Satu benda yang orang bajet kena buat ialah meramalkan
keperluan masa depan juga melihat, menilai semula masa lepas. Kerja buat bajet
ni bukanlah HEROIC bahkan ada juga yang mencemuh kerja ini. Lainlah kalau saya
berkerja dengan Ketua Audit Negara yang dek kerna laporannya telah menumbangkan
LEMBU NFC yang sangat rakus itu.
Pada dia yang bencikan pemBAJET seperti saya, mungkin kerja buat bajet ini macam kerja
pelacur, kerja kongsi gelap, kerja ahli sihir agaknya, kerja yang berketuakan
iblis dan setan. Semua ilmu cabang secular milik iblis dan bertujuan tidak lain
dan tidak bukan hanyalah untuk berlawan dengan tuhan sahajalah jua kiranya.
Pada dia yang lain pula, kerja ini adalah langkah untuk mematikan dan membunuh mereka.
Bunuh secara simbolik, bunuh pergerakan dan kebebasan mereka, bunuh kreativiti
mereka dengan memotong peruntukan untuk aktiviti yang berkaitan dengan mereka
atau membuang aktiviti tersebut dari
buku bajet kita.
Memandangkan telah lama saya bergelumang dengan kerja kotor (menolong
IBLIS/SETAN melawan tuhan, mencadang BUNUH, mencuba BUNUH AKTIVITI-AKTIVITI
yang tak reti-reti beranak bertelur, pulang balik duit pada Negara), ia sudah
jadi sebahagian dari diri. Bukan nak cerita pasal bajet, tapi cerita pasal masa
lampau yang telah terlalu lampau yang sudah saya lupakan tapi ntah mengapa
tiba-tiba pada hari ini saya teringat akannya.
Bukan cerita bunuh, tapi ceritah hidup, kelangsungan hidup.
Pada yang mengikuti blog ini sudah maklum yang saya pernah bersekolah di sebuah
sekolah elit selama 2 tahun. Pun begitu masa 2 tahun itu tidaklah begitu
memberikan bekas untuk saya. Saya masih macam dulu, kuasa mak, ayah, nenek saya
lebih berpengaruh dalam mencorak pemikiran saya pada hari ini. FUDAL. Saya
percaya kepada Raja-raja yang berjiwa rakyat, walau sekian banyak pemberitaan
yang menceritakan tentang kejahatan Raja-raja Melayu, saya masih percayakan
yang mereka itu penyelamat.
Kalau ada orang buat satu naratif yang Raja ini sudah
terlalu jahat dan akan lahir penyelamat dari kalangan anak kampung/ peasant, anak-anak
peasant ini dimasukkan ke sebuah tempat elit untuk melatih mereka jadi elit
supaya satu hari nanti anak-anak peasant nilah yang akan menyelamatkan umat
Malaysia dari segala marabahaya, memang saya kata itu ABSURD. Saya percaya
golongan aristocrat Melayu, walau macam mana jahatpun mereka, satu hari mereka
akan sedar juga. Ha ha ha…samalah macam cerita Ariana Rose yang saya tengok
petang-petang hari itu.
Dan sekolah elit yang ditubuh bukan untuk melahir pemimpin
pembawa harapan atau raja dari kalangan peasant macam saya, tapi untuk melahir
peasant yang lebih intelek, terpelajar berwawasan tinggi yang bakal membantu si
Raja dan anak-pinak keluarga bangsawan Melayu kemercu kejayaan. Iaitu Wawasan
2020, Malaysia yang maju, tapi idaklah maju macam Amerika, tapi maju dalam
acuannya yang tersendiri dengan ISLAM kekal tertulis sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Dah lama berlalu, pun. Kisahnya, kisah Pengetua melukis peta
dan bercerita. Tunjuk kedudukan geografi kita. Pengetua kata tugas kami ialah
untuk mempertahankan ISLAM. Saya lebih suka mengelamun dari mengambil cakna
kata Pengetua. Pengetua kata lagi bla…bla…bla…musuh, musuh, musuh. Lagi sekali
saya mengelamun dan berkata, orang tua ini PARANOIA he he he….
Hari ini saya buang kebarangkalian yang Pengetua saya
seorang PARANOID dan saya mengimbas kembali keadaan kami. Kami yang telah
diberikan pencerahan oleh beliau. Saya kerani cabuk aje, kawan-kawan lain semua
ntah kurang. Mereka memang kurang menonjol. HERO kita si ketua Naqib tu ha ha…
memanglah tak boleh diharap. Ntah apa dia buat di luar Negara, pun saya tak
taulah.
Adalah seorang mamat ni yang beriya-iya mau mempertahankan
ISLAM katanya. Ntahlah gasak korang lah ya. Dan saya pun masih diulit mimpi dan
harapan yang walau korang bertempik kata Raja dan aristocrat Melayu dah lama
lupa daratan dan jauh dari tuhan, Politik Melayu harus bergantikan yang lebih
maju, intelek dan warak serta dekat dengan tuhan, saya tetap percaya yang
cerita Melayu akan jadi seperti cerita Tengku Adam dalam novel Ariana Rose…he
he he…
Ada juga cerita Raja, cerita yang kunun-kunu ada anak Peasant akan mengembalikan keamanan dunia melalui Malaysia dengan merampas kuasa dari aristokrat yang ada kini. Tapi kalau korang nak tau sebenarnya dia tak peasantlah. Cerita dia, dia pun
anak Raja bangsawan juga, keturunan Nabi, lagi, dari keturunan Nabi Ibrahim yang merupakan Raja juga. Tapi mereka ini dari keturunan HAJAR yang peasant itu. Kita
tengokkanlah aje. Ceritanya tetap cerita mereka, bukan cerita kita. Cerita raja-rajalah juanya cerita mereka-mereka itu.
So, janganlah kita-kita ni jadi lebih kuah dari sudulah pula. Kita ni peasant aje, bukan ketua apatah lagi RAJA. Tak kiralah Raja yang mau merampas kerajaan maupun Raja yang sememangnya telah ada di atas takhta.
So, janganlah kita-kita ni jadi lebih kuah dari sudulah pula. Kita ni peasant aje, bukan ketua apatah lagi RAJA. Tak kiralah Raja yang mau merampas kerajaan maupun Raja yang sememangnya telah ada di atas takhta.
No comments:
Post a Comment