Thursday, April 24, 2014

GEMBIRA


Buka-buka FB jah semalam, lepas pulang dari kerja dan rehat sebentar, rasa macam nak melompat pun ada, ha ha ha….ai, ai, ai, ai betul ka tuuuu. Kalau betul memang saya suka yang teramat.

Apa yang suka sangat tu. Kawan FB saya umumkan yang mereka telah menubuhkan satu persatuan. Biar benar. SUKA, SUKA, SUKA. Suka sangat-sangat. Yang teramat. Ntah apa nature pun tak tau. Tak kisahlah apa naturenya pun,kan. Yang penting mereka dah ada Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan bendahari. Setakat itulah buat masa ini jumlah keahliannya.

Tuan Pengerusi yang mengumumkan penubuhan persatuan tersebut macam ragu-ragukah, test market ala reverse psychology ka berkata bule,ka ahli takat ni aje???? Dan saya tak maulah mengada-ngada, nimbul kemarahan pada sesiapa dalam FB, jadi saya tulis kat sini ajelah. Berpesatuan setakat 3 orang aje. Ntah orang gilalah tu…

Itu persatuan, tapi kalau nak tubuh biz, tak ada masalah. Saya memang tak tahu pasal penubuhan organisasi yang selain dari profit oriented organization. Tapi pernah dulu saya tanya kawan yang ingin menubuhkan sebuah persatuan, tapi tak tertubuh-tubuh dan saya tanya kenapa. Dia kata stuck dekat Perlembagaan. Saya memang tak arif, apa masalahnya dengan Perlembagaan ini. Cut & Paste tak boleh ka?

Sebab tak bolehlah tu persatuan itu masih tak wujud lagi. Dia pun tak nak cerita lebih, saya pun malaslah nak tanya-tanya sangat-sangat.

Oh ya berbalik pasal kenakmelompatan saya tadi. Tak jadi lompat sebab saya tau dalam FB ko boleh tulis apa-apa aje yang ko mau. Tapi cer semak kat pendaftar pertubuhan, ada tak persatuan yang menyenaraikan 3 orang penama yang alahai hensem-hensem lagi jadi kegilaan Malaya dan Borneo ini ditubuhkan semalam. Iya dia kata semalam. Ha ha…

Apa pun saya suka dengan percubaan 3 lelaki hensem ini untuk berpesatuan dengan persatuan yang saya memang suka dan berkenan sangat nak jadi ahli, Ahli biasa jerrrr walau saya tau awal-awal lagi mereka akan reject sebab saya tak cantik, lagi tak BIMBO….

No comments: