"aku ingat back ground agama, keliling semua ustaz, lagi baik, le. Ini tidak, baru tak sampai seratus hari dapat pangkat, dah buat hal"
"nanti dia cakaplah, setan dia lagi besar dari setan kau"
"derang ni dulu baik bukan pasai baik sangat pun, baik sebab belum kena uji, bila dah diuji, hah amik ko, jatuh melarah"
"Itulah,kan mulut longkang 24 jam asyik ngata kita orang kewangan ni jahat,kan, makan duit haram, duit riba, sebelah kaki dah masuk dalam neraka, penghalang jalan agama, bla bla bla?"
"hurm, setuju, at least kita kenal, mana riba, mana untung, bila dapat kat derang semua pulun untung"
Itula dia dialog-dialog orang finance, auditing yang sakit hati dengan ustaz-ustaz melampau bila Allah bagi sikit senang. Mudah benar mereka hanyut dan keasyikan duniawi. Memang sakit sangat, bila yang buat perangai ada background agama yang kukuh. Next time bila tengok ustaz turn corporate, kita kena set standard yang lebih rendah dari mereka yang memang back-ground sekular.
Means to say if ustaz jak, set kan tahap risko lebih tinggi more sample, buat more rigorous check. Analoginya macam orang umur dah tua ada pulak sakit itu ini, tapi gatal dah temengandung pulak, misi terus bagi buku merah. Macam gitulah sang ustaz turn corporate, teknokrat, birokrat, kita terus bagi dia buku merah. he he....
Personally I feel, it has nothing to do with your academic background pun, tapi awak tu macam manakah orangnya. Cuma semacam kalau, budak sekolah agama turn, bidang sekular, senang kita nak nampak kalau mereka bermegah-megah dengan kemewahan materi hasil dari kerja jahat menyalah guna-kuasa dan menggunakan wang awam untuk kepentingan peribadi. Orang tua-tua kata, kerna nila setitik, rosak susu sebelanga?
hurm, tapi boleh je buat jejak budak sekolah agama turn sekular ni. Cuba matchkan mereka dengan profile penjawat awam yang ada kes salah-laku kewangan,kan? Berapa ramai rekrut dari sekolah agama, dan berapa peratusan mereka yang pernah, terjebak, dituduh, disabitkan dengan salah laku kewangan. benda tu kita patut bikin sebelum kita terus bagi dia buku merah,kan?
In the mean time, I look into myself, if I ada contribution bikin ex-Imam-Imamah, terovver tunjuk kaya sampai terjebak dengan gejala yang tidak sihat? Well I think, I have...For instants, I don't welcome them that much. "Ko sekolah agama, apsal nyibuk dan buat kerja sekular", gitu. Mungkin juga suara-suara dalaman begitu, bikin mereka nak tunjuk mereka lagi terror dari kita yang pure sekular dengan menunjuk-nunjuk mereka ada lebih banyak duit dari kita, kut? Mungkin.
Showing posts with label FEAR. Show all posts
Showing posts with label FEAR. Show all posts
Wednesday, November 21, 2018
Sunday, November 8, 2015
Cerita Gila
Ada seorang tua ni dia mau jatuhkan sorang ketua dalam sebuah kem. Dia pergi pada sekumpulan orang tua pencen yang dulu, ntah sekarang pun memang sesat barat habislah. Lalu kumpulan tadi rejek dia. Lepas tu si tua yang tak sedar tua ini pun mengarahkan pengikut-pengikutnya mengejek-ngejek kumpulan tua pencen ini sesat barat tak sedar diri.
ko fikirlah sapa yang sebenarnya sesat barat tak sedar diri, itu...kan. Saya sungguh tak faham ada manusia jenis bila kena rejek mula buruk-burukkan orang. Hai yang awak tu perfect sangat,ka? karang orang singkap kurap awak.... too badlah kan kita orang yang jenis baik ni, kalau singkap-menyingkap ni plak berlawanan plak dengan mentera "an eye for an eye will make the whole world blind"
Agaknya apa benda ilmu yang orang ni pakai sampai kalau ko kene rejek ko londehkan apa kurap dia ada ye. Ajaran agama apakah yang membenarkan kita buat macam tu ek...eh tak faham.
ko fikirlah sapa yang sebenarnya sesat barat tak sedar diri, itu...kan. Saya sungguh tak faham ada manusia jenis bila kena rejek mula buruk-burukkan orang. Hai yang awak tu perfect sangat,ka? karang orang singkap kurap awak.... too badlah kan kita orang yang jenis baik ni, kalau singkap-menyingkap ni plak berlawanan plak dengan mentera "an eye for an eye will make the whole world blind"
Agaknya apa benda ilmu yang orang ni pakai sampai kalau ko kene rejek ko londehkan apa kurap dia ada ye. Ajaran agama apakah yang membenarkan kita buat macam tu ek...eh tak faham.
Sunday, November 16, 2014
Kawanku yang dot dot dot II
Saya memang tak stress pun pasal isu pondan ni, kelmarin tu saja aje bikin drama paranoia, tapi memang saya menangis bila saksikan video ni :-
Saturday, November 15, 2014
KEBEBASAN BERSUARA
Ada orang kata online itu bebas. Saya
tak setuju. Pada saya tak macam itu. Offline lagi bebas sebab kita kenal rakan
bual kita, kita tau apa yang dia suka, apa yang tidak.
Contoh saya boleh kata…. eiii kamu
ni munafik betullah pada si A. Tapi tidak pada si B. Dan si B memang arif yang
dia tak boleh keluar perkataan kafir pada saya, walau bersama B dan D mereka
bebas mengkafir-kafirkan saya jika saya bersikap terpilih-pilih, kawan-kawan
didahulukan, tak kawan, aku simpan tepi dulu. Padanya itu kafir itu bererti
engkar. Engkarkan perintah tuhan. Tuhan perintah suruh saya adil, tapi saya
dulukan claim pegawai dan kawan-kawan saya. Itu tak adil, saya dah engkar, maka
saya kafir.
Pada saya pula munafik itu double
standard. Pada dia, ntah. Dia memang melenting dengar perkataan itu, dia
terkejut, suaranya sedikit keras “munafik!” tapi terberhenti lalu tersenyum
lebar dan berkata “iya, kamu sudah tentunya bercakap dengan bangsa Indonesia,
pada mereka munafik seperti kita cakap, lu, cakap tak serupa bikin.”
Offline, saya takkan tau jika si B
sudah cakap pada D begini “CC Mardhiah tu kafir betullah, kenkawang dia aje
claim dah masuk, kita belum lagi” dan Si B tidak akan tau jika saya mengadu
pada kawan bangsa Indonesia saya yang si B tu memang betullah munafik! Bagi
ceramah claim kena hantar sebelum 10 haribulan A.P. 100 kata kalau ingkar A.P.,
kewangan berhak tolak claim dia, tapi dia sendiripun selalu lewat hantar claim
dia. Huh!
Dalam internet, cubalah kita capture perbualan tadi dan uploadkannya dalam youtube ka, lepas tu tag sana-tag sini, he he harus,_________. hai aku tak mau membayangkan apa yang bakal terjadi.
Sunday, July 13, 2014
Diam lagi baik
Tiap kali Ramadhan itu le ceritenye, orang Yahudi akan bedil
orang Palestine. Bila kena bedil, maka kita pun buat derma kilat. Macam itulah
nanti pada tahun hadapan. Kita tak usahlah rasa pelik kenapa Yahudi buat macam
itu, sebab itu agama mereka. Ntah sapa yang mengajar? Ustaz saya kata, Yahudi
ni dia pandang bangsa lain sebagai goyim, lembu. Dan mereka mengajarkan
penganut mereka yang membunuh lembu itu adalah pekerjaan termulia. Kata
ustazlah. Abes tu kita kena ramai-ramai, pakat-pakat bunuh ajaran yang sesat
ini? Itulah yang sebaiknya saya kira.
Tapi sejarah orang Yahudi ni memang begitu, Allah beri
mereka segala macam kelebihan, tapi mereka salah-guna, mereka membenci orang
yang tak sebangsa dengan mereka, Bila fikir balik, memang gitulah manusia, bila
kita kuat, kita rasa orang yang tak sama macam kita, ini menyusahkan, lack of
self discipline, tak ada wawasan, bla…bla…bla…bla…kita berusaha ubah mereka, kita
nak jadikan mereka macam kita juga, macam kita barulah kelas, bla…bla..bla…
Yang tak kelas, tak boleh kawan sama kita. Oklah kalau setakat tak boleh kawan
aje oklah lagi, ni macam kes Yahudi, ni, kawan tak boleh, bunuh kasi mati,
dapat pula pahala.
Mujurlah Islam itu agama lengkap, Islam anjur kita saling
kenal-mengenal, berbaik-sangka sesama orang yang lain bangsa kerna tuhan memang
cipta manusia dengan berbagai bangsa, dengan rupa bentuk, warna kulit yang
berbeda. Kerana apa, untuk kita saling mengenal dan cinta-mencintai. Itu Islam,
tapi agama ciptaan Yahudi, yang didakwa datang dari tuhan dan nabi-nabi, ajar
penganutnya perkara yang berbeza. Mereka bangsa pilihan tuhan, diutus ke dunia
ini agar mereka yang bijak pintar menguasi ekonomi & teknologi terkini dunia,
kacak, tinggi lawa, membunuh bangsa yang lain yang kurang efficient dan bijak
ini. Pengagihan sumber dunia akan lebih cekap jika dikuasai oleh orang-orang
cekap yang bermerit sahaja, maka ia satu jihad untuk menghapuskan ketidak-cekapan.
Tuesday, April 29, 2014
WILD and BLACK
Dah 2, 3 kali gak saya lihat update-update dari kawan FB
wanita saya yang bercakap pasal wild and the longing to be wild till the end of
their life???
Yang menulis tu bukanlah dia wild, atau saya tak kira yang
dia tulis itu untuk kawan dia yang wild, tapi untuk dirinya sendiri yang dia
rasa ada “sisi gelap” nya yang tersendiri. Oh don’t get me wrong, maksud saya
gelap ialah gelap itu gelap, gelap, sebanarnya tak gelap, tapi menjadi cemuhan
pada masyarakat kita yang terkenal dengan budaya sopan santun ini.
Contoh kawan saya yang mula mengupdate status sebegitu ialah
seorang yang suka berbasikal. Ha berbasikal itulah yang pada dia yang dia rasa kita kata dia wild, walau kita tak kata, tapi mesti kita tau ada yang mak joyah terover concerned yang akan kata…"gelinya
mak tengok anak dara berbasikal-berbasikal iniiiiiiii. Nanti tak ada lelaki
yang nak masuk meminang anak mak ini tau!"….Gitu-gitulah. Tapi berita baik kawan
saya sudahpun mendirikan rumah tangga, 5 bulan yang lalu. Wah Mardhiah
bagusnya kamu siap ingat lagi bila dia kawen…Mana buleh saya lupa sebab dia
baru upload gambar dia potong kek kata 5 bulan berlalu sudaaaaa…
Semalam bila ada seorang yang somebody dalam dunia
tulis-menulis kita (seorang pemikir, iya pemikir aje yang layak menulis di penerbitan milik Negara Malaysia, tau) tulis benda yang agak-agak
sikit lebih kuranglah, macma tu ehmmmm…ehmmm…..ehmmmm…. itu satu plea pada jejaka bujangan
di luar sana tau!
Bukan mereka wild, (sewild pelantun idea asal, iaitu sebuah kerekter fiksyen dalam sitcom HBO....btw, kerekter fiksyen tu wild ka...nantilah eh, kita tulis panjang-panjang pasal dia) tapi tolong faham, “please terima kami
seadanya”
Tapi harus juga diingat ada orang yang merasakan dirinya
bukanlah dijadikan untuk run wild, tapi to adore and obey. Betapa, pun kadang itu kita rasa dia sangat plastic.
Kita seram-sejuk dengannya…eh dia ni bukan boleh caya sangat, depan ko dia kata
ok, belakang ko dia kata ko not so ok, infact dia kata dia merana kerana ko…haaaaa, kan
gitu,kan takuuuuuutttt sayeeeehhhh. Infact dia heboh bersiaran yang ko Perempuan Psiko kuat berangang!!!!
I do have this bahaya kinda of friend, perempuanlah, takkan la lelaki, kut. Tapi kalau ko jujur,
ko tak pernah ada menyimpan hidden agenda. There’s nothing to be worry about
this kinda of people. Sometimes, yeah you do feel that he or she macam menikam
ko dari belakang, (he or she sama naik memburuk-burukkan ko di hadapan ko punya
haters) tapi percayalah, yang di dalam hatinya dia tau ko seorang yang tak
pernah pandai berblack-hidden agenda.
Apa jadahnya black hidden agenda pun ntah….baru sejak dua
menjak kenal dengan budak-budak blogger inilah saya dapat perkataan black
hidden agenda. Jika betul ada, seeloknya jika kita rasa ada macam itu, as long as
dia Islam, tak kisah lah dia gay ka, kalau dia tak berbangga menunjuk ke “gay”
an dia. Menguar-uarkan ke"gay"an dia dengan mengupload video dalam youtube “I'm gay I OK”, I think ayat Quran yang menyeru kita untuk
saling kenal mengenal dan buang sangka-sangka buruk itu masih applicable pada
dia…
Eh kakak ko pekak buta ke hapa…? Ko tak Nampak buku-buku dia
sapa yang publish? Ka ko dah jatuh angau pada dia? Gasak kolah adik ku sayang
yeah…kalau dia ada black-hidden agenda pun atas ko,lah…akak kerani kecik, apa
barang dia mau berblack agenda dengan akak,kan.
Sunday, April 6, 2014
HARGA BAGI SEBUAH KEHIDUPAN
Jumaat lepas saya teman Mak gi hospital, saya keasyikan
tengok ada satu patient tu bersimen tangannya sebelah rancak menaip telefon
pintar dia, berwats ap, ka…kira bersembang di dunia maya dengan kawan-kawannya.
Badan aje kat hospital tu…kablu ntah dah ke mana tah tu. Ibu dia baca surat
khabar. Ibu tunjuk cerita Pensyarah Cabul. Anak tangkap gambar, sambung sembang
lagi. Laju dia menekan-nekan abjad dengan ibu jarinya. Leka saya. Nasib baik
dia tak perasan. Rasa malulah pula, dok tercongok tengok orang tak
berkelip-kelip. Astagfirullah hal azim….
Saya ajak Marissa pergi play-ground, takut nanti caught red
handed memerati orang. Saya pun lupa pasal budak yang laju menaip telefon pintar dengan ibu jari, lupa jua akan pensyarah cabul tu, Ahad buka
internet, layar blog, buka FB, heboh jua. Alamak iye ke betul ka Pensyarah tu
yang dimaksud-maksud kan yang itu tulah tu yang glemer yang saya pun suka juga
tu. Selisih nauzubillah. Macam mana boleh jadi sampai macam itu. Takutnya.
Tak taulah apa salah…zaman moden banyak sangat penyakit, ada
saya baca tu mid-life or quarter-life crisis. Rasa hidup kosong. Antara symptomnya
kalau lelaki dia berkawan dengan perempuan lebih muda, pakai rambut palsu dan
macam-macam lagilah.
Apa punca ntahlah…
Itu sesuatu yang giat diteroka di barat sana…sampaikan ada yang punyalah giatnya berfikir sampai bunuh-bunuh diri pun ada.
Kita di Malaysia itu macam taboo. Kalau ko mengaku ko mengalami mid/quarter life
crisis kawan ko cepat-cepat akan nafikan ko. Saya pernah mengadu pada kawan,
yang kawan saya mengomel pasal ,mid-life crisis, sebenarnya bukan mid, tapi
quarter, ntahlah dia berasa dia dah tua sangat kut, atau dia ambil umur nabi 64
bukan umur manusia terpanjang dalam dunia.
Punyalah nak gugur dengar respond kawan. Dia kata
“cakap dengan kawan awak tu, suruh pergi bunuh diri, lagi
baik”
Saya nak nangis jam-jam tu juga pun ada. Sebab apa yang
berkata macam tu kaunselor tu…ada cap CPA, ka hapa ka…bukan kauselor cap ayam.
Ada pentauliahanlah…macam kita akauntan yang ada ACCA, MACPA, CIMA gitu.
Now it’s happening to orang-orang dalam bizness service
macam ko…(ko punya line). Mencabul perempuan muda? Ada berani nak suruh dia
bunuh diri? Tu leee dia ingat kawan saya yang mengadu mid-life-crisis tu, adalah
kawan yang saya kenal dan jumpa di Klinik Psychiatri Hospital Besar Melaka
agaknya he he he….
Thursday, April 3, 2014
JANGAN TAKUT
Sebenarnya tak ada apa yang orang perlu risaukan pasal blog
ini. Ia bukannya ada ramai pengunjung pun untuk membolehkan pengubahan fikiran
khalayak di Malaysia ini.
Mula-mula saya fikir buat apa tulis, kalau orang salah
tafsir dan dituduh macam-macam, tapi saya teruskan juga. Kenapa tak taulah.
Kerja sia-sia. Mungkin orang yang menyuruh saya membina blog rasa saya ada
sesuatu yang perlu dikongsikan dan bawa menafaat pada diri sendiri dan orang
lain. Dan di pihak saya pula sekadar mau ambil hati kawan dan mengembirakan dia. Dah dia bertoye-toye suruh, takkan nak tolaklah pula,kan?
Saya adalah seorang pengidap bipolar, pada masa yang sama
saya adalah seorang yang kreatif, dan saya berkerja dalam dunia yang mana
kreatif itu boleh bawa kerosakkan, yang maha dahsyat. Kata Edward de Bono,lah,
memang saya setujulah tu sebab di barat sana memang dah ada syarikat pun yang
gulung tikar gara-gara penerapan element kreatif dalam pelapuran kewangan
mereka. Memang gila dan absurd sangatlah life saya ini,kan. Subject kegemaran
saya sudah tentulah psikologi. Maths, accounting, numbers tu bukan kegemaran,
tapi anugerah yang tak sepatutnya saya sia-siakan dan juga ilmu yang sekarang ni menampung keperluan hidup, bayar bil, bayar tuisyen fees bawa mak jalan-jalan, gi hospital, entertain kawan-kawan opis makan kek, sikenit-kenit anak mak busu dan anak adik sepupu dan macam-macam lagilahkan.
Masa kawan suggestkan saya menulis, saya dah
terbayang-bayang how far can I go dengan melayan permintaan dia GOBLOGing ini. Saya
akan berdiri, bercakap dengan himpunan pesakit dan keluarga pesakit bipolar.
Saya memang benci kan idea yang sedemikan, orang bagi ceramah pasal kerjaya,
business bla..bla..bla, ko dok pi cerita pasal sakit ko. Memang saya benci idea
tu. Iya dia tau saya bipolar right from the beginning, tapi dia minta saya
menulis blog juga. Saya rasa macam nak tembak dia pun ada…”ko gila apa, ini
Malaysia bah, sebelum aku nak berdiri, mereka kerenyam aku hidup-hidup, dulu”
no saya tak pernah suara,kan pun. Saya percaya dia pun naïf dan clueless how
takut dan bencinya rakyat Malaysia dengan orang gila.
Dan bila saya ada hater bukan sorang, tapi segerombolan. I
don’t know if they are working in a team, or
separately, (mungkin juga sorang itu ajelah, tapi dalam alam maya,kan, dia boleh menyamar sebagai mini, mina, nina, nunu, nene dan beratus-ratus identiti agar nampak ramai sangat) memanglah saya sedih, tapi dalam kesedihan ini saya bangga,
hah! At least saya dapat tunjuk sesuatu, pada dia. See…ko tengoklah sendiri, how
far pembenci ni boleh pergi. Nasib baiklah dia cuma ada mata pena, kalau dia
pemberani yang mahir bermain senjata, dan Negara kita tak ada undang-undang, harus
saya sudah arwah dah.
Namun setelah lebih 5 tahun memblog, dan serangan itu dah tak berlaku, hanya berlaku dalam blog lama di multiply yang sudah
dinyahaktifkan, memang pun patut berkongsi sesuatu. Bukan untuk membuktikan
atau mengajar apa-apa, siapa-siapa, tapi saja suka-suka berkongsi. Kalau Doktor
dah diagnos ko tu sakit mental ko redho ajelah, toksahlah buang masa bercerita ko kena sihir, ka, hapa ka. Kalau
betul kena sihir, pun. Ubat moden pun boleh halau hantu juga. Nanti kita
sambung…. Pasal halau-halau hantu, bunian dan jin ini. He he he….
Iya memang lebih mudah baik-baik sakit, jah cakap ada orang
jahat antar jin kacau kita. Pun begitu jika kita berani berdiri dan cakap, “iya
aku memang sakit mental, ko apa hal?” mula-mula memang sakit, tapi lepas tu
hidup boleh bertukar berwarna-warni dan lebih bermakna.
Padan Muka Saya (kesal)
Mahu berjaya, solat
Mahu ubati kecewa,
solat
Mahu hilangkan marah,
solat
Semuanya bermula
daripada solat
Jaga hubungan dengan
Allah
Update FB kawan saya yang serius. Iya saya memang ada sikit “takut”
dengan dia ini. Garang. Perfectionist.
Berbalik pasal marah…ia semalam sampailah ke hari ini saya
rasa sebal, kesal sebab tertinggi suara tika jawab telefon.
Jadi nak bela dirilah nih,
Masa tu saya tengah bernego, tarik-tarik tali dengan orang
pentadbiran. Kita kat Mahkamah Melaka ni pentadbiran yang kewangan tak ada
sekat-sekat kita boleh terjerit, melaung sesuka hati mak bapak kita. Dia dari
tempat dia, saya dari tempat saya. Kita tengah ialah ber apa eh…apa eh negotiate
apa ya. Bernegotiate, she want it to be May, but makwe sebelah saya, seorang
ibu muda belia bisik-bisik pengantin May
it’s too late, kena April ni juga. I basically memang tak kisah, pun ko nak
Disember pun I tak kisah, as long as tak January 2015…he he….almaklum central
contract lah,ye….manja-manja bumi-bumiku.
Saya dan dia tengah terjerit-jerit, mak we saya mau April
juga kunun kata dia nanti laporan dia tak cantik, dia kena tulis report. Buat
muncung. Merajuklah tu, Lawan jerit saya (sebaya, one year my senior to be exact)
buat muka kesian, merayu-rayu, buat drama macam perempuan baru kehilangan suami,
alamak sayunya. Yang muda main muncung merajuk, yang dah 40 series main emosi kesian.
Alahai, Memang aku nak menangkan situa tu, tapi simuda, dia orang kewangan,
jika saya menangkan pentadbiran, apa halnya pula, saya sedang giat berfikir
mencipta ayat-bujuk agar it’s going to be May! I think it’s not going to be a
big deal if we can write something nice in your report,kan something like “peringatan
mesra telah pun dikeluarkan, berapa kali ko mau, 2, 3???kan”…yang sana masih
gigih mencipta dramanya, yang sebelah sini eh giat pula dia panjangkan lagi
muncungnya sambil diselang selikan dengan sesungut, dan bentakan kecil manja “tak
boleh May, lambat sangat.”
Belum sempat ilham datang telefon berdering-dering-dering….alo
kalau then 3 times ringing co onlah tolonglah angkat…ko tak dengar ka aku
tengah dalam bertarik-tarik tali nih. Ringing yang 5, saya sambar secepat kilat
dan jerit…halloo! Orang di seberang tergaman. Dan terkujat agaknya. Yang
terkeluar hanyalah ah er, aar hallo, hallo…saya lancar melaser…cepat-cepat
cakap, bule? Nak cakap dengan siapa ni?!....wow teruknya….
Ko fikirlah sendiri, ada sempat mau sembahyang ka?….so next
time, saya akan pinta pada 1-2haribulan, atau hingga laporan prestasi dan
unjuran saya tak selesai, harap telefon itu dijauhkan dari saya.
Friday, February 28, 2014
HARGA BAGI SETIAP BENDA
Masa itu kami masing-masing masih muda. Eh mereka aje yang
muda, saya dah agak tua juga sebab saya memasuki perkhidmatan awam tika berusia
27 tahun, kira dah tualah tu. Ini kisah induksi. Induksi ini bolehlah kalau ada
yang mau kata sebagai sessi “brain-wash”.
Saya lebih suka kata, ianya sebuah sessi untuk memupuk kesetiaan
dan kecintaan terhadap pihak majikan iaitu kerajaan Malaysia yang berdaulat ini.
Tak ada apa sangat pun, cuma bila sebut pasal wawasan 2020, masing-masing semua
sangsi dan tidak yakin. Macam mengarut aje. Macam mana you nak maju at the same
time u tak moh frinjan, u tak moh lucah, u tak moh seks luar nikah, pendek kata
u tak moh gejala social. U mau zaman sesyumul zaman nabi.
Saya menebak budak-budak lelaki yang sering mengasak
penceramah sedang, sedang dalam kerisauan yang parah akan kemungkinan dapat
isteri yang telah ditebuk tupai. Al-maklumlah gejala bohsia memang sedang
hangat pada zaman itu. Atau lebih
menggerunkan setelah mendirikan rumah-tangga, isteri asyik MC…dan di luar sana,
perempuan-perempuan muda sudah tidak begitu menitik beratkan soal kesucian
diri. Penceramah pandai menepis. Pada mulanya saya malas nak masuk campur hal orang-orang
lelaki ni, tapi saya kesian tengok budak-budak tu seperti diperbodoh-bodohkan
pula. Terus saya memerah otak memikir sebuah soalan yang membikin penceramah
yang berstatus akauntan terpaksa mengaku yang dia sama 2x5 saja skeptiknya
dengan pengasak-pengasak yang tegar itu.
Saya malas nak layan benda-benda macam ni , sebab deep
inside my heart knows that what have been decided by our leader is what the
best for us. Only after 7, 8 years, past the incident, I’ve learned about the cost
benefit analysis, I can jot down something like this “we can’t afford not to
have wawasan 2020, even at the expense of certain value”.
Sunday, February 9, 2014
CERITA MEREKA LAGI
Sambung lagi sedikit cerita pasal mereka sebab tengah dalam
mood mau mengumpat mereka-mereka lagi. Dalam Islam memang tak ada kelas dan
kasta. Dalam sistem FUDAL Melayu kelas dan kastanya tidaklah seperti macam
cerita dalam cerita kelas dan kasta orang India. Memang pengkarya kita ada
bikin filem antara dua darjat. Itu gasak merekalah,kan. Kita pun udah tau macam
itu janganlah gatal-gatal mau main-main mata dengan mereka. Tuhan pun
mengharamkan main-main mata. Benda haram ko bikin, ko tanggunglah azab dan
siksanya di dunia ini.
Ok berbalik pada cerita semalam. Dulu saya kata Pengetua
paranoid, sebab saya fikir sapalah yang mau memusuhi Malaysia yang baik ini.
Saya percaya kalau kita orang baik, tak ada sebab kenapa orang mau cari pasal
sama kita. Ada juga mereka menteorikan pasal kristian, perang salib,
bla…bla…bla…, alah itu cerita orang barat sama orang Arab sanalah, kita orang
Ajam apa ada pasal? Malas aku nak fikir.
Masa itu kita sangat aman dan seperti baik-baik. Agama Islam
sudah kita lembagakan, tiap-tiap tahun kita berbelanja besar menggaji pegawai
dan agamawan untuk menjaga agama ini akan terus berada di situ. Apa masalah?
Cuma baru-baru ini saya terfikir sikit, bila mana ada dari
kalangan orang Islam sendiri yang kurang senang dengan aturan ini. Nama Allah
ingin dikongsi bersama. Sekatan penyebaran agama lain selain Islam mau diangkat
atau dihapuskan. Biarlah Melayu bebas menganut agama selain Islam kerana kata
mereka lagi mereka sudah banyak mengkaji bahawa sesungguhnya jika perkara ini
dilakukan, kita akan lebih berjaya, disegani dan disanjung tinggi kerna Iman
kita kini Iman yang solid, bukan Iman yang terwaris dari kedua-dua ibu ayah
kita. Hah Islam macam inilah yang dimaukan. Bukan Islam BAKA. Orang Arab
sendiri, pun tidak semua yang beragama Islam, kenapa orang Melayu pula yang
memandai-mandai mengislamkan diri mereka macam-macam itu aje.
Itu kata kita yang dah tak begitu senang dengan aturan lalu.
Archaic kata mereka. Mereka pun orang bangsawan juga. Bukan kita-kita. Mereka
cuma mau kita sokong mereka, bukan mau melantik kita jadi Raja/pemimpin mereka.
Mereka mau undi kita bagi tambah bilangan mereka dan kawan-kawan mereka dalam
Parlimen supaya senang mereka merubah perlembagaan yang telah sedia ada. Mereka
dah ada kawan dah, berkawan pun mereka tak ingin. Kita yang peasant kotor dan
bodoh, bimbang kebodohan kita nanti menjangkiti keturunan mereka. Yang mereka
mau hanyalah UNDI kita.
Bayangkanlah berapa agaknya yang dapat mereka jimatkan kalau
Islam dapat digugurkan dari Perlembagaan kita. Iyalah duit tu pun duit dari
kawan-kawan mereka yang bukan beragama Islam yang selama ini lebih hebat
berkerja dan lebih banyak menyumbang pendapatan dalam bentuk cukai dan kutipan
denda pada kerajaan. Yang mana tak bayar cukai pendapatan atau cukai koperat,
terpaksa pula bayar denda judi, denda rumah pelacur, bawa pendatang tanpa izin
dan macam-macam lagilah,kan. Jadi kesian kat kawan-kawan yang non-muslim
ini,kan. Jimatlahlah sikit,kan.
Jika sekiranya Tuhan mau menghukum kita kerana kita sudah
tidak berlaku adil kerna ini, aristocrat dan bangsawan kita sudah jauh
menyimpang lagi banyak melakukan kezaliman, seperti kata kawan-kawan mereka yang
bukan beragama Islam bahawa Melayu dah “jual mereka” (nauzubillah), pastilah
kemenangan akan berpihak kepada mereka yang telah banyak dizalimi itu jualah
kiranya. Hanya Tuhan sahajalah yang maha mengetahui segalanya. Pihak manakah
yang sebenarnya telah berlaku tidak adil lagi zalim.
Cuma suka juga saya mau terparanoid lebih what if Prasa
tentang agama dalam Perlembagaaan Persekutuan tidak pernah di buang, hanya
agamanya sahaja di tukar. Maksud saya Negara ini masih lagi sebuah Negara yang
percayakan Tuhan. Negara BerTuhan, tapi tuhannya ditukar sahaja kepada tuhan
yang selain dari Tuhan yang ada dalam Perlembagaan kita pada hari ini.
Saya cuma terparanoid lebih ya, langsung tidak berniat untuk
menghasut sesiapa, pun. Eiiiiiiish..., takkanlah mereka yang teruk terzalim itu akan buat
macam tu. Kalau mereka kata perletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan
adalah satu perbuatan yang zalim, takkanlah mereka yang bertempik mengaku yang
mereka lebih adil, lebih cerdik, lebih berhati murni, berperkerti mulia, lebih
dekat dengan tuhan mau ulang perbuatan zalim pihak yang mereka dakwa sebagai
rasis, zalim, bodoh lagi pemalas, itu,kan. Secara logiknya, jika letak agama
itu satu perbuatan orang bodoh yang malas, takkanlah orang cerdik, berani dan
rajin akan buat perkara yang sama. Paranoid ajelah. Jangan sama terparanoid
macam saya, ok. Nanti habis hilanglah separuh nikmat dunia jika anda sentiasa
terparanoid memanjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
