Showing posts with label dari wanita untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label dari wanita untuk wanita. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

Diam-diamlah sayang....ya berhentilah menangis


Kalau orang tanya apa hobi anda? Saya cakap membaca, memasak dan berenang. Itu tak betul, memang saya suka membaca, tapi hobi sebenar saya membaca politik dan orang politik. Itu memang minat besar saya yang mak paling tak restu. Marah dia kalau saya sembang politik. Jadi saya pun tak menyembanglah kecuali, Abang G dan Pak Lang datang merisik. Abang G tau mak tak suka saya cakap politik, kalau dia maukan ramalan politik dari saya, dia akan pastikan line clear. Abang G pun la ni dah lama saya tak jumpa dia. Frust dia bila dia kata “R” is for Razali, saya kata Ku Li dah tua. Company Act kata kalau boleh, Director tu umurnya, janganlah lebih 75 tahun. 

Ok now mari terus sembang pasal politik. Pasal masa depan UMNO. UMNO semakin hari semakin teruk. Memang pembangkang pun lagi teruk, tapi UMNO yang orang kata payung orang Melayu ni macam sudah ketandusan pemimpin yang berkaliber. Iya kita perlukan pemimpin macam Adenan Satem, tapi tidak kelihatan langsung ke Adenananya. Jadi saya fikir betullah orang superstitious penteori RAHMAN, kata UMNO ni setakat Najib aje. N-for Najib. Dia yang last.

Lepas ni? Belah pembangkang teruk juga katanya. Memang teruk tapi cer tengok budak ni. Walau dia pun ntah apa-apa-tah. Let me tell u something, dulu masa zaman blogging dulu, ada minah meroyan kata saya ini perampas. Bila masa aku rampas, sapa dah aku rampas, pening saya bila dia tetap menangis-nangis, dalam emel, setelah marah-marah secara terbuka dalam blog. Dah marah-marah kita macam-macam, lepas tu nangis-nagis pula. Lepaskanlah, lepaskanlah….oh pulangkanlah, pulangkanlah. Saya bingung, nak dibikin apa anunya engkau, itu? Aku bukannya ada kerajaan, ada empayar, ada parti untuk ditadbir untuk dicari bakal-balak-pelapisnya. Lalu saya solat hajat untuk minah ni. Saya cakap sama tuhan “saya tak apa untuk dikembalikan, pada dia, jadi tuhan tolonglah bagi dia apa-apa yang berganda lebih bagus dari yang ditangis-tangiskan dari saya itu.

2016 ini saya rasa sangat gembira sebab  tuhan sudah makbulkan doa saya. Buat sapa yang pernah meroyan-menagis-nagis, pada saya dalam emel tu 10 tahun yang lalu itu, Hah! sekarang tuhan dah bagi kau yang hensem, yang muda untuk harapan engkau yang tak kesampaian dulu. Ini kalilah kalau kau menangis lagi, mak tak tau nak cakap apa-apa.

Korang yang tak nangis tu, rasa macam manalah mamat ni? OKlah kan. Senyum dia yang tak berapa nak kembang sungguh menawan dan gerenti dapat memberhentikan sedu-sedan sapa pun yang tengah menagis, iya dak.

Wednesday, January 20, 2016

EMPATI

Hari ini mari kita layan catatan sepi dari kawan-kawan saya….krik, krik, krik….saya sudah minta izin mau bubuh dalam catatan jurnal saya, siap saya deraf dulu. Keizinan itu penting, walau ini cuma jurnal peribadi.  

Catatan 1:- Zahara
(Jika minat nak kenal dia, boleh cuba nasib dengan mengklik pautan ini)

"Kita bertemu tapi tidak memandang
kita bersua tapi tiada bicara
Sepi pun meraja suasana
tik ... tik ... tik..
begitu perlahan masa yang berlalu
engkau enggan mengatur kata
namun jiwaku tidak henti memandang kamu
hatiku tidak henti mengungkap bicara tentang kamu
walau bibirku juga membisu dan mataku menunduk
aku akur kehendakmu
Tuhan,
Engkau yang memegang hati dia
Engkau yang upaya memujuk hati dia
padamkan amarahnya
surutkan rajuknya
tiada dayaku melainkan kuasa-Mu."


Catatan 2:-  Lily
(Klik sini kalau suka mau baca tulisan Lily boleh juga klik sini untuk sampai ke FB beliau.  Lily seorang penulis yang berbakat)

Hujan dan kita cuma perlu dua cangkir kopi panas untuk mabuk-mabuk cinta bersama. Hujan dan kita sekadar perlukan sekaki payung kertas untuk bersiar-siar bersama.
Atau kita boleh meredah rintiknya dan kebasahan bersama. 
Esok, kita akan bersama mencari paracetamol, antibiotik dan priton dari farmasi atau premis tujuh sebelas
Hujan, dan kita boleh pilih selimut tebal untuk baring-baring di bawahnya; dan kucing kesayangan kita menumpang di antaranya. 
Tapi
Kau pilih untuk merewang entah ke mana-mana dan meninggalkan aku dengan sebuah laptop yang maha bisu. Aku masih berharap, masih bermimpi tentang engkau.
Hujan,terkini kau pilih gajet telefon pintar. Dan aku pilih TV sampah teknologi yang semakin berinovasi

Nota kecil:- Apa yang saya suka mungkin anda suka juga. Saya Sanguine kepoh cuba mau mengamal salah satu dari 7 habits of an effective people iaitu “seek to understand”. Yup we are seeking to understand mereka yang introvert. While mereka yang introvert mungkin cuba beradaptasi dengan Sanguine yang taklah berapa pandai atau rajin, ala biasa-biasa, suam-suam kuku jer (kadang tu tahap bodoh piang pun ada gak eh, jadi menteri plak tuh, punyala pemalas mau berfikir nak selesaikan masalah rakyat, disuruhnya rakyat bawa bekal gi kerja, masak nasi goreng!) tapi boleh keep moving-on with life biar berbakul-bakul sumpah seranah orang lemparkan kepadanya.


Apapun kesukaan kita, kena berpada-pada. Nietzsche kata it is a girl romantic dream to be a saviour, but this good intention, can sometimes suffocates orang yang u cuba mau gembirakan itewww.  Jangan bussy body sangat, jangan over-over rasa yang  u can take away people’s pain, or loneliness, nanti jadi seorang monster yang sangat menyakitkan. Itu kata Nietzsche bukan I. I repharase aje ikut apa yang I faham, kalau lari jangan marah. Kita cuba nak kata hidup dalam zaman ini, ada masa kita kene slamber jet macam Dato’ Vida, tapi tu kalau semua benda nak jadi macam dia….wowOhhhh, terlalu Americanisasilah pula kita ini. Silap haribulan boleh membunuh acuan kita sendiri. What it is like to be a Malay, pun, Malay tu mana rope eh, sudah tidak  kita ketahui. 

Ada ketika dan waktunya kita kena buat pekak, muka poker dan teruskan berjalan, .......

ada ketikanya pula kita kena berhenti sekejap dan marah-marah sikit.

Tuesday, October 20, 2015

TERINAYA???

Hari ini tukar cerita, jom cerita, cerita biasa orang Perempuan . Katalah, kawan baik hang mai datang bawa cerita ada artis runtuhkan rumah tangga dia. Korang pun mestilah tanpa usul periksa, pi sama-sama kutuk, benci, segala bagai perempuan perampas itu,kan.

Apa pun penjelasan dia tentu korang tak buleh terima, tak gitu?

Susah kita mau percaya sicantik manis itu diinaya. Sebelum nak kutuk-kutuk sicantik manis, perampas ni, apa kata duduk seminggu dengan perampas, duduk seminggu dengan yang kena rampas, then we decidela......duduk di sini bermaksud, berbual-bual borak shopping-shopping. Manusia yang dilanda cinta kebiasaannya lebih positif dan bersemangat.

Walaupun cinta itu hasil rampasan, rebut-merebut. Lagi berebut lagi best,kan. Akan ada rasa feel good bagi orang yang diisytiharkan sebagai perampas itu. Sebab aku berjayalah ko panggil aku perampas,kan. Ko boleh kutuk, boleh keji, boleh buat apalah saja, tapi ko tak boleh hapuskan rasa feel-good yang datang bersama title perampas itu...have a nice day.

Sunday, September 20, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Orang bujang hujung minggu apa bikin? Duduk rumah tidur ka? Saya memang jenis yang jarang keluar rumah, bukan pasal alim ka apa, kalau keluar duit pun keluar sama. Life as student, memang kena ikat bajet sikit. Sebelum ini pun saya pernah dimarahi kawan sebab plan mau sambung master lepas degree ini. Kata dia sudah-sudahlah itu...saya faham, kehidupan sebagai part-time student ini merompak saya dari dia. Saya tak mampu bercuti/melancong, bershopping dengannya dan macam-macam, lagilah yang dia ajak, saya tak bule join, kerana kekangan kewangan.

Jadi hujung minggu lalu saya habiskan dengan menonton debat Piala Hantu Raya dalam FB, antara Rausyan fikir penyelamat ummat, dengan Aji, 50+, CFO berangin. Si Penyalamat kata Aji Cytroll, belaan PM. Aji kata si Rausyan Syiah jahil murakab, si bodoh yang tak reti simpan bodoh...gelihati tengok mereka berdebat pasal apalagi kalau tak  pasal 1MDB...

Saya tak rasa kalau sesaorang itu mau 1MDB pulih dan dapat menjalankan tugasnya, maka orang itu macai PM. 1MDB ini syarikat berhad, dengan Memorandon of Articlenya lagi satu apa tahnya, (article of association???, iya ka ini?) dia ini bolehlah kita kata sebagai entity yang ada tanggungannya sendiri. 1MDB tugasnya cari dana untuk bantu pembangunan negara. Kalau berjaya tak taulah apa impaknya, tapi ada orang kata kalau berjaya nanti tidaklah ada proksi lagi.

Kalau kita* di Sabah, terutama kalau kita di Pendidikan Sabah, nanti segala projek-projek dari sekolah sampailah Jabatan Pendidikan Negeri semua akan diuruskan oleh orang sini. Kalaupun projek itu dari Putrajaya, yang bikin kerjanya orang sini.

Susahnya kalau orang Kementerian (Putrajaya) yang bikin, dan diberi pada syarikat semenanjung, satu, dari segi aspek pemantauan kerja. Macam mana dia nak pantau kalau dia duduk di Putrajaya sana,kan.  Ada kes orang Negara Sabah ni, langsung tak tau apa-apa, tiba-tiba kontraktor masuk sekolah mau bikin itu ini. Itulah yang jadi jamban pun rege sebijik sampai setengah juta. Macam mana 1MDB boleh hapuskan proksi, itu tak tahu,lah saya. Orang cakap macam itu saya doa ajelah 1MDB pulih.

Orang yang mau 1MDB melokop dia akan cakap begitu-begini-begini. Mereka memang kuat. Panggil Amerika, panggil Swiss suruh tangkap, dakwa PM, dan seterusnya 1MDB bolehlah dikafankan. Betul syarikat berhad itu bersifat perpetual succession, tapi boleh juga dikuburkan. Mereka mau syarikat ini cepat-cepat mati, kerana kata mereka kalau dibiar hidup, Malaysia boleh jadi Greece.

Kira kalau mo dibikin analogi, dia macam orang bela hantu rayalah, dah nak mati tak mati-mati, tapi bila time makan, kambing waima lembu sekor pun boleh ditelannya sampai habis. Kalau tiap-tiap hari kena sedia kambing dan lembu, boleh jatuh papa kedanalah family yang ada bela hantu raya ini.

Saya pun tak taulah mana satu betul, mana satu salah, yang saya tengok yang bertoye2 menyerang 1MDB ini tak ada latarbelakang finance pun…so, simpulkan ini pertentangan antara ahli and non-ahli. Saya tidak anggap remeh, underestimate their ability. Sebagai pelajar perakaunan memang saya sedar, kalau tak betul-betul, bidang kami boleh jadi marginalised. Adakah saya takut? Kenapa harus takut? Ustaz ada kata bila nak kiamat nanti satu persatu ilmu akan diangkat ke langit, dan ilmu pertama terpadam ialah ilmu Faraid. Ilmu kira-kira ini susah...kalau boleh cari makan dan jadi terkenal, boleh jadi Rausyan fikir dengan tabur benci-sana-sini, momok-momok orang kunun ada hantuuuu...mari lawan hantu,  buat apalah mo susah payah belajar, ambil exam yang susah-susah, esok rezeki murah hidup mewah sikit dikata orang, jadi kaya sebab mencuri, jadi khadam pencuri? Jadi auditor tak bermaruah, sorok-sana-sorok-sini, semua bantai bagi true & fair view sebab takut hilang client. Itu kalau rezeki murah, kalau tak murah ada degree pun dok jadi kerani akaun jak orang kutuk juga. Aiii, belajar punyalah bagai nak pecah kepala, jadi macai aje?

Sekarang ini zaman Anglo-America, lepas ni (yang budak anti-Anglo-America), dok harap ganti tu, ntah sapa? Dia, berhala dia dan segala proksi sekelian yang sedang dalam kelaparan barangkali tu. Macam mana dia nak ganti yang ada ini kalau dia bukan akauntan, lawyer, manager? Macam manalah nantinya ekonomi negara kalau jurutera + runner gila berbotox, selfie, menangani masalah ekonomi dengan berpencak silat dalam facebook memomokkan follower dengan menjerit Greece, Greece, tangkap tuan hantu raya 1MDB. Lepas tu tangkap Tuan Aji CFO, berangin ajak lawan gaduh. Tak dapat saya bayangkan.

Cukup-cukuplah negara dibebankan dengan proksi, syarikat RM2 yang ntah apa-apatah tu bila doktor perubatan berdelusikan jaguh Dunia Islam satu ketika dulu, jadi CFO? CEO? Negara. Ini mau jurutera + artis wali botox cinta langit, di bawah Lindungan Kaabah nikah depan Kaabah untuk jadi hero Penyalamat Ummah akhir zaman. OMG, not again, not another fake Messiah, please…. aah letihnya saya *sigh*

Note:

Kita – Bahasa Bahasan/harian Orang Sabah bermaksud awak.

Sunday, July 5, 2015

Kita ini Sama Sahaja....

Satu hari, saya pergi membeli-belah dalam gedung yang besar bersama seorang graduate pengajian Islam dari Universiti Awam tempatan yang berprestij yang berkerja sebagai guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah.  Di dalam gedung itu ada gedung kecil menjual arak dan daging babi.

Kawan saya berkata "tak halal kerja dalam gedung ini"

Dalam hati saya pula berkata, "Kalau macam itu haramlah juga jika membeli belah di sini"

Saya rasa agak terfaktab juga dengan kenyataan beliau tapi trolley yang penuh dengan bahan-bahan keperluan kami, saya sorong jua,lalu saya buat-buat macam orang bodoh dan tanyakan sebuah pertanyaan "kenapa pula tak halal?"

"Iyalah gajinya bercampur dengan sumber keuntungan dari barang yang haram" jawabnya

"ooh kalau macam itu samalah kita dengan mereka" sambut saya

"eh kenapa pula sama?" kini giliran dia pula yang tersentap

"kan ka gaji kita ni dibayar oleh pembayar cukai. Pembayar cukai ni kak, bukan terdiri dari individu macam kita yang kena isi borang income tax tiap-tiap tahun tu. Pembayar cukai juga terdiri dari entiti perniagaan. Perniagaan ini termasuklah hah tu Sport TOTO dan Magnum tu" jawab saya panjang lebar.

Kawan saya pun terdiam....

****

On separate note..ada blogger seorang saintis yang marah-marah pasal orang kita yang lebih suka percaya maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang dipetik dari internet. blogger tersebut mengusulkan orang yang lebih suka maklumat internet dari maklumat yang datangnya dari saintis bertauliah seperti beliau atau blog kerajaan, ini sama ada kuat beronani atau mendapat penyakit fobia terlampau, penakut, lagi suka menakutkan orang lain.

Tapi saya pula tahu sangat apa yang masalah orang yang begini ini. Mereka adalah orang baik yang sudah tidak betah lagi tengok maksiat yang berlaku di muka bumi ini dan mau cepat Imam Mahadi keluar pimpin kita semua masuk syurga. Hah dalam syurga nanti tak payahlah beronani sebab di syurga loka sana penuh dengan bidadari yang dara-dara belaka.

Orang macam ini sebenarnya sudah tidak perlu saintis, lawyer, akauntan atau sebut kata sekularis seperti kami ini. Mereka hanya maukan seorang serikandi yang saya cuplik dari sini untuk bawa mereka ke gerbang bahagia nan abadi. Orang macam kita sebenarnya tak usah cakap banyak. Tak guna satu sen pun. Buat apa mencurah air ke daun keladi, kan perbuatan itu sangat sia-sia?

MENCARI SRIKANDI (Muhammad Lutfi Ishak)

Siapa srikandi itu
yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata
sebagai senjata
dengan akal dan kata-kata ibu.
Ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut,
ia melentur pedang egoke dada para lelaki

Aku di sini menduga riak sirah
siapa pula selepas Fatimah
yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
di tengah Sahara,yang
mengasah jiwa suami setajam belati

Sementara nafasku mengenal
harum kesturi
akan lahirkah seorang srikandi
yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan.

Aku di sini di depan zaman
menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad

(Klang)
Di bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Tuesday, July 22, 2014

Suka-suka Dia Aje Nak meng"X" Orang

Sama ada kita menjemput atau mereka mendatang, hari-hari kita tak akan lepas dari didekati oleh penjual-penjual barang-barang baru yang katanya lebih islamik. Produk alternative kepada produk sedia ada yang katanya tak Islamik, tak syariah compliance. Dari barang consumer, seperti syampu, minyak wangi, make-up, hinggalah yang terbaru tengah hype sekarang ini iaitu rekaan (design) – reka bentuk rumah.

Saya ini memang hobinya tengok iklan. Jadi saya memang suka tengoklah, bagaimana orang bikin iklan. Iklan biasa masa kita kecik-kecik ialah iklan sabun cap x dengan sabun jenama yang mau dipromosikan. Iklan jenis ini masih relevant, masih menjadi. Saya kalau sabun saya ok. Cuma bila pengiklan terlampau memburuk-burukkan cap X, saya jadi sedikit macam tak berapa suka. Ko nak jual sabun engko, kan, yang engko terlalu focus cakap pasal sabun cap X, apa barang,kan. Kenapa tak focus pada sabun, ko sahaja.

Baru-baru ini saya kawan saya ada cakap yang dia bikin kerja yang ada kaitan dengan financial instrument. Mula-mula saya fikir ianya ASB/ASN, rupanya produk milik komersial. Mula-mula saya minat, pun masih minat walau dividennya serendah 2.5% sahaja. Minat saya jadi malap bila mengenangkan processing feesnya adalah 6.5%, lepas tu padam terus, bila kawan asyik downkan pesaingnya iaitu ASB/ASN. ASB/ASN tak syariah compliance katanya beliau.

Nah, bandingkan produk yang dikata syariah compliance ini dengan ASB/ASN…ASB/ASN 1 ASN2  harganya “fixed” at RM1.00 perunit, regardless market meletup,ka, merudum,ka…tetap RM1.00. Pulangannya terbaru sekitar 6%-7% seunit.hmmm.

Yang compliancelah sangat tu, harganya RM0.40 boleh turun, boleh naik….(boleh turun naik inilah cirri Syariah. Yang tak turun, tak naik kekal RM1.00 itulah punca ASN1, ASN2/ASB tak dapat pengiktirafan syariah compliance, walau saham dalam syarikat arak, judi, pelacur/hiburan semua dah ditapis-tapis) Mana datang katanya past track return 22% t? Saya cuba yahoo finance, nak dapat past historical price, tapi tak berjaya. Tak lama lagi market akan “crash” so tunggu ajelah,kan dia jatuh lagi dan lagi dan lagi…hah. Waktu sekarang adalah paling baik untuk jual stock beli emas…kata pensyarah Investment saya, jadi saya pun kata…ah malas aku nak commit…Lagi pun initially ku ingat dia jual ASB/ASN1, ASN2, bila dia jual benda lain, saya berhak menolak,kan.

Dan penolakkan itu bukanlah pasal, market nak crash atau dividend yang sangat rendah, dengan processing feenya yang tinggi, tidak (untung 2.5% - 6.5% investment cost, eh cik adik, berapa yang akak bole dapat…hah kalau market crash, RM0.40 buatnya jadi RM0.20, eh baik akak gamble beli saham MASlah, RM0.17 dah naik RM0.20, melak-melak boleh naik balik macam dolu-dolu hah tak ka mak cik kaya! …kalau tak naik pun MAS terus gulung tikar, kira sedekah kat MAS, Beranganlah tu). Saya tak ada masalah dengan itu semua, asal ia syariah compliance, tapi saya tak berkenan dengan cara iklannya nya tadi. Ko boleh cerita keberkatan syariah compliance, tapi ko pilih dosa dan azab memilih produk tak syariah compliance, sedangkan produk yang ko kutuk-kutuk itulah tolong orang kita yang buta saham, dapat merasa ada ekuiti di bumi sendiri, walau secuit bebeno. Baik ada, walau seunit,  dari tak ada langsung,kan.

Penghabisannya saya bercadang nak ajak kawan pergi cari gelang emas untuk hari-raya. Kalau tak berkenan, mungkin saya singgah Pejabat POS simpan aje dalam Tabung Haji.

Saturday, June 28, 2014

KESIHATAN KEWANGAN II


Minggu yang lalu saya menerima tawaran memiliki kad kredit dari sebuah bank perdagangan yang cawangannya memang ada bersepah di mana-mana. Pun begitu saya menolak tawaran tersebut. Mujurlah saya ada mengikuti ceramah AKPK, kalau tak pasti saya dah terima dah. Saya memang sudah memiliki kad kredit yang saya kira sangat menyenangkan untuk  shopping online, tempah bilik hotel on-line jika ada kursus di ibu pejabat yang kebiasaannya penginapan tidak disediakan. Lagi pula jika kita guna khidmat on-line ini kadang kita dapat potongan harga yang sangat bagus.

Boleh juga ada kad kedua yang tawarannya ntah apa ntah rebate-rebate? Itulah dia godaan dan cabaran kita hari ini. Pujuk-rayu-goda yang kalau dilayan boleh bikin kita kesasaran jauh dari landasan. Persoalan pokok, adakah saya benar-benar perlukan kad tambahan ini?

Sekali fikir, eh cantik juga ek…sekadar cantik buat hias dompet nak wat apa. Dompet saya pun dah penuh dengan kad. Selain kad ATM/kad debit, Ntah apa-apa kad ntah, kad pelajar, kad siswa, kad tesco, kad segala macam kad, naik kembung dompet den. He he he….

Itulah cerita saya, kad banyak, simpanan ciput. Itu satu perkara yang perlu saya perbaiki. Insyaallah tak ada masalah jika tau teknik dan taktik dan kita sanggup rendah diri mengaku yang kita bermasalah. Masalah besar ialah, bila kita tak sedarkan diri ini bermasalah.  

Contohnya: kunun katalah saya menyewa bilik di sebuah service apartment yang ada kolam renang. Buat masa ni saya pergi kerja naik motosikal. Gaji saya RM2,500.00. Saya ditawarkan kereta Myvi dengan ansuran RM800.00 sebulan.

Saya rasa saya mampu,kan. Sebenarnya jika dicampur kos lain seperti petrol, insurans, parkir ia sudah boleh naik ke RM1,000 lebih sebulan. Tika itu fikirlah balik. Jika saya ambil juga Myvi comel itu, hah…umpama, umpamakanlah dengan apa-apa perumpamaan yang anda boleh fikir.

Pun begitu bukan bererti saya perlu lupakan saja MyVi itu dan berpuas hati dengan motorsikal, boleh saja saya menyimpan duit lebihan gaji, dan tangguhkan impian itu barang setahun dua, Bila sudah tiba masanya simpanan tu boleh buat bayaran muka. Bila bayaran mukanya besar, sudah tentulah ansuran bulanannya boleh jadi lebih rendah. Andai sekiranya saya tak kisah untuk kereta terpakai, ansuran boleh jadi lebih rendah mungkin boleh RM450…sebulan selama 5 tahun???

Hah macam itulah cerita yang pada permulaan nampak macam ok, tapi jika digali lebih jauh sebenarlah OK boleh jadi KO.

Itulah saja cerita kewangan saya. Terima kasih.

Wednesday, June 25, 2014

Kesihatan Kewangan I



Saya bukanlah seorang yang wara’ kewangan, yang layak menasihat itu dan ini. Tapi saya ingin berkongsi perkara yang saya belajar dari mereka yang fasih dan alim dalam bidang ini.

Pertama menangguhkan kenikmatan.

Kisah tangguh-menangguh ini saya pelajari dari ceramah oleh pakar dari AKPK yang datang berceramah di tempat saya berkerja. Dia datang dengan pelbagai formula dan tips. Katanya tip dan formulanya tidaklah menjanjikan kita jadi jutawan, tapi cukup untuk hidup bahagia dalam keadaan sekarang yang serba mencabar ini.

Kita belanja apa yang perlu sahaja. Contoh di Melaka ini disebabkan perkhidmatan awamnya tidak secanggih Singapura, saya perlu berkereta untuk ke tempat kerja. Apa kereta, pun boleh. Tapi jika saya mengada-ngada mau MPV, untuk saya seorang yang masih single ini. Itu bermakna saya bukan berkereta untuk memenuhi keperluan saya, tapi saya berkereta untuk memenuhi kehendak saya. lagi teruk jika mengidamkan SUV, choooiiii touch wood. Tak kena langung...tak pasal-pasal kena ejek 'Delusional Mardhiah."

Dan katanya lagi kebanyakkan kita rakyat Malaysia berbelanja hanya kerna untuk meng “impress” kan orang. Bukan untuk diri sendiri. H,mmm, itu pemerhatian penceramahlah. Anda boleh sahaja untuk tidak bersetuju dengan beliau. tak ada masalah. Kita orang menganut falsafah... "if you believe in the freedom, of speech, you have to believe in the freedom of speech for those who carries the idea that you don't like."

Kedua perlu ada tabung kecemasan.

Apakah tabung kecemasan ini? Tabung bila cemas,lah. Incase kita kena buang kerja. Jangan rasa kerja kerajaan tak boleh dibuang kerja, stabil. Jangan. Jangalah kita ambil mudah akan hal ini. Esok lusa kita tak tahu apa malang celakanya akan akan menimpa diri. Tabung kecemasan ini dikira dengan formula mendarabkan angka enam dengan gaji bulanan kita.

Ada lagi tips, tapi saya kongsi dua sahaja. Sekarang mari kita “move on” dengan ilmu yang saya dapat dari kelas perakaunan saya.

Ketiga – tambahlah pendapatan jika berpeluang.

Semua risau GST akan menyebabkan harga barang bertambah, walau sudah diiklankan yang GST baik dan akan bikin kos kurang. Iklan TV kata kini kita bayar sales & service tax 10%. Dengan GST hanya 6%. Kan untung 4% tuh. Barangan asas tak kena GST, pengangkutan, caj kesihatan, yuran pengajian pun akan dikecualikan dari GST. Pensyarah kata, apa yang tak didedahkan dalam kita meramu service kesihatan, pelajaran dan pengankutan, ramuannya telah ada GST, bila kos peramuan ini meningkat, sudah pastilah peningkatan ini akan dijelma dalam harga perkhidmatan yang lebih tinggi.
Maka penyelesaiannya ialah tambah pendapatan dengan buat  kerja part-time seperti dia…kesian,kan.

Keempat- ini bukan masa yang baik untuk memiliki equity.

Kata pensyarah saya buat masa ini keadaan ekonomi adalah sudah nak meletup. Dia tak kata macam itu, saya yang rephrasenya jadi sampai begitu bombastic yang out of proportion….. euwww scarynya. Maksudnya, harga saham di bursa sedang mencanak naik. Kata dia jangan beli. Belilah bond, katanya, atau emas. Ok. Jika kita pandai mempelbagaikan pelaburan kita, pulangan kita sekitar 8% hingga 9%. Pelaburan perlu. Kita perlu lindung wang kita dari dimamah inflasi. Contoh jika kamu simpan wang kamu di bawah tilam…wang RM100, tidak akan bernilai RM100 lagi bila mana contoh kita ambil katalah kadar inflasi Negara 3%. Bila keadaannya sedemikian rupa, wang kamu yang bermuka nilai RM100 itu sudah jadi RM70 sahaja sebenarnya. 

Simpanlah wang kamu dalam financial instrument  yang beri pulangan lebih dari kadar inflasi Negara. Sebagai Bumiputera Islam kita beruntung kerna kita ada tabung Haji. Simpanlah tabung kecemasan kamu (6 x pendapatan bulanan) itu dalam tabung haji yang beri kadar pulangannya lebih tinggi dari kadar inflasi.

Itulah saja yang saya ingat. Saya bukan guru kewangan. Kesihatan kewangan saya pun agak tak berapa sihat juga, tapi sekurang-kurangnya dengan pendedahan yang saya dapat ini, saya sedar yang ianya sedang menderita dan saya dapat mengambil langkah untuk mengurangkan kesakitan itu dengan mengikuti langkah-saranan yang diberi, moga dengan izin tuhan ia akan sihat sejahtera berseri-seri, memancar-mancar sinar gituh. Yang bahayanya kita langsung tak sedar yang ianya tak sihat, dan kita terus berjalan-berjalan dan terus berjalan….kisah berjalan ini saya kongsikan nanti.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 26, 2014

Perks of being a SPONGE III

(talam bermuka-mukakah aku?)

Biasa kita kawan dengan kawan yang serupa kita aje,kan. Iya ka, tak, saya kawan semua, sebenarnya. Mujur kawan-kawan saya tidak passionate pasal MH370. Bayangkan di pejabat tu ada satu puak sangat taksub dengan idea emosi Pilot, satu lagi pula sangat menentangnya.

Maka macam mana ya? Saya tidak akan berkata apa pada sang penentang, tapi menyabarkan kawan yang suka sangat baca surat khabar online dari barat itu he he he….wartawan UK sana, bukan manusia aje yang boleh psiko, haiwan pun psiko gak, macam-macam.

Saya akan kata begini:-,

“Buat masa ini ko diam dulu, dan ko harus ingat ilmu psikologi ini masih lagi muda, sedangkan ilmu sains lain pun dulu pada asalnya manusia susah nak terima. Ko ingat tak sejarah ilmu kimia dulu. Pengamal ilmu kimia disamakan dengan ahli sihir dan mereka dibakar hidup-hidup dan saya kira begitulah kiranya dengan apa yang sedang berlaku jika kita bertoya-toya mau juga menerapkan element psikologi dalam isu MH370 ini”

Pun begitu teruskanlah membaca. Tiba masa nanti saya positif, lambat laun orang akan boleh terima juga ilmu ini kerana ini adalah satu cabang ilmu yang baik, dan saya sendiri amat menyukai ilmu ini dan percaya pengetahuan yang sedikit yang saya belajar dari Pegawai Perubatan Hospital kerajaan tentang ilmu inilah yang membantu saya dekat dengan Tuhan,

Juga dapat menjadikan saya lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang tak sama macam saya, bukan sahaja tak sama tapi well bukan se”kelas” dengan saya…well…well…mengeluh aje aku nih….well I saya sekolah sains, ok dan saya kena bercampur dengan most of science stream drop-out. Cubalah ko bayangkannya iya. It’s not easy tau. But Psychology has helped me a lot.

For those yang minat psychology bolehlah klik link ini, for those who don’t baik jangan he he he…..

Tuesday, March 25, 2014

Perk of being a SPONGE II

"Kan, dah kata semua mati syahid

“Eleh…fatwa tu kata penumpang jah, pilot tak” itu kata dia yang suka sangat dengan teori emosi pilot.

Lepas tu dia sibuk marah-marah, lah pula….

“eh kenapa susah benar mereka nak terima, eh kemungkinan pilot tu bunuh diri”  bila disuakan teori seperti di bawah yang saya kutip dari status FB kawan:-

“Kalau ada siapa2 nak percaya teori KONSPIRASI, teori yang saya kopipes di bawah ini PUN agak LOGIK, sebab USA memang sudah lama ada teknologi menerbangkan Kapalterbang secara REMOTE CONTROL atau PRE-PROGRAMMED. Maka ada kemungkinan MH370 bukan di HIJACKED, tapi DIHACKED dan penumpang serta anak kapal di racun dengan karbon monoksida sehingga pengsan / mati.”

Baca kat dinding saya, tak tak pernah aku wat kije menyestalk laki orang weh…orang bujangan tu adalah seskali dua saya visit. Visit means visit….ok. Setahun payah 2, 3 kali tak belum boleh diketegorikan sebagai stalking ok. Infact kalau ko memang betul-betul hebat, macam Papa GOMO yang dah inalillah tu, satu hari dua, 3 kali orang nak visit page ko, pun, ko tak boleh kata orang tu stalker. Orang katalah,kan. But so far SKMM belumlah lagi buat apa-apa ketetapan, panduan pasal stalk-menyestalk ni. Lembab,kan they alls tu.

Ok berbalik pasal kawan FB tadi….

“eh bukanka mamat ni yang berteori polis SB yang mengaykan Anwar….”

“hah, mengaykan Anwar?....bukanka hari tu ko juga cerita ada mamat berteori yang polis cipta air mani sintetik yang DNAnya sebijik-sebijan macam air mani Anwar dan kemudian masukkan dalam dubur Saiful, bukan mamat ni ka…eh berapa ramai mamat konspirasi yang ko simpan eh?”

“tak, tu lain tapi  yang ini kata, Polis SB cederakan kuda Anwar, Anwar jatuh terjelepuk. Tun M panggil SK urut Anwar, tapi pesan sama SK bagi pelacur urut, itu pasallah lepas jah kena urut dengan pelacur, Anwar jadi ….well you knoooowww….. Siap sampai hati kata Kak Wan Ikan Sepat Kering” sambil mengelap air mata…amboi sedihlah tu, sedih, sapa tak sayang Dr Wan weh, sayang, ntah dah berapa banyak dah air mata tumpah kerana Dr Wan yang suci lagi wali, lagi terinaya itu.

“Abeh tu kalau betul kering, lubung jubur bolehlah plak dia sapu KY Jelly…, kalau lubang taik manufacturer siap boleh cipta cream khas, lubang sepat kering, takkanlah tak ada….ngoklah apa ko nih”

Hah terdiam ko….pepandai ajekan kata Dewa Dr Wan tu Sepat Kering….

Punyalah gini manjanya couple ni, ko kata aihs...tak sampai hati I nak ulang u.......

Janganlah disaman orang-orang macam kawan-kawan saya ni. Mereka ni hanya bersendeloka menengokkan gelagat pemimpin yang kita sayangi semua. Merekalah penghibur kala dunia hiburan Malaya ini macam sampah….buat kata seorang kawan yang meluat dengan cerita cereka tempatan yang ada.

Saturday, February 8, 2014

MENGUMPAT TAK SUDAH-SUDAH

“galak mencari gold and glory dengan mengkeldaikan gospel” kata dia. Benci betul dia dengan makhluk-makhluk tuhan yang sebegini. Dulu pun saya ada juga menyimpan rasa meluat dengan orang-orang yang sebegini. Bukan Gospel sahaja yang dikeldaikan. Bagi yang muslim mereka mengkeldaikan Hadith dan ayat quran, bagi yang secular mereka mengkeldaikan akta-akta, perlembagaan dan kanun-kanun.

Pedulilah, bagi orang yang sebegini, kalau tak minat dia, orang itu pendosa, orang jahat. Satu ketika dia yang lain berkata begini “Jahat iya kau, suka buka cerita” saya buat bodo sebab saya rasa saya bercerita bukan mau membuka aib orang tapi bercerita untuk saya dan kawan saya bukan dia, tapi kebetulan dia ada sekelompok dengan kami agar jangan buat macam orang yang saya umpat itu. Itu sahaja.

Di lain masa jika dia kata begitu lagi saya akan kata begini “hah baru ko tau ka yang aku ni penjahat juga. Lain kali janganlah ko nak bercakap/nak buat baik dengan aku, bule?”

Saya pun sebenarnya dah berasa sangat letih dan lelah nak berbaik/berbasa/basi dengan pengkeldai-pengkeldai ini. Tiap-tiap hari ada aje benda yang kita mau umpatkan tentang dia. Kadang terasa juga, eh aku ni penat aje beribadat, tapi ibadat aku habis dah bagi kat dia. Bukan mengumpat, tapi menterapi mindakan mereka-mereka yang teruk kena bedil bom si pengkeldai ini. Moga tuhan menerima justifikasi terapi minda ini untuk tidak memindahkan pahala saya ke akaun dia.

Usai mendengar kisah ledakan bom pengkeldai, selalu juga saya bercerita begini, sekiranya ada banyak masa:-

Dulu masa aku tingkatan 3 dulu, cikgu sejarah aku ada cerita, kat India,kan mereka berkelas dan berkasta. Brahmin si kasta tinggi, akan mandi berlumur air suci jika sekiranya bayang siparia yang berkasta paling rendah menimpa mereka. Anggap sahaja bayang korang mungkin sudah terkena dia dan dia wajib mensucikan dirinya dengan menghina kamu. Orang kasta tinggi ni sampai bila pun dia tidak akan suka pada kita, nasiblah,kan dulu mak ko suruh ko sekolah pandai-pandai ko gatal nak kawen, padanlah muka tu jadi kerani aje. Hah, ce ko belajar betul-betul tak delah “kena” dengan dia. Aku ni pula dulu mak suruh belajar aku malas, aku sakit memanjang, dah tua-tua baru habis belajar, nak minta kerja baik macam dia, orang pula dah tak nak terima, dah. Orang muda ramai apa kejadahnya nak amik orang tua macam aku,kan. Kita sabar banyak-banyak ya"


Bila kita dah jauh dari nabi ni memang macam itulah orang berbalik semula, berkelas dan berkasta, kita tak ditakdir berada dalam kasta tinggi sebab tuhan tau, kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita lebih teruk dari dia kut. Kasta rendah inilah yang mudah untuk kita sampai selamat bertemu dengan Nya di akhirat nanti.

Iya memang kadang saya bimbang. Sudahlah ibadat tak banyak, terpaksa pula diberi pada sipengkeldai-keldai kebaikan/ketuhanan ini sebab perbuatan dan perkataannya yang mengguris hati orang itu sangat enak sekali untuk kita umpat-umpatkan.


Saturday, August 3, 2013

Istidraj??

I know, I know,  patut masa ni saya patut revise my FA, exam dah nak dekat, 17 Ogos, ni, tapi nak kira share, dividend, masih terkangkang-kangkang lagi….aduh-aduh, tapi sempat buka facebook. Dah baca facebook dah gatal nak menceceh pula…

Ochehan kali ni, pasal cerita dah lama dah, cerita masa saya belum bikin diploma lagi. Saya menyinggah duduk di tempat kawan untuk “sort” dokumen. Bos saya, Pegawai Pelajaran yang memang saya tak berapa kenal ‘mulut’ dia, bercakap yang saya rasa dia, sebagai bos tak patut cakap. Atau dia fikir ntahlah. Tapi benda yang dia cakap tu pada saya sangat eish tak patut, dan agak kekampungan, tak sesuai benar dibawa bual dalam pejabat. Tapi itulah saya kerja kat kampung memang orang kampung memang itulah kut bual-bicara yang akan mengeratkan dan mengakrabkan hubungan mereka.

Dia cakap macam ni “sayang cik xxxx masih tak berteman. Negara rugi bila orang macam tu tak ada zuriat” Dan dia mula bercerita pasal anak kepada adiknya yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tapi beristerikan seorang  minah kilang yang tentulah dah jadi ex-minah kilang the soonest mereka bernikah. Tak usahlah saya menceritakan satu-persatu, sebab saya fikir anda semua boleh teka apa ceritanya.

Masa itu saya rasa nak membidas  tapi sebab bos,kan, semua layan, saya pun layanlah juga, saya senyum, saya kata “hmm, mmm, dan mmm dengan angguk-angguk, sekali macam setuju bebeno. Macam setiap butir cakap bos tu umpama wahyu dari langit,  walau dalam hati saya marah dan cakap, eish bos ni, aku taulah bini ko tu ada phd, ko pula ada master, tapi tak patutlah ko umpat keji darah-daging ko sendiri. Jodohkan tangan tuhan. Dah jodoh adik ko serupa itu, bukannya boleh nak direverse-reverse lagi. Anak sedara pun dan besar-panjang, dah layak ambil lessen bawa motor, pun.

Bila saya sudah makin matang saya fikir, bos saya tu dia bimbang dan sayangkan anak sedaranya. Dia berfikir panjang, berfikir masa depan mereka bukan sahaja di dunia, masa depan Negara tapi lebih kepada masa depan di akhirat nanti. Pening agaknya dia memikir macam mana, kita dari kalangan orang baik-baik, cerdas akal dan minda, tiba-tiba Allah boleh bagi jodoh dengan perempuan IQ rendah yang taunya hanya nak melaram dan bermewah-mewahan sahaja.

Nauzubillah…

Oh ya pasal kawan saya tadi…hmmm dia masih macam saya, infact saya ada 2, 3 orang lagi kawan macam dia. Kenapa Allah tak sampaikan jodoh pada kami. Kalau saya ni, memang orang tak pertikai sangat, memang padan pun tak laku-laku---uish saya ni kalau nak kawen, kalau tak dapat Einstein,  James Dean, cukuplah, kurang dari 2 yang saya sebut tu, memang saya rejek. Tapi kawan-kawan saya semuanya slim, cantik, molek tutur-kata, manis mulut dan berjawatan tinggi, taste mereka idaklah segila saya, tapi masih  tak ada lelaki yang mau .

Kalau kita fikir eh macam dunia ni tak adil, perempuan tak reti jaga anak, cepat jodoh dan beranak, perempuan baik, rasanya orang perempuan ni, kalau dah masuk 40an, tak usah berangan pasal anaklah, kembang tekak. Malaikat pun mengekek ketawa bila Allah mau  bagi anak pada Siti Sarah yang dah tua itu.

Negara rugi? Memang rugi pun, bila Allah tetapkan perempuan tak reti jaga anak, dapat anak. Nak jaga anak bukannya senang, kadang tu jaga selok-elok mungkin, tak menjadi juga, kalau tak masakan anak nabi pun ada yang masuk neraka.  Mungkin juga istidraj akhir zaman, mungkin juga  kifarah. Adalah tu dosa-dosa kita umat Islam yang Allah nak bersihkan dengan jalan kifarah. Allah mau kita pulang kepadaNya sebersih mungkin.  Jadi kita hanya boleh bersabar dengan kegampangan anak-anak orang yang hanya pandai buat anak, tapi ambil semberono akan soal tanggungjawab mendidik anak.  


Sesungguhnya hanya Allah yang tahu. Kita cuma ada mungkin, mungkin, mungkin, dan saya kira dari saya berfikir-fikir pasal kemungkinan-kemungkinan yang ada, ada baiknya juga saya berdoa agar semua anak-anak kecil, yang comel-comel membesar sempurna, berguna kepada agama, bangsa dengan Negara, tak kisahlah mak ayahnya sesuweh macam mana pun.

Thursday, May 30, 2013

KREATIF???

(kreatif di sini hanya merujuk kepada Creative Accounting ya. Sesungguhnya tak ada kena-mengena dengan lukisan kreatif, tulisan kreatif, cereka kreatif dan yang sewaktu dengannya)

Jika minggu sebelumnya saya tergedik berangan sekejap nak jadi pengacara popular yang dibayar satu saat RM80.00. Minggu ini saya kembali semula ke alam nyata. Saya berkursus BITK yang memang direct dengan tugas hakiki saya.

Saya bersama orang yang memang saya. Atau lebih kepada orang yang saya mau jadi pada masa 10-20-30 atau sehingga saya menghembuskan nafas terakhir. Saya pun sebenarnya tak tau saya sebenarnya yang mana, yang tergedik-gedik mengacara ka atau yang serious, squre face, heartless penyimpan kira-kira yang pengingat lagi calculative.

Saya sebenarnya selalu berasa yang saya akan lebih berbahagia, gembira dan sejahtera jika saya  bersama-sama orang-orang yang memiliki personaliti macam Micheal Jackson, Ogy Ahmad Daud dari bersama-sama Donald Trump atau Fredie Franandez, Rafidah Aziz. Pun begitu Allah bagi rezki saya dalam bidang kewangan.  Saya tak adalah pula berangan nak jadi pengacara terkenal.

Buat kewangan taklah setension mana, pun. Infact I enjoy bikin kerja-kerja tersebut. Yang tak berapia bestnya itulah,kan…. Macam dalam office tu kita aje sorang yang baik, lagi tak menyeleweng, orang lain hmmmm pantang ada duit lebih sikit dalam buku VOT, pantang diarah bertugas keluar, berkursus, pantang bikin claim. Macam-macam mau masuk, macam-macam mau ambil kira. Milage barang 70, 80 sen pun sudah boleh bikin "gelap mata", macam mana nak jadi menteri? tapi kebiasaannya orang yang macam inilah yang bercakap mengalahkan menteri. Integritilah, transparencylah, accountabilitilah, ntah apa-apa ti ti tilah,kan lagi yang ada.

So bila kita bersama-sama kita-kita, perbualan kita-kita memang sahngat melemaskan. SPRM, bos yang bernafsu besar, bos yang kedekut, terlalu mau kawal duit dan itu-itulah, semua kisah manusia dan wang. Dan betapa hinanya manusia apabila tunduk dengan godaan nafsu dan wang-ringgit. Memang saya tak suka bercakap pasal hal itu, sebab mana tau saya sampai duduk di tempat atau bersama dengan orang-orang yang kalah nafsu ini, saya pun berperangai 2x5 aje. Mana tau rezki murah dapat jadi bos atau jadi bini bos….ha ha ha.

Pendekatan saya mudah aje dengan manusia-manusia kreatif ada jalan lurus, ai nak gak jalan bengkang-bengkok ni. Dia ada sebab kenapa dia mengambil jalan susah berbelit-belit dari simply ikut rule (TI, PP, SPP dan kawan-kawan dialah,kan). Itu antara dia dengan Allah SWT. Saya sangat bimbang mau mengeji-negji mereka sebab bimbang jika saya berada di kedudukan (saya nak sampai ke situ mungkin agak mustahil, atau mana tau saya bertemu jodoh lewat usia dengan manusia jenis kreatif, kan) itu suami saya tulah dok gian bikin benda-benda kreatif nih,kan. Suami tak berapa kreatif, saya pula terlebih-lebih ajar "abang buat macam itu, macam ni, begitu, begini" Minta dijauh tuhanlah, diberikan skrip kehidupan yang seburuk itu.

Itu pasallah saya mau pelihara diri dari terperangkap dengan benda-benda kreatif, dengan tidak terlalu memandang jijik dan hina pada puak-puak kreatif ini. Dia bikin benda jijik dia ada,lah tu pertimbangan dia. Moga di akhir usianya, jika dia Islam, dia sempat pulang bersih mengadap yang esa.

BUkan saya nak membelalah pula makhluk-makhluk yang dikata sebagai perosak/anai-anai kreatif, nih…ntah tapi orang kata, apa ye… ntahlah kalau rosak, pun yang rosak bangsa seagama kita gak, orang alim, orang baik-baik, ulama, semua pesan agar doa yang baik-baik, kasih-mengasihi sesama insan. Tak pernah pula saya dengar orang alim-alim suruh kita bermusuh sesama kita, umat Islam.


So itu ajelah buat kali ini. Selamat malam  

Wednesday, March 13, 2013

Amalan Tradisi





Cerita pasal Aisha dari Qabul ni memang dah lama saya dengar tapi idaklah meneliti sampai habis betul-betul. Dan bila si Aisha tu dah terlepas ke US, di selamatkan pula oleh tentara Amerika, ko nak kata apapun katalah…Drama, sandiwara, Amerika? Pun begitu yang pasti, jika ianya bukan sebuah sandiwara, dalam tanggapan orang yang melakukan kezaliman pada Aisha tentulah ada justifikasinya yang tersendiri.

Aisha menghantar saya ke zaman susah saya. Masa tu saya sakit, mak bawa balik kampung, berubat cara kampung. Tapi disebabkan saya ni masa tu JPA’s scholar, laporan perubatan adalah perlu. Dan dua pupu ayah kebetulan, masa dia  degree di UKM Bangi, rakan serumahnya ambil Medic, lepas tu mengkhusus dalam bidang psikologi, dan jadi Pakar di Hospital Sultanah Aminah Johor.

Masa tu saya memang tak sedar apa-apa, tapi emak cerita ramai jugalah orang yang menyanggah emak untuk menghantar saya ke hospital. Antara kata-katanya ialah “budak tu nak sekolah lagi, kalu pergi ke hospital dikarennya otak budak tu…”

Over the years, saya dah tak ingat dah yang berlaku. Adakah otak saya pernah kena karen wallhualam. Cuma saya nak cerita bila kamu sakit, some traditional treatment kadang tu memang pelik. So, berbalik pada Aisha… kenapa seorang suami sanggup mencacatkan isterinya sendiri? Could be pada mereka dia percaya agaknya cara tu nak membaikkan isterinya, membaikkan, memulihkan isi rumahnya.

Dan kadang tu kepercayaan tradisi memang pelik. Betapa pelik, dan betapa tak berperi-kemanusiaan pun sesuatu amalan tradisi itu, mencela-menghina amalan lama bukanlah sesuatu perbuatan yang boleh menampakkan yang kita ini lebih terkehadapan atau lebih cerdik dari mereka yang telah mengamalkannya dulu.

Apatah lagi, nak menyalah-nyalahkan orang yang telah berbuat sebuah kezaliman itu. Yang terbaik ialah 'forgive & forget, walau memang susah. Itu cabarannya.

Saturday, March 2, 2013

Kek coklat sedap


Kita ni hidup nasib-nasib . Tapi orang agama kata nasib kita Allah dah tulis dalam loh-mahfudz. Semua orang kena uji, tak ada sorang pun kat dunia ni happy aje. Sedangkan hamba yang paling Allah sayang, iaitu para nabi, wali dan orang alim pun Allah datangkan macam-macam dugaan, cabaran dan halangan. Berliku-liku hidup mereka, inikan pula kita yang biasa-biasa yang sering lalai dan melakukan perkara yang nabi tak buat, Allah tak suka.

Cuma kita ni orang macam mana, adakah kita orang yang suka mengeluh, atau kita jenis ahhh blasah aje. Redah walau kadang tu rasa bagai nak setengah mati pun ada. Saya bercakap pasal kerja dan keadaan diri yang rasa ya Allah semua serba susah dan berat. Semua kena atur sendiri sedangkan saya rasa, kita orang perempuan ni tidak sepatutnya dibebankan dengan benda-benda yang susah.

Lalu saya termenung sejenak, saya terfikir amah-amah, kuli-kuli dan buruh kasar, eish teruk  mereka kerja, kesian mereka.  Kalau kita percaya semua yang terjadi adalah atas rancangan Allah, kita senyaplah sikit reda, sejuklah sikit hati kita.

Kita ni berada dipertengahan, kerja taklah seberat kuli, tapi kena selalu berhati-hati. Lebih baik kita masuk satu tempat kita datang dengan perasaan underdog, orang berbulu tengok aku. Bila dah tau orang tak suka kita, kita jagalah perangai kita elok-elok. Sekurang-kurangnya dia tak ada isu nak mengenakan kita. Kalau orang suka kat kita pun, tak selamanya dia akan suka kat kita. Jadi lebih baik tak pernah disukai, namum tak pula dihirau, dari disukai, kemudian bergaduh, dibenci disakiti dengan umpat-keji dan kutuk-kutukan. Sebab saya tengok hari ni, relationship adalah atas dasar simbiosis... Bila dah tak ada kepentingan, ahh pergi mampuslah ko, aku bukannya berkenan kat ko sangatpun. Aku hanya cintakan diriku sendiri aje, orang lain buat nyemak dunia ni, buat dunia makin panas, makin cepat terbalik dan musnah.

Lagi banyak kekuatan, kelebihan dan kemapuan kita, lagi ramailah orang nak bersimbiosis dengan kita. Andai satu hari ditakdir kelebihan yang ada pada kita tuhan tarik….kita jatuh ke bawah, masa itulah baru kita tau sahabat kita yang sebenar-benar sahabat boleh dibilang dengan jari.  Biasalah tu…hukum hidup didunia memang macam tu.   Itu bukanlah satu benda besar yang menduka-citakan kita selamanya. Jika kita take life as it is, life will come and embrace us. Susah, jatuh, tersungkur, pun kita masih boleh ceria dan tertawa.

Kadang bila orang baik sangat sama kita, terlintas gak dalam hati, “dia bukan suka aku pun, tapi dia saja buat baik sebab nak dapat kek coklat sedap, cantik, berkualiti, mahal yang FOC sebagai balasannya he heh ehee..




Sunday, January 20, 2013

Sahabat

"Kelemahan lelaki ialah wanita, dan kelemahan wanita adalah pangkat dan harta" terimalah mereka seadanya, terkadang mereka kuat, ada kala mereka lemah...bersabarlah  


Orang kata kalau perempuan lelaki duduk berdua-duaan di tengahnya syaitan. Kalau perempuan dengan perempuan, ok tak, tak ada syaitan ka he he he…jangan melalut fikir yang bukan-bukan ya. Kami perempuan Melayu zaman 70’an tak tau lesbian-lesbian ini ya.

Bila kami berdua-duaan, memang ada syaitan. Duduk ramai pun syaitan juga, duduk sorang pun syaitan juga. Syaitan ada di mana-mana. Ok kita cerita pasal perempuan yang berdua-duaan, bertiga ditemani anak salah seorang dari mereka. Mereka hanya bertiga, sebab hari itu sabtu, mereka aje yang rajin mai buat OT.

Maka dek terhasut dek syaitan, yang dah membujuk mereka kunun cakap-cakap mereka adalah sekadar refleksi diri, muhasabah, atau terapi minda, maka dua wanita ini pun memakanlah bangkai saudara mereka sendiri.

Mereka mengumpat-mengumpat-mengumpat dan mengumpat. Actually mereka memikir dan memutus atas satu kes kawan bergaduh. Kasilah chance mereka berangan sekejap jadi hakim mahkamah Malaya, sedang hakim-hakim, Majestret semua tengah cuti rehat hujung minggu ini. Ok Kita cut short cerita, kita renung akan benda yang ada sorang wanita tu tak habis-habis lagi nak memikir dan membincang. Nanti dia nak bincang dengan kawan dia yang lain pula, nak tanya akan apa pula pendapat kawan yang lain itu, sampai balik rumah lawan blues dengan menulis di sini:-

Kesnya macam ini, 2 sahabat sedang bergaduh, isunya sudah disepakati dipandang sebagai tiada keserasian dalam kerekter. Rata-rata mata yang memandang  akan menjatuhi penilaian yang persahabatan mereka itu adalah memberati sebelah pihak aje, tak ada give and take. Tak sikit juga yang rasa, kalu dah macam itu carilah rakan lain, usahlah disayang sangat dengan persahabatan itu, tak rugi kalau tak bersahabat pun.

The question is, is is is is…. Aku tak sampai hati nak cakap macam itu, walau aku pun dah macam nak 100% nak kata lebih baik putus. Ha ha ha….

Sanggup kah korang bagi nasihat…”lebih baik break aje, korang tak ada chemistry, selama ni pun kawanmu itu hanya mempergunakan kamu. Nah, sekarang terimalah hakikatnya yang kamu di sini, di tempat ini, kamu sudah jatuh, dan tidakkah kamu faham, dia adalah seorang sahabat yang tak suka benda-benda yang dah jatuh!” J

Kejam sungguh bunyinya…

I would rather advise her like this
“jangan terlalu fikirkan sahabatmu itu, sebaliknya perbaiki dirimu, burulah kecemerlangan diri (go back to school, or try mngorat mamat kategori jerung hensem lagi berjaya dalam karier). Insyaallah sahabatmu akan kembali semula ke pangkuanmu, seperti dulu.”

Next nanti saya akan cerita my very own story of mylife…dan persabahatan saya.