Skeptikal. Itu perkataannya. Skeptikal jugalah menjadi racun
orang pandai macam saya ini. Banyak benda kita skeptical. Contohlah macam dari
cerita yang lalu, contoh eh, contoh jah. Bila mana saya diajar Negara akan
maju, cara nak hadap Negara maju dengan kerja keras untuk dapat duit lebih,
duit gaji tinggi, belanja pun tinggi, semua naik. Kerja keras, belajar
bersungguh-sungguh. Itu ajelah yang saya nampak. Saya yang diperkenalkan dengan
“inflation spiral” sejak A-LEVEL memang tak nampak kemungkinan harga barang
boleh turun.
Namun bila kita berkerja, bercampur gaul, berbual-bual,
bercakap-cakap, berblog, kita
berjalan-jalan offline, maupun surfing
online, kita ditemukan dengan pelbagai
pendapat dan kepercayaan dari mereka-mereka yang bukan dalam bidang kita yang
percaya, harga barang, indeed boleh turun kalau kita tukar kerajaan atau
gulingkan kerajaan yang sedia ada dengan apa cara sekali pun.
Saya yang membesar dalam bidang saya, saya skeptical, dan mula berkata-kata dalam hati benda yang
macam-macam. Iya saya yang kerani, kuli-kuli batak ni memang rasa macam nak
ketawa, pun ada. Kadang-kadang memang ada juga kata dalam hati “alahai belajar
tinggi-tinggi pun tapi cakap serupa macam orang gila yang kuat berangan”
Mujurlah saya ni kerja kerani aje, dan yang bercakap tu
masing-masing memang hebat, jadi gelak-gelak saya hanya dalam hati dan setakat
menulis dalam blog ini ajelah. Mana saya tau mereka betul-betul hebat?. Ala,
kat sini dalam kerajaan ni pun ada ramai penyokong, sedara pemimpin mereka pun ada kerja makan
gaji sama-sama macam saya. Jadi saya taulah betapa hebatnya mereka. Bila saya
cakap hebat ni bukan saya memperli. Tapi sememangnya memang hebatlah jika mau
dibandingkan dengan saya. Hebat dari segi kualiti kerja, pencapaian akedemik,
segala-galanya hebat, Cuma jawatan itu tidak setanding dengan kerajinan dan
kehebatan berkerja.
Kalau mereka kerja
diluar-bersendiri, tak makan gaji tentu mereka dah lama kaya-raya. Kenapa
mereka tak kerja sendiri saya pun hairan. Mungkinlah kut jihad kut. Mereka
boleh turunkah harga dari dalam. Jika harga turun, apa payah, sibuk-sibuk nak
kerja macam nak mati, nak kumpul duit banyak-banyak,kan. Lagipun agaknyalah
kalau mereka tak masuk kerja makan gaji dalam sektor awam alamatlah boleh
tergendala kut semua jentera kerajaan. Kalau kat dalam opis tu dia ada dua
tiga-orang, hah dia dua-tiga orang ajelah tu yang buat kerja, yang lain ni
(penyokong BN, yang di atas pagar, semua makan gaji bute). Tak apalah mereka
menyusup masuk dalam jentera kerajaan ni, demi nak tolong rakyat.
Melihat kehebatan mereka, jihad mereka
kesungguhan dan ketidak-hairanan mereka mengejar harta/materi, itulah saya tak
berani nak ketawa lebih-lebih dan langsung tak berani nak bercerita pasal yang saya tulis sebelum ni di pejabat. Tak
mustahil orang-orang hebat ini, boleh
menghasilkan sesuatu yang di luar buku
teks Ekonomi Asas saya. Lagi pun saya belajar Ekonomi pun peringat yang sangat
asas aje,pun. Alahai baru belajar “Inflation spiral” sudah mengada-ngada nak
predict future orang…. Sibuk-sibuk dengan future sendiri sudahlah Mardhiah ya…Future
engkau pun bergantung kepada mereka. Dia tak bagi ko markah prestasi bawah 85%
pun dah cukup baiklah tu. Karang banyak sangat mengutuk, dia bagi ko
betul-betul rendah, baru padanlah muka,kan.
No comments:
Post a Comment