Monday, April 14, 2014

YANG DIMINATI TAPI TAK BACA


Entah bila pertama kali saya kenal perkataan psikologi pun saya tak ingat. Cuma yang saya ingat, Dr Yatie, seorang Pegawai Perubatan Mental yang memperkenalkan saya kepada Sigmund Freud dan seingat saya masa tu memang saya belum kenal google, belum kenal wikiepedia. Wajah Freud pertama kali saya tengok di lukisan pada hospital masa sessi terapi. Tertulis di bawah lukisan itu Sigmund Freud- founder of psychoanalysis ntah tahun brapa tak ingat 196X.

Saya cakap dalam hati hmmmm 196X, ilmu baru/mudalah tu. Pun balik, saya tak baca, pun walau Dr pesan boleh cari Freud di perpustakaan dan baca dia. Bila pergi perpustakaan, sana, memang saya ada cari Freud, dan jumpa dia di sana tapi tak faham, jadi saya pergi baca dan pinjam buku karya Shanon Ahmad. Ntah tak tau kenapa suka sangat dengan dia. Mungkin latar belakang kampung agaknya. Dia orang kampung cerita pasal kampung, cerita pasal perempuan kampung gila (LAHUMA-Ranjau Sepanjang Jalan) itulah yang membuatkan saya suka sangat agaknya,lah tu. Stress, ujian, macam-macam yang bikin akhirnya kewarasan Lahuma berkecai.

Sebelum tu melalui usrah pernah ada momok pasal pemikir barat. Antara yang dimomok Sigmund Fruedlah ni. Sesat, sex-maniac. Nak sesat nak maniac, hah bacalah Freud banyak-banyak. Tapi bila kali ke-2nya yang memperkenalkan dia ialah doktor saya sendiri, seorang perempuan berkerudung tak labuh tapi lengkap, saya tau, saya takkan end-up jadi sex-maniac yang sesat jika baca dia. Tapi memang saya tak pernah baca Freud, Dr Yatie yang baca Freud di sekolah medicine sana dan lepas tu cerita kat saya. Saya baca Shanon Ahmad, tau sastera ada teori kritik analisa psiko.

Tau, tapi tak baca walau minat sangat. Saya perlukan guru dan saya tak mampu.Saya kekurangan modal. Jadi saya bila saya terpaksa membaca, i.e. going back to school, saya pilih perakuanan. Ikutkan hati sapa mau susah payah belajar pada usia lewat, kawin lagi baiklah. Malangnya masa tu tak ada orang kaya nak kawen dengan saya, [so I don’tlah pack my things, sekolah just around the corner aje,kan (Melakakan kecik)] so saya memberanikan diri mendaftar diri dalam jurusan perakaunan ke university paling dekat dengan rumah.

Memang tak seronoklah,kan belajar ni, lepas tu ada prospek jadi bos memang tak seronok. Saya ada sikit-sikit ilmu psikologi bekalan doktor Yatie, saya memang dah tau dah, kutuk bos adalah lebih senang dari jadi bos, ahaks. Jadi bos memang tak seronok, jadi suri-rumah lagi bagus dan seronok. Ko boleh arah dan lembu-lembukan laki ko bila-bila masa ko suka. Tapi Allah maha mengetahui, jadi penyelia, bos adalah lebih baik untuk saya, Maka itulah cerita saya. Saya masih kerja, tak lagi jadi penyelia hakiki, tapi saya sudah dihentakkan dengan satu team yang mengarut dan kini saya sedang berdoa kuat-kuat….ya Allah jauhkanlah saya dari mereka he he he….oooh takut ohhh.

Walau dalam FB ada orang tunjuk gambar letak batu besar kat botol kecik, pun botol tak pecah, saya bukan orangnya yang boleh membentuk batu itu jadi sangat stabil sehingga walau berat mana, pun, tak mencederakan botol kecik. Itu orang lainlah tu saya tak sekreatif dan sesabar itu, saya serender, angkat bendera putihlah. Takut ooohhh…bukan takut audit, tak,tak pernah takut. Masuk penjara pun tak takut, dah kalau takut masuk penjara baik berhenti dari jadi orang kewangan,lah.

Takut kita mencederakan perasaan orang. Saya ni garang. Siang semalam pun saya rasa macam nak bakar ada satu baucar tu tau. Nasib baik hari ni cuti, Melaka bandaraya bersejarah, esok cuti lagi, exam. Yang saya tau naik khamis nanti, ada macai lain yang akan sudahkan kerja terbengkalai Isnin tadi.  “Aku naik khamis ni, yang aku nak tau baucar tu kalau tak status 8pun, mesti 4. Kalau tak siap ko!”  Itu pesan saya sebelum thumb-out petang semalam he he he….Idaklah tipu, mana ada cakap kasar macam tu. Tak delah, saya cakap baik-baiklah, lebih lembut lidah dari gigilah,kan.

Memang saya ada pilihan lain, cuba pengaruhi pengarah agar bubarkan team itu..hah itu dah kira tikam dari blakanglah tu. Tuhan ada, baik sangkalah tuhan takkan hukum saya ke tahap jadi manusia pengecut, penikam belakang kenalan sendiri. Nauzubillah.  Tak pe, jadi anak dara tua gila, jahat mulut pun, tak pe, asal tak jadi pengecut,yang makan kenalan sendiri.

No comments: