“galak mencari gold and glory dengan mengkeldaikan gospel”
kata dia. Benci betul dia dengan makhluk-makhluk tuhan yang sebegini. Dulu pun
saya ada juga menyimpan rasa meluat dengan orang-orang yang sebegini. Bukan
Gospel sahaja yang dikeldaikan. Bagi yang muslim mereka mengkeldaikan Hadith
dan ayat quran, bagi yang secular mereka mengkeldaikan akta-akta, perlembagaan
dan kanun-kanun.
Pedulilah, bagi orang yang sebegini, kalau tak minat dia,
orang itu pendosa, orang jahat. Satu ketika dia yang lain berkata begini “Jahat
iya kau, suka buka cerita” saya buat bodo sebab saya rasa saya bercerita bukan
mau membuka aib orang tapi bercerita untuk saya dan kawan saya bukan dia, tapi kebetulan dia ada sekelompok dengan kami agar jangan buat
macam orang yang saya umpat itu. Itu sahaja.
Di lain masa jika dia kata begitu lagi saya akan kata
begini “hah baru ko tau ka yang aku ni penjahat juga. Lain kali janganlah ko nak
bercakap/nak buat baik dengan aku, bule?”
Saya pun sebenarnya dah berasa sangat letih dan lelah nak
berbaik/berbasa/basi dengan pengkeldai-pengkeldai ini. Tiap-tiap hari ada aje
benda yang kita mau umpatkan tentang dia. Kadang terasa juga, eh aku ni penat
aje beribadat, tapi ibadat aku habis dah bagi kat dia. Bukan mengumpat, tapi
menterapi mindakan mereka-mereka yang teruk kena bedil bom si pengkeldai ini.
Moga tuhan menerima justifikasi terapi minda ini untuk tidak memindahkan pahala
saya ke akaun dia.
Usai mendengar kisah ledakan bom pengkeldai, selalu juga saya bercerita begini, sekiranya ada banyak masa:-
“Dulu masa aku tingkatan 3 dulu, cikgu sejarah aku ada
cerita, kat India,kan mereka berkelas dan berkasta. Brahmin si kasta tinggi,
akan mandi berlumur air suci jika sekiranya bayang siparia yang berkasta paling
rendah menimpa mereka. Anggap sahaja bayang korang mungkin sudah terkena dia
dan dia wajib mensucikan dirinya dengan menghina kamu. Orang kasta tinggi ni
sampai bila pun dia tidak akan suka pada kita, nasiblah,kan dulu mak ko suruh
ko sekolah pandai-pandai ko gatal nak kawen, padanlah muka tu jadi kerani aje. Hah,
ce ko belajar betul-betul tak delah “kena” dengan dia. Aku ni pula dulu mak
suruh belajar aku malas, aku sakit memanjang, dah tua-tua baru habis belajar,
nak minta kerja baik macam dia, orang pula dah tak nak terima, dah. Orang muda
ramai apa kejadahnya nak amik orang tua macam aku,kan. Kita sabar banyak-banyak
ya"
Bila kita dah jauh dari nabi ni memang macam itulah orang berbalik semula, berkelas dan berkasta, kita tak ditakdir berada dalam kasta tinggi sebab tuhan tau, kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita lebih teruk dari dia kut. Kasta rendah inilah yang mudah untuk kita sampai selamat bertemu dengan Nya di akhirat nanti.
Bila kita dah jauh dari nabi ni memang macam itulah orang berbalik semula, berkelas dan berkasta, kita tak ditakdir berada dalam kasta tinggi sebab tuhan tau, kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita lebih teruk dari dia kut. Kasta rendah inilah yang mudah untuk kita sampai selamat bertemu dengan Nya di akhirat nanti.
Iya memang kadang saya bimbang. Sudahlah ibadat tak banyak,
terpaksa pula diberi pada sipengkeldai-keldai kebaikan/ketuhanan ini sebab perbuatan dan perkataannya yang mengguris hati orang itu sangat enak sekali untuk kita
umpat-umpatkan.
No comments:
Post a Comment