Sedih saya pasal temuduga semalam masih tak habis. Saya tak
sempat mengadu pada manusia. Balik-balik aje, kami bersibuk gotong royong. Salin
pakaian terus turun-naik-turun-naik mahkamah buat apa yang patut dibuatlah. Tak
boleh cerita, sulit he he he…
Lepas waktu pejabat, sibuk memilih bahan-bahan untuk hantaran
adik dua pupu yang majlisnya akan berlangsung pada 4 Mei nanti. Penat, terus tidur, pagi
barulah dapat mengadu dengan kawan sepejabat. Dia tebak “sure interview ok”
Saya kata tak…penemuduga tu mengeluh dengar jawaban saya….dan
saya mula berceritakan cerita yang saya telah tulis semalam,. Ntahlah saya bermula
dengan bidang percukaian. Seawal usia 20 an saya telah disogok dengan idea GST
yang pada pandangan para sarjana merupakan satu sistem percukaian yang lebih
adil.
Saya malas nak ingat nak lebih…tapi saya telah menyogokkan
diri sendiri dengan idea yang sebegini siyal tapi saya suka. Fikirkan begini,
suami anda seorang dikenakan cukai
tertinggi dalam jadual cukai pendapatan. Katalah dia membayar 30% dari jumlah taxable
incomenya. Iyaitu, take home pay dia yang telah ditolak itu ini begitu begini, (malas
nak buka buka teks dan tulis)…dan anda berdua merupakan orang yang sangat
kedekut lagi berkira. Dek kerana GST, cukai ini akan berkurangan let say
sebanyak 6%. Kamu pula akan berhabis-habisan meneliti list barang-barang yang
ada GST, yang tak ada GST penyudahnya kamu jadi fobia untuk ke pasar-pasar raya
besar dan malas nak bershopping-shopping lagi. Aktiviti shopping kamu gantikan
dengan marhaban dan berzanji, yaeh bolehlah juga ber Ya ha nana.
Penemuduga saya mesti kata saya pandai berlakun sebab saya
jawab soalannya dengan begitu ceria sekali. Semua orang suka berbelanja, dan
akan marah jika belanja lebih, bayar cukai lebih, seolah macam dendalah pula.
Tapi bagi kami bila ada semacam denda. Lebih tinggi kami belanja, lebih banyak
kami terpaksa bagi wang kami sama kerajaan, kami sudah tentu fikir 2, 3, 4 kali
bila mau berbelanja.
Oh ya sedih saya dah habis bila sudah mengadu bahkan saya
dapat suntikan semangat baru yang saya rasa macam lepas degree ni saya nak
ambil exam professional in taxation. Jadi bila saya ceria cukai, orang akan
kata “ah dah memang itu bidang dia, tak patutlah kalau dia tak suka” Adakah
orang yang berkecimpung dalam bidang percukaian itu penjahat, penolong thaghut?
No comments:
Post a Comment