Friday, February 28, 2014

HARGA BAGI SETIAP BENDA



Masa itu kami masing-masing masih muda. Eh mereka aje yang muda, saya dah agak tua juga sebab saya memasuki perkhidmatan awam tika berusia 27 tahun, kira dah tualah tu. Ini kisah induksi. Induksi ini bolehlah kalau ada yang mau kata sebagai sessi “brain-wash”.

Saya lebih suka kata, ianya sebuah sessi untuk memupuk kesetiaan dan kecintaan terhadap pihak majikan iaitu kerajaan Malaysia yang berdaulat ini. Tak ada apa sangat pun, cuma bila sebut pasal wawasan 2020, masing-masing semua sangsi dan tidak yakin. Macam mengarut aje. Macam mana you nak maju at the same time u tak moh frinjan, u tak moh lucah, u tak moh seks luar nikah, pendek kata u tak moh gejala social. U mau zaman sesyumul zaman nabi.

Saya menebak budak-budak lelaki yang sering mengasak penceramah sedang, sedang dalam kerisauan yang parah akan kemungkinan dapat isteri yang telah ditebuk tupai. Al-maklumlah gejala bohsia memang sedang hangat pada zaman itu.  Atau lebih menggerunkan setelah mendirikan rumah-tangga, isteri asyik MC…dan di luar sana, perempuan-perempuan muda sudah tidak begitu menitik beratkan soal kesucian diri. Penceramah pandai menepis. Pada mulanya saya malas nak masuk campur hal orang-orang lelaki ni, tapi saya kesian tengok budak-budak tu seperti diperbodoh-bodohkan pula. Terus saya memerah otak memikir sebuah soalan yang membikin penceramah yang berstatus akauntan terpaksa mengaku yang dia sama 2x5 saja skeptiknya dengan pengasak-pengasak yang tegar itu.

Saya malas nak layan benda-benda macam ni , sebab deep inside my heart knows that what have been decided by our leader is what the best for us. Only after 7, 8 years, past the incident, I’ve learned about the cost benefit analysis, I can jot down something like this “we can’t afford not to have wawasan 2020, even at the expense of certain value”.

No comments: