Saturday, January 25, 2014

KANGKUNG GST

Susah sangat ka nak terima hakikat, suka tak suka masuk 2020 Malaysia akan jadi Negara maju. Antara ciri-ciri sebuah Negara maju barang mahal, gaji mahal, ada GST. Kos sara hidup yang melambung naik. Abeh tu apa akan jadi pada mereka yang bergaji sedikit? Benda tu benda biasa, adakah harga barang akan turun. Adakah dalam masa terdekat ini akan muncul penyelamat seperti dalam cerita fiksyen macam The Last Air bender, the Avatar, Imam Mahadi, apa lagi ek. Ntah.. Terpulang kamu untuk mempercayainya. Tapi sebelum anda mempercayainya ada baiknya melawat dulu ke Singapura.

Di sana sudah maju. Orang-orang kecil seperti pemandu bas dan teksi yang  dah penat mengeluh dan tak tahan ada yang berhijrah. Bila mereka berhijrah, tempat mereka diambil oleh buruh warga asing. Ibu saudara saya seorang guru, pun memang ada bercadang untuk berhijrah ke Melaka bila khidmatnya telah tidak diperlukan lagi pada masa akan datang. Jadi saya sudah mula berfikir ke arah itu jika saya  tidak lagi mampu untuk menghuni Negara ini.  

Bukankah molek jika satu hari nanti negera ini hanya dihuni oleh orang-orang kaya yang tinggi IQ dan berjawatan tinggi dan bergaji bersar sahaja? Kerja-kerja manual, serahkan sahaja kepada buruh asing yang sanggup terima upah yang rendah, atau mana yang boleh kita guna mesin, robot, kepintaran buatan, kita gunalah yang itu.

Kerani-kerani, misi-misi, masa dia kuat bolehlah kerja, bila dah pencen bolehlah kalau masih nak duduk di Negara Maju ini boleh didudukkan mereka ke rumah orang tua-tua. Pencen mereka  dipotong separuh. Aturkan program mengimarahkan masjid-masjid kita yang memang besar-besar ni pun. Suruh mereka selalu puasa, Diet. Jaga pemakanan. Diet bubur nasi beras hancur dengan kangkung, jimat belanja. Dah tua-tua bukan boleh makan sedap-sedap, yang mahal pun, kan. Sekali-sekala musim raya, musim berbuka puasa bolehlah bagi peruntukan kat YB-YB belanja makan kat hotel-hotel yang sedap-sedap tu.

Bukankah plan ini sangat molek? Apa yang korang nak sangat? Bukanka selama ni pun kerani-kerani, pekerja-pekerja rendah kerajaan ni ko memang geli dan benci sangat pun? Suruh sekolah pandai-pandai malas, dah kerja pun malas lagi, melaram pandai, jaga anak langsung tak pandai asyik EL-EL(emergency leave) anak sakit, anak sakit. Jaga diri sendiri pun tak pandai, kalau tak EL anak sakit, dia sendiri yang sakit, ambil MC, cuti sakit.


Jadinya kalau pelan ni berjalan lancar warga-negara Malaysia hanyalah terdiri dari orang-orang yang tinggi IQ yang rajin, pandai jaga anak, pandai jaga pemakanan, jaga kesihatan. Anak dan keluarga susah nak dapat sakit, semuanya terancang, emergency-emergency ni tak ada, tak pernah. Yang lain-lain yang rendah-rendah tu semua bukan warga-negara, kuli-buruh berat/hamba yang tak punya kewarganegaraan dan "suara". Itu pun ko masih tak suka lagi ka? Bukankah itu yang korang maukan?


Dahlah tak payah dah nak masuk seminar, masuk sembang/chetting dan memekak, berlagak intelek/pemikir/pengkaji perihatin, kunun kesiankan orang susah, sedangkan selama ni ko tak pernah suka pun pada orang-orang susah yang memang dilahirkan berIQ rendah dan layak jadi KULI-KULI aje. Kita tak pernah susahkan/cemburukan pun ko senang itu, walau tiap kesempatan, ada aje benda peraturan, pekeliling, yang korang buat untuk tambah kita jadi lagi susah dan sempit. Yang ko tiba-tiba sejak dua-menjak GST ni sibuk-sibuk susah mengangkat kita yang tak senang ni apa ke hal,nya? 

No comments: