baliklah. Bagi sesetengah orang akan mencebik dan
mengata-ngata, dah tau susah apa pasal salah bayar. Well orang yang cakap macam
itu ialah orang yang ntah…prasan bagus, dan tak tau apa yang dia cakapkan..or budak-budak/
orang tua tapi perasan budak-budak yang ilmu teori jah penuh di dada, tapi
prakital is almost zero… ya ya ya….cikgulah tu, pensyarah yang mengajar,
mendevelop/memikirkan teknik variencelah, zero defectlah, macam-macam teknik
dan teori dia tulis… tu tu tu hah pemikir kesempurnaan tegar. Dia ngajar jah pandai,
buatnya belum tentu pandai lagi. But don’t
get me wrong,kita semua tak pernah benci cikgu. Kita sayangkan cikgu dan sentiasa
setia ambil port akan teknik baru/inovasi dari cikgu-cikgu buat betul kali
pertama (kalau rasa nak betul tu susah, baik tak payah buat langsung) ini.
Ok enuf membebel pasal orang yang dalam kamus-hidupnya ada
ada perkataan error ini. Kita cerita
balik pasal benda yang dah salah ni. Buat tak betul kali pertama, ini. Saya
sedang terperangkap dalam situasi ini. Bukan berpunca dari saya pun. Saya memang
tak ada pilihan. Benda dah salah….orang yang duduk di hujung satu “production”
dapatlah hadiahnya. Nak bertoya-toya kata eh I tak nak buat, ini bukan salah I,
orang yang bersalah tulah patut buat….memang membuang masa, sebab orang yang
tak buat betul kali pertama tu pun, pada perkiraan saya kalau kita suruh juga
memang tak berjalan, penghabisannya incase audit terhidu, (kalau tak terhidu,
tak apalah) benda ni, engkau juga yang susah.
So, cerita orang nak mengutip balik satu hal, satu hal lain
pula “aku kata aku dah bayarkan dulu sekian-sekian-sekian-sekian, dia pula kata
eh mana ada, rekod aku kata banyak ni aje”….aduh-aduh-aduh…..rasa macam nak
terbalik, nak termuntahlah bila fikirkan hal ini. Iya tak itulah yang bakal
menunggu saya 2/1 nanti.
Ada orang suka jadi mengutip hutang aka along ni…saya ini
pula, alamak kalau setakat 10sen 20 sen tu bulelah aku tolong bayar,kan. Pun
sebab dah tugas, saya layan juga….2012 dulu saya dah keluarkan satu remainder.
Memang lepas tulis surat tu rasa macam nak demam jah, walau bos kata “bagus-bagus-bagus”
Bila tulis reminder tulah dijawabnya macam kat atas tu…. “mana ada banyak tuh…ko
salah kira kut…” Budak akauntan nak lawan engineer daerah hmmm. Tapi sapa yang
lebih pandai mengira duit? Sungguh pun aku budak, dalam bab duit akulah yang
ahli! Hah! J
Tapi, kan yang menandatangan surat tu bos saya. Seorang
Hakim, orang law…aha, mungkin si Engineer tu rasa dia tengah berlawan dengan
Hakim yang bebal matematik. Almaklumlah zaman orang semacam taksub yang hakim Malaya
ni hakim sengal, tak pandai. Mahkamah Malaya kandang sarkas, tu yang engineer
tu kerek, kut. Dalam mesyurat dia dah setuju, balik mesyurat dia kata ohhh
bukan-bukan-bukan, awak tersalah kira. Mana buleh macam itu. Kita ikut apa yang telah dipersetujui dalam mesyuaratlah
kan.
Kalau sayalah yang tandatangan, surat tu, dah lama saya surrender
dah. Janji ko bayar, jangan tak bayar terus. Tapi sebab tuan saya yang
tandatangan…boleh ka saya kasi impression kepada engineer daerah itu yang hakim kita dah kalah
matematik? Di sekolah dulu, masa lepas SPM, masa nak pilih course mungkinlah budak
engin lebih menang matematik dari seorang budak law, tapi dalam kerjaya, kan
masing-masing ada budak tukang kira. Mana bule budak tukang kira Negeri kalah
dengan budak tukang kira daerah. Adoiiii kenapa hari tu aku tak bubuh EO aje
yang tandatangan…kenapala yang aku main print aje tamplet tanpa diubah-suai
pada tempat tandatangan tu….aduih aduih. Sakit kepala aku.
Well, life ini ialah sebuah perjalanan yang penuh dengan pengajaran
yang mematangkan kita, jika kita sanggup menerimanya dengan dada yang lapang,
tak gitu? .