Di berikan Tuhan sakit menjadikan saya suka baca pasal sakit
sendiri. Penyakit mental ini macam-macam dan saya lebih suka baca bipolar, sebab itu yang tertulis pada fail saya di Klinik Psiakiatri sana. No, Pegawai Perubatan saya tak pernah cakap ko sakit apa, dia cuma tanya, bule tidur, ada dengar suara? Kalau mood dia baik dia akan tanya kerja kat mana, datang sini naik apa, begitu, begini, selalunya patient ramai, saya pun tak sampai hati nak berlama-lamaan dengan Pegawai Pakar tersebut, jadi sepatah dia tanya, sepatah saya jawab, amik priskripsi ubat, ambil next appointment, pergi farmasi, ambil ubat. Balik. Itu jah.
Antara benda yang suka saya baca ialah cerita-cerita pesakit yang berjaya, tak berjaya, segala yang berkaitan dengan penyakit inilah. Juga cerita orang tak sakit, tapi mengaku sakit sebab nak selamat diri dari tali gantung, tindakan undang-undang. Orang bipolar, schizophrenia ni dia dengar-dengar suara, mimpi yang tidak benar. Tapi dia sangat percayakan itu.
Antara benda yang suka saya baca ialah cerita-cerita pesakit yang berjaya, tak berjaya, segala yang berkaitan dengan penyakit inilah. Juga cerita orang tak sakit, tapi mengaku sakit sebab nak selamat diri dari tali gantung, tindakan undang-undang. Orang bipolar, schizophrenia ni dia dengar-dengar suara, mimpi yang tidak benar. Tapi dia sangat percayakan itu.
Adakah saya sentiasa mendengar suara-suara yang tak wujud, ada
sikit-sikit. Ada juga banyak bila ada satu masa tu saya menghadapi masalah
kesihatan fizikal, salalu MC, cuti. Bercampur lagi dengan masalah bos muda yang
kurang matang, bersifat menyebelah. Biasalah anak muda, bujang teruna. Bila dia
tahu saya bukan sahaja sakit fizikal, tapi ada sakit mental, dia ada ketakutan
dia yang tersendiri. Orang dah kawen pun takut juga.
Pun sesudah saya pulih, saya cepat-cepat fikir macam mana
aku nak, kalau boleh aku tak nak tengok muka budak-budak separuh masak ni. Habis, roughly about 80% kerja aku dia ambil dan agih-agihkan pada staff lain. Alhamdullillah
ada iklan cuti separuh gaji sambung belajar, saya apply dan berjaya. Semasa 2
tahun lebih di university saya dah tak amik port dah lagi apa yang mereka mau
kata-kata pasal saya. Bila saya pulang semua dah ok. Tapi saya ambil keputusan
terus meninggalkan mereka bila ada peluang tukar tempat kerja yang lagi dekat
dengan rumah.
Bila pulang, bos saya masa tu dah bertukar perempuan pun, dia suruh saya bikin baucar kontrak yang katanya sangat bermasalah itu dan alhamdullillah masa saya buat ok dan tak ada kecoh-kecoh. Saya pindah tempat baru saya buat bajet, mula-mula teruk kena marah, sebab benda baru saya tak berapa faham. Bos saya perempuan juga. Sekarang ini dah nak masuk cycle ke 3 saya buat bajet. Sikit-sikit kena marah biasa, tapi idaklah pula sampai dia tak puas hati dan mau orang lain buat kerja tu. Ironinya dia tau saya sakit mental. Dia kata ok dulu muda pun dia sakit juga. Sakit sukar tidur.
So tak de
issue ada suara-suara. Lagi pun suara itu sudah lama saya berhentikan dengan
berhenti bercakap panjang-panjang dengan
lelaki. Lama dulu, ada male friends ends our relation-ship sebab I question him
like a police, kata dia. So I guess itu punca lelaki rimas dengan perempuan bijak. Lelaki
bukan benci perempuan bijak, suka perempuan bodoh, tapi terpaksa kawen juga
dengan perempuan bijak demi masa depan IQ anak-anak. Tapi mereka takutkan kuasa sebuah
kecerdikan itu.
Dan kita pula sebagai perempuan cerdik, tak salah tunjuk
cerdik, infact ramai lelaki sukakan kecerdikan perempuan, berkahwin dengan mereka dan memiliki kehidupan yang bahagia lagi memuaskan. Ramai pasangan bahagia memiliki darjah kecerdikan yang setara. Pun, begitu harus diingat jika kecerdikan
itu tersalur pada tempat yang bukan-bukan sampai dia rasa kamu cuba invade/manipulasi
dia dengan kecerdikanmu itu, then it’s the end of the storylah,kan.
No comments:
Post a Comment