Sambung lagi sedikit cerita pasal mereka sebab tengah dalam
mood mau mengumpat mereka-mereka lagi. Dalam Islam memang tak ada kelas dan
kasta. Dalam sistem FUDAL Melayu kelas dan kastanya tidaklah seperti macam
cerita dalam cerita kelas dan kasta orang India. Memang pengkarya kita ada
bikin filem antara dua darjat. Itu gasak merekalah,kan. Kita pun udah tau macam
itu janganlah gatal-gatal mau main-main mata dengan mereka. Tuhan pun
mengharamkan main-main mata. Benda haram ko bikin, ko tanggunglah azab dan
siksanya di dunia ini.
Ok berbalik pada cerita semalam. Dulu saya kata Pengetua
paranoid, sebab saya fikir sapalah yang mau memusuhi Malaysia yang baik ini.
Saya percaya kalau kita orang baik, tak ada sebab kenapa orang mau cari pasal
sama kita. Ada juga mereka menteorikan pasal kristian, perang salib,
bla…bla…bla…, alah itu cerita orang barat sama orang Arab sanalah, kita orang
Ajam apa ada pasal? Malas aku nak fikir.
Masa itu kita sangat aman dan seperti baik-baik. Agama Islam
sudah kita lembagakan, tiap-tiap tahun kita berbelanja besar menggaji pegawai
dan agamawan untuk menjaga agama ini akan terus berada di situ. Apa masalah?
Cuma baru-baru ini saya terfikir sikit, bila mana ada dari
kalangan orang Islam sendiri yang kurang senang dengan aturan ini. Nama Allah
ingin dikongsi bersama. Sekatan penyebaran agama lain selain Islam mau diangkat
atau dihapuskan. Biarlah Melayu bebas menganut agama selain Islam kerana kata
mereka lagi mereka sudah banyak mengkaji bahawa sesungguhnya jika perkara ini
dilakukan, kita akan lebih berjaya, disegani dan disanjung tinggi kerna Iman
kita kini Iman yang solid, bukan Iman yang terwaris dari kedua-dua ibu ayah
kita. Hah Islam macam inilah yang dimaukan. Bukan Islam BAKA. Orang Arab
sendiri, pun tidak semua yang beragama Islam, kenapa orang Melayu pula yang
memandai-mandai mengislamkan diri mereka macam-macam itu aje.
Itu kata kita yang dah tak begitu senang dengan aturan lalu.
Archaic kata mereka. Mereka pun orang bangsawan juga. Bukan kita-kita. Mereka
cuma mau kita sokong mereka, bukan mau melantik kita jadi Raja/pemimpin mereka.
Mereka mau undi kita bagi tambah bilangan mereka dan kawan-kawan mereka dalam
Parlimen supaya senang mereka merubah perlembagaan yang telah sedia ada. Mereka
dah ada kawan dah, berkawan pun mereka tak ingin. Kita yang peasant kotor dan
bodoh, bimbang kebodohan kita nanti menjangkiti keturunan mereka. Yang mereka
mau hanyalah UNDI kita.
Bayangkanlah berapa agaknya yang dapat mereka jimatkan kalau
Islam dapat digugurkan dari Perlembagaan kita. Iyalah duit tu pun duit dari
kawan-kawan mereka yang bukan beragama Islam yang selama ini lebih hebat
berkerja dan lebih banyak menyumbang pendapatan dalam bentuk cukai dan kutipan
denda pada kerajaan. Yang mana tak bayar cukai pendapatan atau cukai koperat,
terpaksa pula bayar denda judi, denda rumah pelacur, bawa pendatang tanpa izin
dan macam-macam lagilah,kan. Jadi kesian kat kawan-kawan yang non-muslim
ini,kan. Jimatlahlah sikit,kan.
Jika sekiranya Tuhan mau menghukum kita kerana kita sudah
tidak berlaku adil kerna ini, aristocrat dan bangsawan kita sudah jauh
menyimpang lagi banyak melakukan kezaliman, seperti kata kawan-kawan mereka yang
bukan beragama Islam bahawa Melayu dah “jual mereka” (nauzubillah), pastilah
kemenangan akan berpihak kepada mereka yang telah banyak dizalimi itu jualah
kiranya. Hanya Tuhan sahajalah yang maha mengetahui segalanya. Pihak manakah
yang sebenarnya telah berlaku tidak adil lagi zalim.
Cuma suka juga saya mau terparanoid lebih what if Prasa
tentang agama dalam Perlembagaaan Persekutuan tidak pernah di buang, hanya
agamanya sahaja di tukar. Maksud saya Negara ini masih lagi sebuah Negara yang
percayakan Tuhan. Negara BerTuhan, tapi tuhannya ditukar sahaja kepada tuhan
yang selain dari Tuhan yang ada dalam Perlembagaan kita pada hari ini.
Saya cuma terparanoid lebih ya, langsung tidak berniat untuk
menghasut sesiapa, pun. Eiiiiiiish..., takkanlah mereka yang teruk terzalim itu akan buat
macam tu. Kalau mereka kata perletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan
adalah satu perbuatan yang zalim, takkanlah mereka yang bertempik mengaku yang
mereka lebih adil, lebih cerdik, lebih berhati murni, berperkerti mulia, lebih
dekat dengan tuhan mau ulang perbuatan zalim pihak yang mereka dakwa sebagai
rasis, zalim, bodoh lagi pemalas, itu,kan. Secara logiknya, jika letak agama
itu satu perbuatan orang bodoh yang malas, takkanlah orang cerdik, berani dan
rajin akan buat perkara yang sama. Paranoid ajelah. Jangan sama terparanoid
macam saya, ok. Nanti habis hilanglah separuh nikmat dunia jika anda sentiasa
terparanoid memanjang.
No comments:
Post a Comment