Showing posts with label input kawan-kawan kite. Show all posts
Showing posts with label input kawan-kawan kite. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

WTF (correction)

Ini adalah pembetulan dari n3 yang lalu, yang saya tulis secara sepintas lalu.

Kawan Facebook saya suruh komen pasal menteri yang saran pelajar ada lebih satu Ijazah....

Saya malas nak cakap.

Saya nak cerita pasal kawan saya, pergi KL dijanji gaji RM3,000.00 sebulan tapi pulang dengan tangan kosong. Si mulut manis yang berjanji itu kata dia orang Tok Pa Miti TPPA. Lalu kawan pun tinggalkan kampung halaman untuk mencuba untung di kota penuh pancaroba. Bila saya tahu akan hal ini, saya bilang not to worry about TPPA, supaya dia tidak bersedih hati kerana gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kerja bergaji lumayan. Saya juga mau dia tidak terlalu memikirkan pengalaman pahitnya di KL. Dia sempat ditolak-tolak, dibikin rasa seolah his job is not good enuf.

Bagi orang KL bikin orang lain rasa teruk, rasa macam tak cukup bagus mungkin sesuatu bakat yang besar lagi INDAH. What do u expect, kau mau kerja dengan Menteri TPPA,kan gaji RM3,000.00 sebulan. Nak begesel bahu dengan orang besar-besar. Kau perlu cukup kuat mental untuk menepis sebarang cakap-cakap keji percubaan psiko, provokasi, percubaan men"down-grade"kan harga diri insani, barulah kau boleh jadi budak MENTERI. Ini politik ala Malaysiana yang makanan rujinya ialah serang-menyerang-anjing-menganjing sesama sendiri. " Character Assassination is an essence of Malaysian politics, what? Macamlah kau tak tau-tau lagi.

psst pssttt....tapi sebona eh makcik tak taulah apa kije yang ditawarkan sampai RM3,000.00 tu. Makcik agak-agak jer kerja jadi budak MENTERI he he he heeee....., udah yang menawarkan mengaku kawan MENTERI, kalau bercakappun ala-ala MENTERI nak jadi ejen pembawa perubahan masyarakat,kan. Itu yang mak cik kompem dia nak kasi kerja dengan MENTERI tuh...

Saya mau dia lari dari kedukaan, dari rasa tidak cukup bagus itu dengan menyibukkan diri dengan perkara yang dia boleh capai dan sudah adapun dalam gengamannya, iaitu kawan-kawan yang memahami dan peminat-peminat yang menghargai dirinya. Kawan sekarang berada di tempat yang sangat berpotensi untuk berkembang. Dia berkerja dengan orang-orang berbakat dan saya cadang dia buka satu perniagaan milikan tunggal atas nama Gurunya sebagai "vehicle" untuk pergi ke Syarikat. Dia mungkin tidak cukup bagus untuk MENTERI MITI, tapi kawan saya sudah cukup bagus untuk Gurunya, kawan-kawannya dan juga peminat-peminat cilik yang berada di kampung halamannya. Satu hari nanti jika dia bersungguh-sungguh, saya tidak hairan yang dia boleh jadi lebih hebat budak-budak suruhan MENTERI MITI TPPA Tok Pa.

Tapi kawan ntahla benda senang dia ragu-ragu. Mungkin takut Gurunya yang garang itu tidak setuju. Atau dia sendiri tak cukup yakin dengan kebolehan dirinya sendiri setelah sessi stimulasi "buli" untuk masuk Team TPPA Tok Pa MITI. Dia kat uni study Art, bukan business. Dia tak yakin lagi tu, siapa-siapa pun boleh berniaga, asalkan rajin. Berniaga tak sama dengan ber"akaun" Nak draw-up account, yes kau perlu belajar perakaunan. Nak buat akaun perniagaan, kau boleh saja upah akauntan untuk kerja-kerja itu. Itu pun kalau bisness kau besar sangat. Kalau setakat milikan tunggal, akaun kau samalah macam akaun gaji kau bulan-bulan. Ada kau upah akauntan untuk balance,kan brapa gaji, berapa belanja kau tiap-tiap bulan?

Pada saya lagi, cara hadap TPPA hanya dengan keusahawanan. Keusahawan ini sesuatu yang boleh dipelajari dari pemerhatian, percakapan, perkongsian pengalaman, networking dengan usahawan yang telah sedia berjaya. Ilmu logika yang boleh difikir-fikir sendiri. Ndak perlula mau masuk universiti lagi pecah kepala barang 3, 4 tahun semata-mata nak dapat Ijazah ke dua dalam bidang perakaunan atau Pengurusan Perniagaan pula semata-mata nak berniaga/berjualan.  Itu fikir saya.

Ok...itu sajalah nak cakap.

Tuesday, September 27, 2016

WTF

Kawan Facebook saya suruh komen pasal menteri yang saran pelajar ada lebih satu Ijazah....

Saya malas nak cakap.

Saya nak cerita pasal kawan, pergi KL setelah dijanji gaji RM3,000.00. Kawan bukan saja pulang tangan kosong, tapi sempat kena maki hamun dalam kunun sessi stimulasilah kunun kata si dia yang menjanjikan pekerjaan itu.

Si mulut manis kata dia orang Tok Pa Miti TPPA. Nak jadi budak menteri, mestila kena buli kaw-kaw dulu,kan he he he he.... Lalu saya bilang not to worry about TPPA. Kawan sekarang berada di tempat yang sangat berpotensi untuk berkembang. Dia berkerja dengan orang-orang berbakat dan saya cadang dia buka satu perniagaan milikan tunggal atas nama Gurunya sebagai "vehicle" untuk pergi ke Syarikat.

Tapi kawan ntahla benda senang dia ragu-ragu. Mungkin takut Gurunya yang garang itu tidak setuju. Cara hadap TPPA hanya dengan keusahawanan. Buat apa ada multiple Ijazah tapi berkerja dengan orang. Itu fikir saya.

Ok...itu sajalah nak cakap.


Friday, May 6, 2016

3 (TIGA) Buku Kuning


Hari tu, nak kata saya sentap, tidak juga tapi ntah kenapa macam saya rasa bengang gitu, bila kawan-kawan sama bikin A-Level dulu pos tazkirah bubuh budak mata satu sebagai hiasan ntah-apa-apa hiasanlah dia nak buatla dalam group watsap. Saya cukup tak suka kalau orang pos gambar bayi mata satu lepas tu suruh kita taubat.

Saya tanya balik what if tak kiamat-kiamat? Mengikut perkiraan saya, dunia kapitalis masih bernyawa lagi, jika jatuh pun, kita perlu harung zaman post-kapitalis. Mereka balas sekadar ingat-mengingatkan saja. Saya kata kalau begitu kenapa harus disertakan gambar bayi mata satu itu? Mereka diam, marah, benci, ntahlah saya tidak kisahlah.

Itu mereka, ini saya. Kalau pun besok kiamat, saya mau belajar, mau mendalami budaya kapitalis. Senang saya bayang kalau post-kapitalis nanti bagaimana. Minggu ini kawan FB saya marah-marah. Saya tanya dia, marah siapa? Lepas tu dia keluar update yang dia marah adalah sorang professor tu. Saya follow sekejap Professor tu, nampak Professor kata lagi sedekat lagi orang Palestine akan tawan semula bandar mereka. Kalau pun kiamat dah nak dekat saya masih juga nak tulis share di sini pasal cerita kapitalis yang saya belajar pada trimester yang lalu. Tapi nantilah saya tulis. Hari ini saya tulis pasal kawan FB saya.

Kawan kepada kawan FB saya yang marah ini ada tulis buku baru sempena Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang ini. Professor itu kata buku kawan dia itu lucah. Kawan FB saya kata jangan simply kata lucah, baca dulu. Saya api-apikan dia suruh dia bukukan plak hasil kreatif 18sxnya. Kawan saya punya certot 18sx lagi best dari cerpen-cerpen underground kawan dia. Tapi saya kata lu fikir sndrilah, sebelah badan lu kata lu tak suka polemic, kalau lu ikut cakap wa, lu berenang longkang polemic sorang-soranglah, wa tak nak  teman lu berenang sama. BUSUK! Professor itu balas balik buat sang arjuna yang kuat melenting/melompat, nanti dah tua renta kau menyesal yang anak-anak kau bobrok. Aku tak nak ramal cerita akhirat, nanti kau kata aku ghairah nak jadi tuhan. Lepas tu kawan update FB, kata dia dah jadi pakar ramal kaji cuaca jer.

Hingga Jumaat ni ramai juga yang tidak senang dengan Professor anti-lucah itu. Hari ini saya tak pula mengintai lagi dinding Professor anti lucah tu. Malas. Biarlah dia orang. Bila Professor  sama Professor bergaduh kita jangan masuk campur. Saya cuma nak cerita yang saya sudah tempah 3 buku yang dikatakan lucah itu. Kenapa sampai 3? Saya tempah 1. Tapi penjual kata kalau 1 RM31, kalau 3 RM50. Tiga dari penerbitanyalah. Dalam sana ada banyak buku mereka jual. Ada juga judul yang saya sudah ada atau sudah baca. Oh btw, saya tempah melalui watsap penerbit buku yang dikata lucah tu. Saya kesian. Dia bebetul berusaha menjual buku-bukunya. Ada juga berkenankan buku dari Indonesia, tapi dia cakap buku Malaysia jak, 3 RM50. Buku Indon tak masuk. Alamak….

Jadi saya belilah 3 dari judul yang sama. Saya tau dalam opis ni di KK ini ada yang teruja nak baca, tapi tak sanggup nak simpan, mereka nak pinjam aje. Saya tau sebab saya sudah tanya, “Mau ka buku kuning in?” Jawabnya “Ndaklah. Saya pinjam saja, boleh? Kalau ko sudi kasi pinjam” Jadi saya beli 3 bolehlah kami baca serentak. Saya juga sudah carikan rumah untuk 2 lagi buku tu. Tapi di semenanjunglah. Saya akan bawa pulang semula buku-buku itu ke semenanjung bila cuti Raya Aidil Fitri nanti. Saya sudah watsap kata “kamu jangan beli sebab saya sudah belikan untuk kamu”


Friday, November 7, 2014

GOODBYE???

Saya curi di Wall FB tanpa izin he he he


Saya pernahlah pergi ke acara ni sebanyak dua kali. Ada orang kata acara cari jodoh walau pendakwa tidaklah pula menyertakan statistik pasangan yang telah bertemu jodoh melalui acara ini. Acara budak-budak baik cari jodoh katanya lagi. Iya saya memang setuju budak yang datang ke acara ini ialah budak yang baik dan pastinya berakhlak mulia, ulat-buku yang pemalu. So, as a parents, kita tak patut risau jika anak kita minta izin untuk ke acara ini.  

Dalam acara yang saya pergi itu, yang paling saya ingat ialah persembahan Fynn Jamal dan jejaka yang menamakan dirinya sebagai Mat Jan. Fynn dah jadi artis terkenal, Mat Jan pula juga tak kurang jayanya. Sudah berkeluarga dan berkerja sebagai guru. Saya juga ada membeli buku yang ditulis oleh Vovin atau nama sebenarnya Nazri. Juga Faz Al Akiti. Mereka semua dah Berjaya-jaya. Fadz jadi Editor Majalah berprestij Negara Dewan Sastera, manakala Nazri Novelnya dengan judul Karipap-Karipap Cinta telah diadaptasikan ke Layar Perak. Karipap-karipap Cinta versi filem diarahkan pula oleh pengarah "brilliant" yang disegani di Malaysia iaitu saudara Othman Hafsham, Cinematic.

Tapi sayang, bila buka FB, pada hari ini katanya…semua itu akan berakhir. Apa masalahnya. Kekurangan sambutan, dana, atau pengiatnya semua sudah letih agaknya. Atau juga teraju utamanya telah bertemu jodoh dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Tak kisahlah tu. Orang kata patah tumbuh hilang berganti,lah tu.

Saya lupa pula nak mention, MASKARA ini sinonim dengan Sindiket Soljah dan Pink Platoon. Bila sebut Pink Platoon dan sindiket-soljah berdosalah kiranya saya tak sebut nama Che Daun yang khabarnya sudah jadi suri yang berbahagia sekali, Sinaga-naga sebagai ntah sort of like the highest ranking officer in the syndicate, dan juga Tok Rimau seorang blogger selebriti  yang pernah masuk majalah wanita itu.

Saya tau ada ramai lagi soljah...kalau tak tersebut tu minta-maaflah iya. Setakat menyebut nama yang saya ingat dan pernah jumpa mereka buat persembahan di acara tersebut.

Monday, September 29, 2014

SADISM 1

Cerita-cerita perempuan dalam n3 yang lalu bikin saya cuba berempati, memasukkan diri saya ke dalam diri mereka. Penyudahnya saya menangis-nangis, nangis dan nangis, lagi lagi nangis. Eh apa sudah jadi dengan Mardhiah Serigala yang brutel itu? Eeeeeiiii malunya dengan budak-budak lelaki Skola Sains terutama budak 5 Tegas SPM ’90 SMS Muar. Mardhiah dah kena sawan  tangis??? Huhuhu.

Cukuplah pasal tangis-menangis, sebab hari ini saya ingin menyelami  teori/pemerhatian yang kununnya perempuan jika dia terlarut dalam emosi jiwa luka dia akan resort to sadism to break free. Sorilah bahasa sekerat ular sekerat belut. I just couldn’t help it as I fear if I don’t get it out of my head instantly, I will lose it forever. Please forgive and bear with me yeah. Ok berbalik pasal seeking into sadism to break-free, dari   4+1 dari subjek saya dalam n3 yang lalu, hanya seorang sahaja yang “kahau” bahasa budi bicaranya…loud and insolent??? Yeah you can say that, but never ever say it in front of her, if don’t want to get into trouble.

Selebihnya boleh diberi anugerah Wanita Melayu Terakhir. Mereka memang dilahirkan begitu, walau dihimpit 1001 permasalahan tutur-bicara mereka tetap indah dan mempesona, terjaga rapi, tertib sekali tingkah lakunya. Jika diberi anugerah bakat menulis, pun, tak mungkin mereka akan jadi Minahleter yang sebelah tangan ada pen, sebelahnya lagi ada parang. Jika berbakatpun  yang  akan terhasil pun mungkin sesuatu macam “Flower in the Attics”??? Any trace of sadism in it? Well I don’t see any, as all I see penulis petit cantik yang penuh santun dan tinggi nilai budinya sedang melarikan pen di muka surat kosong yang kemudiannya menjadi adikarya yang mencengkam jiwa dan perasaan pembacanya.  Kalaulah dia Melayu, bolehlah kita bagi dia anugerah Wanita Melayu Terakhir. Oklah Flower in the attics is too much la kut, ok we go for Badai Semalam, Ombak Rindu yang menggulung-gulung menghepas-hempas kuat yang bikin kalau kita ini pantai,lah dah lama kita mati kena hempas. Yeah now I see it…sadism dalam jalan ceritanya, ka?

Memandangkan mereka tak ada bakat menulis, bagaimana mereka break-free dari kesakitan jiwa luka? Well melalui penceritaan, bercerita dengan yang sudi mendengar, menagis dan merintih di hadapan Khalik yang pengasih lagi penyanyang. ….

Alamak tetiba minda saya dirasuki seorang lagi Wanita Melayu terakhir yang bercita-cita nak tubuh sort of like old folk homes, katanya dia tak mau jadi wanita biasa. Selalunya bila pencen, jaga cucu. Dia tak mau makan hati dengan kerenah anak menantu…katanya dia bimbang anak dapat susah kerana airmatanya. Dia tak mengulas lanjut tapi saya menebak citanya itu timbul bila anaknya ditimpa kemalangan jalan raya. Saya berimaginasi, mungkin anaknya eksiden lepas gaduh dengannya dan dia menangis hiba terasa dirinya Mak Si Tanggang dan berbuat sesuatu macam yang telah dibuat oleh Mak Si Tanggang.

Well orang kata doa orang terinaya itu mustajab….dan sudah tentulah kawan-kawan saya mau fikirannya kekal jernih agar terhindar dari menginginkan sesuatu yang buruk terhadap dia yang menghancurkan hati mereka, sebab yang menghancurkan itu adalah insan tersayang, buah hati bonda. Dalam cerita kawan yang termamai sesat dari PJ ke Sentral Melaka, yang menghimpit hati perasaannya adalah ibunya sendiri dan jua wanita yang telah bersusah payah melahirkan belahan jiwa, the better half of her.

If you asked Mak Si Tanggang kalau dia tau rintih sedu-sedannya itu telah mengakibatkan anaknya jadi batu, pasti dia tak mau ia jadi begitu. Saya fikir jika diberi pilihan dia akan pilih untuk berundur pergi secara aman dan mati kesedihan dalam rindu.

Well setakat ini sahaja yang dapat saya selami dan hayati… Kawan saya semua perempuan baik-baik, saya tak ada kawan pelacur, pembunuh, penjenayah atau mereka-mereka yang jahat, jadi saya hanya boleh ikuti jiwa luka perempuan jahanam ini melalui karya-karya penulis luar… Next kita bicara buku pasal perempuan Pelacur yang jahat iyee.

Thursday, April 24, 2014

GEMBIRA


Buka-buka FB jah semalam, lepas pulang dari kerja dan rehat sebentar, rasa macam nak melompat pun ada, ha ha ha….ai, ai, ai, ai betul ka tuuuu. Kalau betul memang saya suka yang teramat.

Apa yang suka sangat tu. Kawan FB saya umumkan yang mereka telah menubuhkan satu persatuan. Biar benar. SUKA, SUKA, SUKA. Suka sangat-sangat. Yang teramat. Ntah apa nature pun tak tau. Tak kisahlah apa naturenya pun,kan. Yang penting mereka dah ada Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan bendahari. Setakat itulah buat masa ini jumlah keahliannya.

Tuan Pengerusi yang mengumumkan penubuhan persatuan tersebut macam ragu-ragukah, test market ala reverse psychology ka berkata bule,ka ahli takat ni aje???? Dan saya tak maulah mengada-ngada, nimbul kemarahan pada sesiapa dalam FB, jadi saya tulis kat sini ajelah. Berpesatuan setakat 3 orang aje. Ntah orang gilalah tu…

Itu persatuan, tapi kalau nak tubuh biz, tak ada masalah. Saya memang tak tahu pasal penubuhan organisasi yang selain dari profit oriented organization. Tapi pernah dulu saya tanya kawan yang ingin menubuhkan sebuah persatuan, tapi tak tertubuh-tubuh dan saya tanya kenapa. Dia kata stuck dekat Perlembagaan. Saya memang tak arif, apa masalahnya dengan Perlembagaan ini. Cut & Paste tak boleh ka?

Sebab tak bolehlah tu persatuan itu masih tak wujud lagi. Dia pun tak nak cerita lebih, saya pun malaslah nak tanya-tanya sangat-sangat.

Oh ya berbalik pasal kenakmelompatan saya tadi. Tak jadi lompat sebab saya tau dalam FB ko boleh tulis apa-apa aje yang ko mau. Tapi cer semak kat pendaftar pertubuhan, ada tak persatuan yang menyenaraikan 3 orang penama yang alahai hensem-hensem lagi jadi kegilaan Malaya dan Borneo ini ditubuhkan semalam. Iya dia kata semalam. Ha ha…

Apa pun saya suka dengan percubaan 3 lelaki hensem ini untuk berpesatuan dengan persatuan yang saya memang suka dan berkenan sangat nak jadi ahli, Ahli biasa jerrrr walau saya tau awal-awal lagi mereka akan reject sebab saya tak cantik, lagi tak BIMBO….

Friday, April 18, 2014

HUDUD


Kawan FB saya tak ramai mana pun, tak sampai 300 orang pun. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ajelah pakcik tu yang dok rajin pung-pang-pung-pang pasal hudud. Lain-lain yang saya sangka Islamis, langsung saya tak boleh teka pendirian mereka pasal hudud. Cinta hudud yang mekar dalam hati tak boleh dizahir demi menyubur baja pada perdu reformasi yang kian membesar. Dan hudud itu umpana racun. Ini cuma sangkaan aje. Sebelum ini kenampakan sangat akan kesungguhan memelihara kesucian diri dari memfrinjan, karya-karya pop peluk sana, peluk sini bunga zina, bab hudud tak pernah ternampak kezahirannya. Itulah membuat saya merumuskan yang mereka pun suka hudud, tapi antara hudud dan survival kesatuan, kesepaduan hubungan yang baru demi menumbang rejim rahsuah dan kronisme, itu lebih utama Adus malankoliknya… saya sungguh memahami perasaan itu sambil menyenandungkan pantun ini:-

Kiri jalan, kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan, pesan pun jangan
Sama-samalah menanggung rindu

Pak cik itu yang dah pencen itu kira somebody jugala dia masa dia tak pencen dulu. Orang rumah dia orang politik besar dan keluarga politik elit. Kalau di Semenanjung ini sama bagai macam family elit Najib-Rosmah, Tun Razak, Tun Hussien Onn, Onn Jaafar gitu.

Dari Pak Cik inilah saya tau di Berunai sana, pengamal homoseks akan di rejam sampai mati dan saya dapat tau ahli parlimen bukan Islam akan tentang hudud. Eh ada mau bentang hudud di Parlimen ka, lalu saya google ia ada dan kununnya akan dilaksana tahun depan jika urusan pembentangan tersebut berjalan lancar pada tahun ini. Bukan satu Malaysia, tapi di Kelantan sahaja. Yang akan diperbentangkan ialah enekmen untuk kegunaan Kelantan.

Saya macam tak percaya aje update-update Pak Cik ni, too good to be truelah… Saya takut gak tak jadi. Tapi dengan matinya Karpal Singh, dan juga dengan kebakalan berangkatannya Raja Liwat Malaya ke penjara Kajang…rasanya kita sudah tak ada batu penghalang lagi. Tak taulah kalau UMNO cuma acah-acah Mak Enon, melacur hudud untuk bikin porak hubungan PAS-PKR-DAP.

Pun saya gembira, saya ucap syukur sama Allah. Kita tunggu ajelah, sambil berdoa yang ia akan jadi kenyataan sebab ada orang kata sebenarnya kita tak perlukan 2/3 untuk enekmen itu ditegakkan. Jadinya kalau kali ini tak jadi juga hudud Kelantan, memang sahlah UMNO Mak ENON jahat yang suka mengacah lagi ada black-hidden agenda.

Thursday, January 2, 2014

Orang-orang HEBAT

Skeptikal. Itu perkataannya. Skeptikal jugalah menjadi racun orang pandai macam saya ini. Banyak benda kita skeptical. Contohlah macam dari cerita yang lalu, contoh eh, contoh jah. Bila mana saya diajar Negara akan maju, cara nak hadap Negara maju dengan kerja keras untuk dapat duit lebih, duit gaji tinggi, belanja pun tinggi, semua naik. Kerja keras, belajar bersungguh-sungguh. Itu ajelah yang saya nampak. Saya yang diperkenalkan dengan “inflation spiral” sejak A-LEVEL memang tak nampak kemungkinan harga barang boleh turun.

Namun bila kita berkerja, bercampur gaul, berbual-bual, bercakap-cakap,  berblog, kita berjalan-jalan offline, maupun  surfing online,  kita ditemukan dengan pelbagai pendapat dan kepercayaan dari mereka-mereka yang bukan dalam bidang kita yang percaya, harga barang, indeed boleh turun kalau kita tukar kerajaan atau gulingkan kerajaan yang sedia ada dengan apa cara sekali pun.

Saya yang membesar dalam bidang saya, saya skeptical, dan  mula berkata-kata dalam hati benda yang macam-macam. Iya saya yang kerani, kuli-kuli batak ni memang rasa macam nak ketawa, pun ada. Kadang-kadang memang ada juga kata dalam hati “alahai belajar tinggi-tinggi pun tapi cakap serupa macam orang gila yang kuat berangan”


Mujurlah saya ni kerja kerani aje, dan yang bercakap tu masing-masing memang hebat, jadi gelak-gelak saya hanya dalam hati dan setakat menulis dalam blog ini ajelah. Mana saya tau mereka betul-betul hebat?. Ala, kat sini dalam kerajaan ni pun ada ramai penyokong,  sedara pemimpin mereka pun ada kerja makan gaji sama-sama macam saya. Jadi saya taulah betapa hebatnya mereka. Bila saya cakap hebat ni bukan saya memperli. Tapi sememangnya memang hebatlah jika mau dibandingkan dengan saya. Hebat dari segi kualiti kerja, pencapaian akedemik, segala-galanya hebat, Cuma jawatan itu tidak setanding dengan kerajinan dan kehebatan berkerja.

 Kalau mereka kerja diluar-bersendiri, tak makan gaji tentu mereka dah lama kaya-raya. Kenapa mereka tak kerja sendiri saya pun hairan. Mungkinlah kut jihad kut. Mereka boleh turunkah harga dari dalam. Jika harga turun, apa payah, sibuk-sibuk nak kerja macam nak mati, nak kumpul duit banyak-banyak,kan. Lagipun agaknyalah kalau mereka tak masuk kerja makan gaji dalam sektor awam alamatlah boleh tergendala kut semua jentera kerajaan. Kalau kat dalam opis tu dia ada dua tiga-orang, hah dia dua-tiga orang ajelah tu yang buat kerja, yang lain ni (penyokong BN, yang di atas pagar, semua makan gaji bute). Tak apalah mereka menyusup masuk dalam jentera kerajaan ni, demi nak tolong rakyat.

Melihat kehebatan mereka, jihad mereka kesungguhan dan ketidak-hairanan mereka mengejar harta/materi, itulah saya tak berani nak ketawa lebih-lebih dan langsung tak berani nak bercerita pasal yang saya tulis sebelum ni di pejabat. Tak mustahil  orang-orang hebat ini, boleh menghasilkan sesuatu  yang di luar buku teks Ekonomi Asas saya. Lagi pun saya belajar Ekonomi pun peringat yang sangat asas aje,pun. Alahai baru belajar “Inflation spiral” sudah mengada-ngada nak predict future orang…. Sibuk-sibuk dengan future sendiri sudahlah Mardhiah ya…Future engkau pun bergantung kepada mereka. Dia tak bagi ko markah prestasi bawah 85% pun dah cukup baiklah tu. Karang banyak sangat mengutuk, dia bagi ko betul-betul rendah, baru padanlah muka,kan.
 

Sunday, July 28, 2013

Sayap dan dunia yang dipinjam - part 3

Saya sekolah sains, tapi saya jadi kerani aje, kan seolahnya saya berada (sedang terbang) dalam dunia orang lain? Dan yang kelakarnya pernah ada orang menuduh saya SB buat kerja mengintip kerani-kerani. OMG OMG, orang itu memang gila, mana ada SB GEMUK he he he.  Jadinya  saya kena merendahkan tahap pemikiran saya ke tahap mereka. Bercakap cara mereka dan masuk ke dalam kerisauan, impian dan harapan mereka.  Ini sangat bermakna dan berguna dalam perkembangan peribadi saya.

Memang pada mulanya agak susah mau menyesuiakan diri dengan mereka. Tapi jadi lebih mudah melalui pengusaan dua bahasa. Bahasa Melayu, dialek nogori atau lately Kedah…(bos baru is Kedahan, and one of my favourite pastime yang disukai kawan, tapi dibenci bos ialah memparodikan /mengejek /melakunkan semula  gaya bos banyak sengal, perasan baguih sangat, no?) untuk berfikir seperti kerani SPM. Manakala saya menggunakan, Bahasa Inggeris dan Melayu tinggi siap dengan puisi dan pantun bila mau mengekspresi  perasaan marah, bimbang, risau dan impian saya.  Dan bila saya mula berbahasa Inggeris, none of them akan amik port benda yang saya cakap…. “leave her alone, dia sedang dalam mode meracau/merapik-meraban, berangan sedang terbang ke dunia Einstein /Socrates dieh.”

Selain dari itu kita kena sangat berhati-hati tika bercakap, benda kita cakap biasa, tapi bisa bikin mereka kecil hati…but once they know, yang you ni naturally born sarcastic, atau orang Melaka kata “bako darah, lahanatz, mulut tak ada insurans”,  mereka ok. Meraka juga lebih mudah untuk memaafkan kita. Pun begitu saya memang sangat jaga mulut, walau payah….dan sangat rasa gembira bila mereka menobatkan gelaran “control laser” kepada saya.

Persahabatan adalah persahabatan tulen, ikhlas abadi sebab IQ mereka tidak terlalu tinggi untuk memikir agenda itu dan ini. Mereka juga, saya kira, tidaklah begitu taksub untuk mengubah dunia.  Selalu ada rasa, eh itu kerja orang-orang pandailah, aku ini kerani aje. Pendek kata saya dan mereka kurang rasa terbeban untuk berammar-maaruf, bernahi-mungkar.  Eh ustaz, ustazah, kan ada. Karang kerani kalau bersyarah lebih-lebih karang apa pula orang kata….dah gilo ka ekau??? He he he…

Dunia mereka dan saya adalah lebih kepada hablumminanas yang terkadang kemampakan seperti mereka dan saya ni eh macam talam bermuka-muka aje. Blakang bos, benci bos, tapi bila depan bos, kemain mengekek-ngekek lagi ketawa-ketawa bergurau dengan bos. If you don’t like your bos, don’t show it in front of her or him. Balik blakang bule. Why not ah? Ntah tak taulah dan gitu rule dia, ko ikut ajelah. Sebab bila bos jengkel dan bencikan seseorang, satu office boleh rasa tak seronok. We love our friend and off course we don’t want to put/send our friends in such discomfort zone.

Kesimpulannya, it’s wonderful and beautiful life. Kurang beban, all you have to do, jaga disiplin kerja. Tak susah, tapi tak juga mudah. Hmmm cuba bayangkan ya kalau saya ini Ketua Unit, Ketua Jabatan….tentu susah,kan.  Hmmmm bayangkan pula saya eehhh tak mau bayangkanlah. Ngeriiiii.


Namun bila sampai waktunya nanti saya harus juga pergi meninggalkan dunia yang serba senang dan santai ini. Bersedia untuk memikul beban tanggung-jawab yang lebih berat. Cuba bayangkan tetiba saya dipinang orang dan jadi Isteri kepada seorang ahli korprat (kan saya nak kawen dengan orang kaya aje, tak kaya tak mau!) arghhhhhh tidaaaakkkkkkkkk!!! Ha ha ha.

Friday, July 26, 2013

Sayap dan dunia yang dipinjam --part 2

Saya masih memikir-mikir apa ka bentuk orang yang meminjam sayap dan dunia orang lain nih...sedang saya menyiang-nyiang ikan untuk dibikin laksa Penang. Lalu saya teringatkan seorang kenalan, rakan sekerja yang kita semua....alamak faham-faham ajelahkan.  Kenapa dia alamak, ntahlah. Dia kerja memang tip-top, semua orang tak boleh lawan, tapi dia garang dan ada kawan lain kata, dia kalau dia masuk bilik bos, habislah kita...bukan dia bukan kaki kipas, dia sendiri jenis hard working dan sangat dipercayai dan disayangi oleh bos.

Bos sayang dia, kita tak sayang dia, to the extend not only me, tapi seorang kawan lain pun ada pernah rasa mau pecah-pecahkan muka dia. Begitulah betapa gabannya tahap alamak dia. Bukan itu sahaja, bos sendiri tau kami ada simpan rasa mau pecah-pecahkan muka anak buah kesayangan dia. Sampai bos kancheong, bos bagi amaran dan marahkan kami.

Apa kami nak buat? kami terpaksalah bermanis-manis mulut, berbaik-baik dengan "iblis" seekor tuh. Bila kami rasa iblis dia terlalu banyak, ada yang pasang lagu-lagu nasyid di komputer. Saya? saya ni nampak muka dia aje terus saya istigfar banyak-banyak. Actually ada dua muka perempuan dalam pejabat tu yang saya kan cepat-cepat berzikir, selawat dan istifar, jika saya terserempak dengan mereka.....

Itulah agaknya orang yang meminjam sayap bos untuk terbang dalam dunianya yang kecil dan tak setinggi mana pun. Kalau tak ada kata ancaman dari bos, jangan harap aku mau berbahasa-basi dengan dia.

Sayap dan dunia yang dipinjam

hmmm.. ada orang kata ada orang meminjam sayap untuk terbang meneroka ke dunia orang lain. Absurd bukan? Mana ada manusia yang macam itu, imaginasi dia aje yang sangat cemerlang, kut? . Eish tak baik cakap orang macam tu, Mungkin, mungkin wujud manusia sebegitu. Cuma Allah tak pernah/belum lagi mau menemukan saya dengan orang yang macam itu. Life saya kecil, life saya simple, jadi saya tidak menghuni dunia ini bersama-sama manusia-manusia complex.

II)
Kawan saya bertanya kenapa-kenapa-kenapa…kenapa dia sangat mean macam itu? Saya malas nak jawablah. Hey I guess almost 100% respondent yang saya jumpa, akan kata dia mean. The answer is “she a mean type of people, and that what a mean people do and she been doing it right now!, Why it is hard for you to comprehend simple rule like this, huh!”

Tapi demi menjaga hati kawan, saya jawab begini,

“kalau ditakdirkan saya tak sakit, saya lulus cemerlang, saya jadi bos, mungkin saya juga macam itu kut. Dulu masa saya nak ke UK dulu, kita ada group. Waktu lapang kita bertadarus, lepas tu kita mengumpat orang macam kamu”

“Kenapa?”

“eh, macamla kamu yang vogue lagi-lagi bergaya ni tak pernah mengumpat kami yang slebet gaya Albert Einstein yang tak sikat rambut tuhhhh”


Sebenarnya perbualan kami terhenti takat “kenapa”. Iya saya tak sempat nak jawab sebab kerana ada seseorang memanggil saya.

Monday, December 17, 2012

Tikam Lidah I


Semua suka kursus kali ni. Kata mereka rileks dan santai. Sambil buat kerja, kami borak-borak, cakap-cakap dan juga ada gak bertikam lidah. Bertikam lidah depan Yang Arif Majistret pula tu. Yang-yang Arif tak kata apa-apa. Tak komen, tak mencelah pun. Tapi saya rasa ka, terparanoia yang Majistret tembam (perempuan) macam tak suka/tak puas hati aje dengan saya. atau sebab saya ini yang membawa aura tak suka/fearkan undang-undang  maka, aura itu berbalik kepada saya balik. Orang kata what come around will come around/ you get what you give.

Last bertikam, bertikam punyalah bertikam (tak banyak bertikam pun, 2, 3 kali aje) memanglah power, memang kecoh. Pertikaman berbunyi sikit lebih kurang diringkaskan seperti begini:-

Anak buah Majistret Mahkamah Daerah 1 tak puas hati kenapa bonus harus dibayar berkali-kali, sedangkan anak buah Majistret  Mahkamah Daerah 2, sangat suka dengan cara yang itu sebab dia bantu dia kawal diri dalam berbelanja. Tertikaman jadi hangat sehingga  anak buah EO minta saya pandangan saya yang merupakan anak buah guna-sama Akauntan yang ditugaskan ke Mahkamah.   

Kalu ikut protocol, patutnya dipanggil pada pandangan Yang Arief, tapi kawan memilih saya. Sepatutnyalah saya memanjangkan permintaan kawan kepada yang Arif Majistret, jika saya mau mengaku sayalah Melayu sejati dan kuat-jati dirinya. Pun begitu sedikit sebanyak menyedarkan saya yang orang pandang atas kapasiti bidang kerja, bukan pangkat dan ilmu. Ini isu kewangan, so biar orang kewangan yang jawab.  Dan saya (Melayu yang sudah sikit sebanyak agak luntur sifat kemelayuannya less Malay) pun, apalagi dengan gelojoh dan sarkastiknya memberikan respond.

Saya cakap macam ini. “Belajawan kita deficit 4%. Ko suruhlah hakim-hakim ni denda orang banyak-banyak sikit.” Kawan kata “kenapa deficit bla  bla bla.” Beremosinya dia bila dengar perkataan defisit itu.  Jawap saya “kalu ko tak nak defisit, PRU nanti ko undilah Tony Phua agar jadi Menteri Sumber Manusia. Akauntan memang suka kalu tak de defisit-defisit nih. Ko nak mana satu, ko nak defisit ka, ko nak berkemungkinan Tony Puah pilih ko untuk dibayar pencen dan duduk rumah macam kat Negara China itu”

Masing-masing takut mula mereka merapik meraban, nak  kerja tanam sayur-sayurlah. Kenapa sayur tak taula eh, takut jadi macam Singapura, dah sudah kencing tak ada paip air nak cucuh macam kat sini dan bermacam-macam lagi. . Dan kedua-dua yang Arif angkat punggung tinggalkan kami.