Thursday, April 3, 2014

JANGAN TAKUT

Sebenarnya tak ada apa yang orang perlu risaukan pasal blog ini. Ia bukannya ada ramai pengunjung pun untuk membolehkan pengubahan fikiran khalayak di Malaysia ini.

Mula-mula saya fikir buat apa tulis, kalau orang salah tafsir dan dituduh macam-macam, tapi saya teruskan juga. Kenapa tak taulah. Kerja sia-sia. Mungkin orang yang menyuruh saya membina blog rasa saya ada sesuatu yang perlu dikongsikan dan bawa menafaat pada diri sendiri dan orang lain. Dan di pihak saya pula sekadar mau ambil hati kawan dan mengembirakan dia. Dah dia bertoye-toye suruh, takkan nak tolaklah pula,kan?

Saya adalah seorang pengidap bipolar, pada masa yang sama saya adalah seorang yang kreatif, dan saya berkerja dalam dunia yang mana kreatif itu boleh bawa kerosakkan, yang maha dahsyat. Kata Edward de Bono,lah, memang saya setujulah tu sebab di barat sana memang dah ada syarikat pun yang gulung tikar gara-gara penerapan element kreatif dalam pelapuran kewangan mereka. Memang gila dan absurd sangatlah life saya ini,kan. Subject kegemaran saya sudah tentulah psikologi. Maths, accounting, numbers tu bukan kegemaran, tapi anugerah yang tak sepatutnya saya sia-siakan dan juga ilmu yang sekarang ni menampung keperluan hidup, bayar bil, bayar tuisyen fees bawa mak jalan-jalan, gi hospital, entertain kawan-kawan opis makan kek, sikenit-kenit anak mak busu dan anak adik sepupu dan macam-macam lagilahkan.

Masa kawan suggestkan saya menulis, saya dah terbayang-bayang how far can I go dengan melayan permintaan dia GOBLOGing ini. Saya akan berdiri, bercakap dengan himpunan pesakit dan keluarga pesakit bipolar. Saya memang benci kan idea yang sedemikan, orang bagi ceramah pasal kerjaya, business bla..bla..bla, ko dok pi cerita pasal sakit ko. Memang saya benci idea tu. Iya dia tau saya bipolar right from the beginning, tapi dia minta saya menulis blog juga. Saya rasa macam nak tembak dia pun ada…”ko gila apa, ini Malaysia bah, sebelum aku nak berdiri, mereka kerenyam aku hidup-hidup, dulu” no saya tak pernah suara,kan pun. Saya percaya dia pun naïf dan clueless how takut dan bencinya rakyat Malaysia dengan orang gila.

Dan bila saya ada hater bukan sorang, tapi segerombolan. I don’t know if they are working in a team, or  separately, (mungkin juga sorang itu ajelah, tapi dalam alam maya,kan, dia boleh menyamar sebagai mini, mina, nina, nunu, nene dan beratus-ratus identiti agar nampak ramai sangat) memanglah saya sedih, tapi dalam kesedihan ini saya bangga, hah! At least saya dapat tunjuk sesuatu, pada dia. See…ko tengoklah sendiri, how far pembenci ni boleh pergi. Nasib baiklah dia cuma ada mata pena, kalau dia pemberani yang mahir bermain senjata, dan Negara kita tak ada undang-undang, harus saya sudah arwah dah.

Namun setelah lebih 5 tahun memblog, dan serangan itu dah tak berlaku, hanya berlaku dalam blog lama di multiply yang sudah dinyahaktifkan, memang pun patut berkongsi sesuatu. Bukan untuk membuktikan atau mengajar apa-apa, siapa-siapa, tapi saja suka-suka berkongsi. Kalau Doktor dah diagnos ko tu sakit mental ko redho ajelah, toksahlah buang masa  bercerita ko kena sihir, ka, hapa ka. Kalau betul kena sihir, pun. Ubat moden pun boleh halau hantu juga. Nanti kita sambung…. Pasal halau-halau hantu, bunian dan jin ini. He he he….

Iya memang lebih mudah baik-baik sakit, jah cakap ada orang jahat antar jin kacau kita. Pun begitu jika kita berani berdiri dan cakap, “iya aku memang sakit mental, ko apa hal?” mula-mula memang sakit, tapi lepas tu hidup boleh bertukar berwarna-warni dan lebih bermakna.

No comments: