Saya bangun tidur terus buka FB saja nak negok apa lagi
chit-chat pasal cerita orang pergi interview Penolong Akauntan lagi. Iya satu
dua minggu ini, itulah aje cerita kami. Saya terkejut dapat tau pasal kematian
Karpal. Saya rasa tak tau apa nak rasa. Memang seronok habislah….syukur, mau
sujud syukur saya uzur, dan saya ragu bolehkah orang yang tak boleh sembahyang,
sujud syukur. Itulah perasaan saya. Kenapa pula saya nak rasa malu kerana musibah orang lain. Itu perasaan saya. Saya gembira. Kenapa saya nak pura-pura berduka, bagi menunjuk yang saya seorang muslim yang berpekerti mulia, sedangkan saya ini orang biasa-biasa aje,kan.
Kemudian saya memblog dan menekan butang send. Saya suka.
Saya sampai office, semua kami suka. Tapi saya diam tak nak suka sebab saya
takut ada orang sedih sebab nanti suami Dewa Dr Wan dah tak ada peguam bela.
Jadi saya simpan suka saya. Saya buat kerja, selang-selang saya intai
sikit-sikit internet.
Saya agak terkejut rupanya tulisan seakan tulisan yang semacam-macam yang saya tulis itu jahat. Saya panggil kawan saya yang kebetulan melintasi work station saya. Saya tanya tak ok ka tulis macam ini. Saya tunjukan tweet Zul Noordin (seperti dalam rajah di bawah) bahagian tweet balas YB Khairy tak saya tunjuk. Tulisan saya tak pula saya tunjuk. Malu. Kawan saya
tak tau saya ada blog. Kawan kata “suka, memang suka” saya buka pula responnya
dari YB Encik Khairy Jamaludin. Kawan saya kata, pergi mampuslah menantu Pak Lah tu. Tak cakap
banyak. Terus beredar pergi
Rajah |
Saya tanya kawan lain lelaki, respon dia “iysh, memang nak
cari nahaslah kalau tulis macam ini” Saya rasa sikit kancheong. Saya rasa risau pun ada. eh nak minta maaf ka, nak delete ka enteri yang saya buat pagi tadi? Ah, kerja banyak, saya tak berapa fikir sangat. Suka hati akulah, tadi ko jua yang macam nak bertandak dengar berita Karpal sudah RIP.
Balik petang saya buka FB, iya kalau kita tulis macam yang
saya tulis dan YB Zul tulis, kita jahat. Kita tidak dianugerahkan Allah akan
belas kasihan dan perasaan malu. Status kewarganegaraan kita juga
dipertikaikan. Kalau macam tu, nak kata hampir seluruhlah kawan-kawan saya
patut dilucut kewarganegaraan kami.
Mengucap RIP pada bukan Islam juga satu kesalahan. Saya
dapat ini dari orang yang sama. Bukan dia tulis, tapi dia share benda yang
orang lain tulis. Bayangkanlah orang itu suami saya.
Saya tersenyum-senyum sumbing, lalu tergelak sorang-sorang
bila teringatkan seseorang dan cubaan dia yang langsung saya tak
pernah jumpa di alam nyata untuk menyatukan kami berdua, iaitu saya dan dia yang mengongsi bahawa mengucap RIP itu muslimah jahat, bergembira atas kematian Karpal juga jahat. Macam manalah kawan saya boleh terfikir nak kawenkan teman seperjuangan dia tinggi ilmu lagi yang baik budi pekerti akhlaknya itu dengan seorang perempuan jahat,kan. Iya saya ketawa, dan
ketawa dan semasa saya menulis ini saya masih tersenyum-senyum seorang diri.
Rasa kancheong saya pun berlalu begitu sahaja. Sometimes you don't need to be so apologetic sangat.
No comments:
Post a Comment