In between kesibukan harian, saya menyempat juga tu, membaca
benda-benda alah yang tak sepatutnya orang macam saya baca. Saya ni ko, pakaian
aje macam orang alim, tapi tak alim pun. Tersalah pakai? Ntahlah. Itu pakaian Mak
Miah isteri ayah (Pak Long) saya pakai. Saya ikut dia, saya nampak dia pakai
comel dan saya harap kalau saya pakai macam dia saya pun boleh jadi comel macam dia juga.
Saya baca buku indie… lepas tu saya baca pula cerita pendek
berbahasa Inggeris.
Mak Miahkah yang kata tak boleh baca indie dan short story creative by an English/American/Canadian writer? Tak pernah tanya, tak pernah discuss benda ini. Seingat saya mak kata masa
muda, mak kata mak pun rajin gak tulis kreatif dan mak ada nama penanya sendiri…apa ek. Mawar
Desa, gitu-gitulah. Mak saya? Bukankah saya pernah cerita, masa mak
mengandungkan saya dia baca Hamka! :)
Jadi sapa pula yang mengada-ngada kata tak boleh baca tu…
suara-suara gila. Kan saya pernah kena tahan hospital sebab sakit mental, nak
kata kena sihir? Sapalah nak nyihirkan saya ni. Nak kata jahat, taklah jahat,
nak kata orang dengki, idaklah saya ini bagus atau lawa sampai ada yang iri.
Saya student yang biasa-biasa, yang langsung tak out-standing. Saya belajar pun
sebab itu yang kawan-kawan buat, niat saya satu je, saya nak tackle one of
them, then kawin, jadi suri-rumah sepenuh masa.
Jadinya saya stress sebab banyak membaca, mencari apa yang
benar dari buku-buku tanpa bimbingan guru dan bercampur rasa bersalah yang
teramat. Teramat-amatlah bersalahnya. Saya rasa saya bersalah sama mak (ibu
kandung saya). Dia memang tak nak saya pergi oversea, tapi dah itu je yang saya
dapat. Dia kata saya patut ambil STPM macam sepupu saya. Saya dah pergi, dah, tapi
ntah susah sangat, satu haram benda cikgu ajar saya tak faham. Tapi salah
paling besar yang paling menghantui ialah rasa bersalah dan tak diampunkan sama
pensyarah saya.
Saya stress dia asyik “pick” me. Dia emo-emo. dan jerit-jerit
“don’t test my patient, don’t test my
patient” Saya tak tumpu perhatian. Saya main cak-cak, saya borak bisik-bisik pasal
Anne of the Green Gable, Gaban yang saya tonton di TV RTM dengan kawan sebelah
saya, semasa dia mengajar. Saya pergi mengadu sama head of the program yang
saya hilang tumpuan kerana pensyarah saya tak best. Lepas tu kami
ramai-ramai tulis partition, kami nak pensyarah lain, yang semua kata best
sangat-sangat. Lepas tu dia sedih dan dia pun berhenti kerja. Kami dapat
pensyarah yang best itu. Ntah saya tak kenal, tapi kawan kata dia best, dan
bubuh nama dia. Memang dia best giller….langsung saya dah tak ingat Gaban lagi
dah….balik hostel pun baring-baring ingat National Income…National Income, chancellor of the exchequer. Kawan-kawan saya semua suka, mereka lantik saya
jadi Rep, sebagai tanda terima kasih mereka pada saya. Tapi saya sejak itu tak
pernah tenang.
Bila saya sakit, sikit saya lega juga. Moga dengan kesakitan
itu dosa saya boleh menyusut. Nak cari pensyarah tu, nak minta maaf, mana nak
cekau. Tak pernah terfikir nak cari dia pun. Saya memang budak jahat lagi
berani. Bukan pensyarah itu sahaja yang “kena” dengan saya,, infact masa saya
sekolah rendah lagi saya sudah pandai dan berani berpasalan dengan ustazah. Ustazah ini memang
ada banyak kali ter”doze” off semasa mengajar.
Ntahlah saya tak ingat apa cerita tah…kami dulu sekolah agama, tak de bangunan sendiri, macam hari ini. Kami tumpang sekolah kebangsaan. Pasal apa tah…sampah kut. Guru besar sekolah kebangsaan tanya “apa pasal kelas jadi macam ini? Apa ustazah kamu buat?” Saya jawab “ustazah tidur” masa tu saya umur 9 tahun. Ustazah dan Guru Besar gaduh besar… saya kena rotan. Dia doze off, dia fatigue. Dia bukannya tidur. Dalam bahasa Melayunya tidur-tidur ayam. Tidur ayam dengan tidur, mana ada sama,kan. Dek kerana kekurangan perbendaharaan kata, saya sudah buat cerita yang sama sekali tidak benar.
Itulah kisah saya dengan suara-suara dan masalah masa lampau
saya. Tidak, saya tak sakit mental pasal rasa berdosa sebab berzina, songlap duit kelab ka hapa
ka, saya sakit sebab rasa berdosa kerana menyakiti hati guru saya. Hari ini
suara-suara itu seperti sudah beransur pergi, seolah guru-guru ku sudah forgive
and forget atau lebih tepat lagi saya sudah tak lagi too hard on myself and
moving on with life.
No comments:
Post a Comment