Sambung lagi cerita semalam…..pasal orang-orang sekeliling
yang gatal-gatal suruh kita tukar-tukar kerjaya itu. Macam tulah orang bila
kita kerja rendah-rendah, mereka berani
mengusulkan yang entah apa-apa tah yang
mereka sendiri pun tak berapa arif dan tahu.
Meniaga kek lebih tinggi darjatnya dari menjadi seorang
kerani. Itu tanggapan mereka. Kebarangkalian seorang kerani naik memanjat jadi
seorang Akauntan atau Juruadit adalah sangat rendah sekali. Bila dia tengok
muka saya, mungkin dia kata dalam hati yang saya ni tak ada langsung tokoh
Akauntan dan Juruaudit.
Ntah, saya memang ada kawan Penolong Juruaudit, dan kenalan
Akauntan. Saya tengok mereka dan saya sikit lebih kurang aje. Ada gemuk, ada
kurus, tapi semua macam saya. Berbaju kurung dan lebih ramai bertudung dari
yang tidak. Bila saya pergi talk yang dikendalikan oleh IPN dengan kerjasama
CIMA, saya tak rasa saya pelik dan janggal, pun. I feel at home. We look more
or less the same. Saya pergi kelas akaun, saya feel at home juga. Dan saya suka.
Bila banyak orang cakap-cakap, saya hanya berpegang pada
satu, iaitu kata-kata Ketua Akauntan Negara semasa persidangan Pembantu
Akauntan di Penang pada tahun lepas. Dia kata kalau kita kerja baik-baik,
belajar baik-baik, tak ada sebab untuk kita tidak boleh pergi ke aras yang
lebih tinggi lagi. Hajat saya cuma satu saja, agar nama saya tercatat dalam
senarai keahlian Majlis Akauntan Malaysia.
Kalau ikut hati saya mau sahaja jadi isteri kepada seorang
pemuisi Frinjan. Tapi saya harus realistik ini Malaysia, Utan-utan Kayu haram
weh, peluk-peluk laki bini dalam novel cinta pun udah dapat label novelis CABUL.
Mau melancarkan misi mencari pemuisi Frinjan dari Indonesia? Kalau jumpa pun tidak mustahil dia akan berpusing 180 darjah bertukar
jadi penulis lingkaran pena untuk bertapak di sini.
No comments:
Post a Comment