Saya terpanggil untuk mengomen dalam pasal artikel dalam
blog ini, tapi memandangkan sendiri tak ingat passwordnya (bila pula aku ada akaun dengan wordpress nih?) dan bila saya cuba
recover/asked for a new Password tapi tak berjaya saya tulis komen saya kat
sini ajelah.
Melihat telatah si KJ ni mengingatkan saya pada satu
babak dalam Filem Troy yang ada Brad Pitt didalamnya. Babak di mana usai Paris
memperkenalkan Helen kepada ayahanda baginda. "Itulah wajah yang sekian lama telah ditilik
membawa petaka kepada empayar TROY" kata Raja perlahan dengan wajah yang sangat gusar sekali.
Sebagai orang Melayu saya memang aware dengan tilikan
penteori RAHMAN yang menilik akan kehancuran kuasa UMNO/BN setelah berperdana
menterikan lelaki yang lebih senang ramai ingat namanya bermula dari huruf N.
Saya tak kisahpun andai perkara itu benar-benar
berlaku dan hanya perlu menyiapkan diri dari segi mental jika berperdana
menterikan orang seperti KJ. Pun begitu saya berdoa sama Tuhan yang perkara itu
berlaku setelah saya pencen, iaitu lagi 19 tahun lagi. Masa itu bolehlah saya berhijrah
ke Negara yang belum lagi mencapai status Negara Maju, macam yang banyak telah
dibikin oleh pesara-pesara Jepun yang menetap di sini dengan selesa.
Selfish? Abeh apa yang orang seperti saya boleh
lakukan, pergi bunuh si KJ tu? Hmmm sekali terbunuh akan lebih ramai lagi Melayu
yang tak sabar menggantikan KJ. Saya juga yang akan mati sia-sia. Mereka boleh
sahaja reka cerita sensasi yang KJ
dibunuh/dirogol mati oleh peminat fanatiknya yang kecewa. Ha ha ha….
p.s, sapa nak ngaku akan kebangsatan bangsa sendiri,kan
walau sejarah memang mencatat yang mereka itu memang bangsat, pun.
No comments:
Post a Comment