Showing posts with label Kapitalis. Show all posts
Showing posts with label Kapitalis. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Kisah Perempuan Cantik Bernama Melur

2016 ni macam tak  ada issue yang menarik untuk dihendap (stalk), di”follow”. Semua macam dah basi. Mungkin saya tidak ada apa-apa untuk dicatatkan dalam jurnal ini, selepas ini. Kita sebenarnya gadis yang cantik, jadi gadis cantik tak perlu berfikir, kita cuma pilih lelaki yang betul untuk kita tiduri.

Kita yang cantik itu hanyalah perbandingan saja, janganlah dibaca secara harfiah, sebab kalau literal nanti pasti ko muntah hijau sebab yang menaip ni biasa-biasa aje. Tak cantik langsung! Mak dia selalu cakap, lelaki nak pandang pun tak selera. Dia ni nak pakai bedak pun malas. Dia tak malas tapi dia berdelusi ada saintis cakap kalau dia pakai bedak nanti pori-pori di mukanya tersumbat  tak bernafas nanti boleh mati.

Ok berbalik pasal gadis cantik yang tak perlu berfikir itu. Siapakah si cantik manis yang jadi rebutan dua gergasi dunia itu? Sapalah lagi kalau tak Negara kita, Malaysia, ini. Jadi gadis cantik memang best, tapi kalau dah jadi rebutan, gadis boleh bingung. Kalau kita perhati iklim politik sekarang macam gadis ini tidur dengan kedua-duanya sekali hahaha…

Sebelum saya menaip lebih lagi, mari saya khabarkan siapa lelaki yang berebutkan gadis cantik ini. Saya bubuh lelaki A dan C. A – dari pertamadunan Anglo-Amerika, tapi saya suka nak panggil abang Greenback. So tukar A jadi Greenback (GB), C pula yang antisemitism seperti German, Cina apa eh lagi satu ntah. Anti (GB). Dua kuasa besar gabungan ini berminatkaaaaaan….oh mari kita panggil di Melur, Melur si Pengarah Melur Inc.

All right now we have Melur, Abang GB dan apa ah nak namakan anti-yahudi ni eh. Hah Abang Penyelamat hahaha, nama pendek abang Hero. Saya namakan penyelamat di sini sebab rakyat Melur majoritinya beragama Islam, Islam = anti-semitic, anti-Semitic = Islam? Persepsi? Whatever. Kenapa saya kata Melur tidur dengan kedua-duanya sekali….pertama Melur jual banyak asset dalam syarikat pelaburan strategiknya pada Abang Hero, dalam masa yang sama Melur sedang mau menandatangi perjanjian perdagangan bebas dengan Abang GB, walau majority rakyat Melur tak suka berjanji-janji dengan Abang GB. Tapi kenapa Melur buat juga. Seperti yang telah saya kata tadi, Melur perempuan cantik, dia tak perlu berfikir, dia cuma perlu “flirt”/membelai jiwa peminat-peminat dia.

Tapi kini hanya ada satu masalah ni….Masalah besar ni. Ada pula tok Imam, atau tok Majlis tetua kacau daun dengan skrip watak mau selamat maruah si Melur yang sudah lari dari landasan seorang perempuan timur yang baik. Tok Majlis Tetua inilah sekarang yang seperti jadi batu penghalang untuk Melur terus buat apa yang dia suka.

Berjayakan Tuk Majlis Tetua? Sesungguhnya saya malas mau follow dah cerita perempuan cantik ini,  sebab sapapun yang menang, Melur tetap perempuan cantik yang tidak perlu jadi director dalam ertikata sebenar-benarnya seorang Pengarah. Kalau Tuk Majlis menang pun Melur tak perlu Direct Melur Inc, sebab Tuk Majlis akan buat kerja tu untuk dia.

Cuma sebagai peminat undang-undang, Undang-Undang Syarikat kata Pengarah Syarikat biarlah jangan umurnya lebih 75 tahun. Kalau nak lebih juga kenalah ada surat doktor. Tuk Majlis sudah limpas umur ini. Dari orang tua yang mengarah, biarlah Melur terus memain-mainkan perasaan Abang GB dan Abang Hero. Sebab orang tua tu tak lama lagi nak mati. Kalau mati separuh jalan, Melur kena berbalik semula pada Abang GB dan Abang Hero.

Wednesday, April 16, 2014

RIP

Tatkala, orang sibuk-sibuk berhudud, [saya kira ekoran kerajaan Berunai melakasanakannya jadi Malaysia, pun apalah lagi sama-samalah nak tumpang semangkok (benda baik, apa mau kutuk-kutuk,kan)], kita dikejutkan dengan berita kematian antara penghalang nombor satu Hudud di Malaysia, iaitu Peguam terkenal Karpal Singh bersama pembantunya.

Dengan pemergian Karpal, sama-samalah kita tunggu siapa yang akan menggantikan beliau.


Saturday, January 25, 2014

KANGKUNG GST

Susah sangat ka nak terima hakikat, suka tak suka masuk 2020 Malaysia akan jadi Negara maju. Antara ciri-ciri sebuah Negara maju barang mahal, gaji mahal, ada GST. Kos sara hidup yang melambung naik. Abeh tu apa akan jadi pada mereka yang bergaji sedikit? Benda tu benda biasa, adakah harga barang akan turun. Adakah dalam masa terdekat ini akan muncul penyelamat seperti dalam cerita fiksyen macam The Last Air bender, the Avatar, Imam Mahadi, apa lagi ek. Ntah.. Terpulang kamu untuk mempercayainya. Tapi sebelum anda mempercayainya ada baiknya melawat dulu ke Singapura.

Di sana sudah maju. Orang-orang kecil seperti pemandu bas dan teksi yang  dah penat mengeluh dan tak tahan ada yang berhijrah. Bila mereka berhijrah, tempat mereka diambil oleh buruh warga asing. Ibu saudara saya seorang guru, pun memang ada bercadang untuk berhijrah ke Melaka bila khidmatnya telah tidak diperlukan lagi pada masa akan datang. Jadi saya sudah mula berfikir ke arah itu jika saya  tidak lagi mampu untuk menghuni Negara ini.  

Bukankah molek jika satu hari nanti negera ini hanya dihuni oleh orang-orang kaya yang tinggi IQ dan berjawatan tinggi dan bergaji bersar sahaja? Kerja-kerja manual, serahkan sahaja kepada buruh asing yang sanggup terima upah yang rendah, atau mana yang boleh kita guna mesin, robot, kepintaran buatan, kita gunalah yang itu.

Kerani-kerani, misi-misi, masa dia kuat bolehlah kerja, bila dah pencen bolehlah kalau masih nak duduk di Negara Maju ini boleh didudukkan mereka ke rumah orang tua-tua. Pencen mereka  dipotong separuh. Aturkan program mengimarahkan masjid-masjid kita yang memang besar-besar ni pun. Suruh mereka selalu puasa, Diet. Jaga pemakanan. Diet bubur nasi beras hancur dengan kangkung, jimat belanja. Dah tua-tua bukan boleh makan sedap-sedap, yang mahal pun, kan. Sekali-sekala musim raya, musim berbuka puasa bolehlah bagi peruntukan kat YB-YB belanja makan kat hotel-hotel yang sedap-sedap tu.

Bukankah plan ini sangat molek? Apa yang korang nak sangat? Bukanka selama ni pun kerani-kerani, pekerja-pekerja rendah kerajaan ni ko memang geli dan benci sangat pun? Suruh sekolah pandai-pandai malas, dah kerja pun malas lagi, melaram pandai, jaga anak langsung tak pandai asyik EL-EL(emergency leave) anak sakit, anak sakit. Jaga diri sendiri pun tak pandai, kalau tak EL anak sakit, dia sendiri yang sakit, ambil MC, cuti sakit.


Jadinya kalau pelan ni berjalan lancar warga-negara Malaysia hanyalah terdiri dari orang-orang yang tinggi IQ yang rajin, pandai jaga anak, pandai jaga pemakanan, jaga kesihatan. Anak dan keluarga susah nak dapat sakit, semuanya terancang, emergency-emergency ni tak ada, tak pernah. Yang lain-lain yang rendah-rendah tu semua bukan warga-negara, kuli-buruh berat/hamba yang tak punya kewarganegaraan dan "suara". Itu pun ko masih tak suka lagi ka? Bukankah itu yang korang maukan?


Dahlah tak payah dah nak masuk seminar, masuk sembang/chetting dan memekak, berlagak intelek/pemikir/pengkaji perihatin, kunun kesiankan orang susah, sedangkan selama ni ko tak pernah suka pun pada orang-orang susah yang memang dilahirkan berIQ rendah dan layak jadi KULI-KULI aje. Kita tak pernah susahkan/cemburukan pun ko senang itu, walau tiap kesempatan, ada aje benda peraturan, pekeliling, yang korang buat untuk tambah kita jadi lagi susah dan sempit. Yang ko tiba-tiba sejak dua-menjak GST ni sibuk-sibuk susah mengangkat kita yang tak senang ni apa ke hal,nya? 

Friday, March 8, 2013

Teori Konspirasi III


Macam-macam. Orang yang nak menghalau hantu setan ni memang macam-macam kaedahnya. Di pihak saya, nak kata tak percaya Raja-raja, bangsawan, pembesar kita tak ada connection langsung dengan Iblis pun tak bule juga. Al maklum orang kaya. Dulu kita tak ada system alarm. Tak ada security gurd, bila harta dan melimpah ruah, mereka guna khidmat hantu raya. Katanyalah…tu

Sebagai muslim biasa, patik pacal yang hina, kami tak perlukan hantu raya, saka dan yang sewaktu dengannyanya.. Apake beban, apa ke ufti, pengeras yang perlu dibayar, kami tak ada nak masuk port akan hal itu.

Bila Islam datang, Islam tak memerlu itu semua, hanya perlu mengesakan Ilahi, berkasih-sayang, rajin berusaha, berbaik sangka dan 1001 macam sifat-sifat terpuji terkandung didalam ajaran Islam. Amal aje itu. Untuk mendapat redha Allah tak susah, tapi tak juga senang. Manusia ni ada nafsu. Nak mendisplinkan nafsu itulah yang susah.

Apabila kita sendiri pun terkial-kial melawan nafsu dalam diri sendiri, harapnya kita tak dibebankan untuk menghalau segala hantu, setan, iblis yang didakwa, dipercayai, masih ada dalam simpanan warisan Nenek Moyang-Raja-Raja, bangsawan, pembesar kita. Baik sangaka saya hanya satu, Raja-raja, pembesar dan bangsawan, hartawan kita sedar, tika, menerima Islam, sebarang hubungan-komunikasi dengan dunia “halus” telah dihentikan.

Saya menaruh sangka-baik yang sangat tinggi kerana sudah lama Islam bertapak di bumi bertuah ini, semua sudah dapat menghayati kecintaan terhadap Ilahi dengan sepenuh hati tanpa ragu dan berharap kepada yang lain. Dan saya pilih berbaik sangka dari jahat sangka sebab dalam keadaan saya, persekitaran saya, baik sangka itu lebih mudah.

Keadaan persekitaran anda mungkin sama sekali tidak sama dengan saya.  Sebab itulah pendekataan kita berbeda. Dan segala pahala yang tidak terkira, darjat yang tidak terhingga tinggi makamnya adalah semuanya untuk kamu jua jika barisan kamu dapat membuktikan baik-sangka saya ini hanyalah sebuah ilusi. Saya hanya boleh berdoa jika baik-sangka saya hanyalah sebuah ilusi, Allah cepat kejutkan saya dan Allah tidak mengapa-apakan diri ini, dek kerana baik-sangka yang telah saya pasak dan pahatkan dalam diri.

Teori konspirasi II


Kita orang kecil tinggal dalam Negara yang baru. Baru berbanding dengan Negara lain seperti China, India, Eropah. Orang Melaka dia kata Melaka 750 tahun, tahun lepaslah 2012. Bererti baru sangatlah tu. Baru 750 tahun berbanding dengan 2012. Berapa peratus ya he he he..

Saya besar dan faham-faham, Negara kita dulu (kesultanan Melaka) amal system fudal. Saya pacal yang hina. Raja adalah payung tempat rakyat berlindung. Keadaan ini sangat menyenangkan. Ada juga Raja jahat. Orang Melayu kata Raja adil raja di sembah, Raja zalim, Raja di sanggah. Bila Raja adil, hidup kita simple, mudah. Bila raja Zalim, jangan cari saya.

Saya akan mencari 1001 alasan untuk mewaraskan kezaliman sang Raja, sebab saya malas nak lawan. Banyak saya lihat-orang-lawan-lawan-lawan, dapat pengganti lepas tu pengganti tu ternyata lebih teruk.  Kita tetap macam tu juga.

Baik follow, fahami, seek to understand. For those yang nak melawan bagus juga. Saya tak suruh kamu jadi pengecut macam saya, pun lawanlah,kan. Yang penting kita percaya apa yang kita buat. Mungkin saya kata anda ni yang suka melawan anda ni dah macam orang gila, apalah peduli apa yang saya nak kata, kan. Orang bukan ada kenal saya, pun dan saya juga bukan Pakar Perubatan Sakit Mental yang ada kuasa menahan kamu masuk ke wad sakit metal, pun.

Satu aje pelajaran yang saya belajar, yang saya ingin kongsi bersama. Jika kamu percaya, kamu buat, lepas tu nanti jika kamu gagal, orang bukan kenal kamu, pun. Tapi jika kamu berjaya…hah di situlah dia segala cerita bermula. Mau memahat nama dalam lipatan sejarah? Well, teruskan.

Apa yang mengarut ni? Well, Jika kamu percaya raja saya bagi makan darah, bagi makan rahsuah untuk kekal berkuasa, dan kamu 100% percaya kalau tak kerana darah dan rahsuah, Raja kamula yang sepatutnya berkuasa, buatlah apa saja yang patut. Jika kamu rasa racun kami dengan perasaan benci itulah jalan yang terbetul, dan yang terbaik, buatlah. Moga berjaya. 

Teori konspirasi 1


Dunia orang bawah ni senang. Serba kecil, serba simple. Bebas konspirasi. Hasut-menghasut? Itu saya tak tau. Kita orang bawah apa jua yang orang bagi kita terima. Kalau ada semacam kegiatan memulau/membuli  atau apa-apa yang tak enak, itu semualah tu berpunca dari kita sendiri juga. Saya pun  pernah kena benda itu semua. Tapi saya mengambilnya dengan terbuka dan memikirkan, orang takkan buat aku sampai macam itu sekali, kalau aku tak ada buat sesuatu kat dia. Adalah perbuatan saya tu yang telah menyebabkan dia berbuat begitu, sama saya.

Jadi konspirasi-konspirasi ini adalah sesuatu yang sangat asing dan jauh dari orang bawah/kumpulan pelaksana macam saya. Kalau anda bercerita tentang konspirasi, saya mungkin kata anda sudah “out of your mind” tapi orang kata, bila kita dah masuk belajar ijazah ni, marilah kita berterbuka sikit pasal benda konspirasi ini. Konspirasi yang wujud dalam kalangan orang berbakat, berketurunan, berkebolehan mengubah dunia agaknya.

Ada orang kata kejadian di Lahad Datu tempohari adalah konspirasi/sandiwara orang yang memerintah pada hari ini. Saya memasukkan diri dalam jalur fahaman orang yang merasakan sepatutnya dialah yang berkuasa tapi disebabkan konspirasi aturan bangsawan Eropah + Iblis ini, Iblislah yang  mengaturkan perjalanan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dulu kita merdeka kita ambil alih dari British. British ni ada juara cerita tamadun moden. Mereka kata tamadun ini bermula dari beberapa orang pahlawan yang menjaga kuil Sulaiman yang telah mencuri skrip-skrip sihir dan mengamalkannya.  Cerita agak panjang. Pendekkan cerita tamadun pada hari ini berteraskan ilmu sihir.

Ok bila Negara merdeka, jadi yang menyambung pun ahli sihir jugalah kiranya. Ahli sihir ni kena bagi makan setan. Setan makan darah.

Ok…. Berbalik kepada peristiwa Lahad Datu…

Mereka bagi makan darah pada makhluk halus
Mereka tabur wang BRIM pada makhluk kasar.

Inilah cara mereka untuk kekal berkuasa. Apa pula cara kamu?

Saturday, April 28, 2012

Super KIASU


Orang ni kata hok ni brutel, orang ni plak kata hok ni zalim dan terjadilah kejadian saling tuduh-menuduh dalam cerita BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam. Ada yang bergaduh-gaduh dalam FB pun ada, pasal sapa mula dulu, bila ada kereta polis dah terbalik dan ranap dikerjakan semasa BERSIH 3.0. Hok ni kata polis langgar dia dulu, dah terperesuk mayat bawah kete polis, itu pasal kete polis terpaksa diterbalikkan. Hok ni kata, plak polis terlanggar sebab hok ni pakat-pakat baling botol kat kete polis.  Tapi bila anak dia 48 jam tak balik rumah, kena rogol, POLIS juga yang deme cari. So, buang karen, buat sakit hati aje melayan cerita POLIS jahat nih. Ko iyekan ajelah cakap dia, walau ko rasa orang hilang akal aje yang akan menterbalikkan kereta sebab nak keluarkan mayat bawah kete. Dah termasuk bawah kereta takkan tak mati, kan. Sure, yang ada di bawah kereta itu mayatlah.

Namun begitu  dalam menganut akidah kapitalis ni, kita perlu juga menganut sama kenyataan yang “CUSTOMER always right”. PM kita sendiri kata rakyat diutamakan. Jadi bila bercakap pasal BERSIH 3.0. Rakyat yang berdemo itu pelanggan/CUSTOMER. Pelanggan yang sangat percaya yang system undi kita tidak bersih. Mereka memang ada bukti yang mengatakan ianya kotor dan dicemari element-element rahsuah, penyalahgunaan kuasa dan apa-apa lagilah kata-kata bombastic yang terdapat dalam kamus, yang saya sendiri pun tak kuasalah nak mengingatinya.

Pihak SPR pun saya kira dah melakukan penambahbaikan, dan hujah mereka, jika sekiranya betul system kita kotor, mengapa PAS boleh memerintah Kelantan dan dalam PRU yang lalu buat pertama kalinya BN gagal mendapat majority 2/3?

Tapi berapa kali orang nak ulang hah! CUSTOMER always right, walau betapa kita rasa kita dah lakukan sedaya mungkin buat benda betul, tapi masih ada juga pelanggan yang tak puas hati, biarlah cerita pasal kita buat kerja betul, simpan dengan kita-kita aje. Iyakan ajelah cakap pelanggan yang sentiasa betul itu. Buat kata ada cerita Movie Amerika pun, ntah apa tajuk, lupa dah:- “orang kije gomen(dalam cerita tu polis FBI) nih, bukannya buleh kita nak bercerita pasal kejayaan kita semasa makan malam krismas, macam orang kerja sendiri, atau macam artis, penyanyi, pelakon pun” Memang jadi badutlah kalu dok brag about our success dalam perkhidmatan awam, nih. Orang menyampah nak dengo.

Macam kat Amerika tu dah ramai juga dapat sakit mental sebab mengelonkan pelanggan yang kadang tu idaklah berapa betul sangat pun, tapi orang kata kita belajarlah dari Amerika, kita buatlah hapa-hapa kursus untuk menangani manusia-manusia kandang tu yang idaklah berapa betul sangat pun, lagi bako darah jah kelakunya tapi dah diberikan MANDAT betul selalu.

Kita kat sini pun ada kaunselor, sikit lagi up masalah kita, kita ada pegawai-pegawai perubatan yang sedia membantu. Memang dalam berhadapan dengan pelanggan yang cerewet, dan memang ada jenis pelanggan yang rasa mereka tak pernah salah memang menguji kesabaran, tapi kita harus ingat akan support-support group yang sentiasa ada untuk menolong kita.

That is to say at the end of the day, kisah pelanggan yang banyak cekadak yang pada mata kita tu kadang mereka lebih psiko dari kita yang memang berada di barisan yang terdedah kepada tekanan-tekanan manusia yang memang pergh orang kata KIASU, tu, akan berlalu bagai angin petang yang sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Sunday, January 22, 2012

Release tension pepagi Buta...

(ai baru aku tulis sabar itu separuh dari iman, tapi lepas tu dah membebel balik, apa ni, cakap tak serupa bikin daaa)


Komplen, komplen, komplen. Nak duit, nak duit nak duit, kata tak pandang duit, tapi kalau duit kurang sikit wah, macam nak runtuh satu dunia dibuatnya. Itulah dia manusia ntah apa nak kata yang berlegar-legar disekitar orang kewangan. Yang bikin orang kewangan semput kalau tak kuat iman rasa mau terjun laut tau!

Apa yang pagi-pagi buta membebel macam perempuan gila ni? Well raya-raya Cina ni pakat sembang dengan sepupu sepapat yang di luar kerajaan dan soalan yang diajukan ialah, kerajaan cukup duit ka nak tampung kenaikkan gaji penjawatnya melalui system SBPA ini?

Mereka yang suka shopping tu dah takut agaknya nak kena bayar VAT atau service tax. Satu system percukaian yang  berasaskan spending. “you shop more, you pay more”.  Mungkin, namun saya  nampak kaedah lain iaitu “accrual accounting” tapi ia masih diperingkat “awareness” dan this tool as I see it is a very powerful tools, tapi kalau silap bawak boleh bangkrap macam Amerika. Tapi kalu nak layan rakyat yang semakin lama semakin cerdik dan demanding itulah dia, gunung emas pun boleh habis licin dengan sekelip mata. Produktiviti macam siput, bayar mesti mau lebih.

Well we wait & seelah. Saya pun tak mau tulis lebih-lebih. Tunggu hingga saya lulus my professional. Bila nak lulusnya pun entah, Degree pun tak enroll-enroll lagi. Tengah mencongak-congak nak blajar kat UKM ka open U. Benda sikit punya senang macam ni pun saya kena nak dapat advise dari orang. Terukkan saya ini. Dah besar panjang dan tua ganyutpun masih takut nak buat keputusan sendiri.  

Sunday, October 16, 2011

Paranioa tahap Gaban???


Yup, akhirnya saya pakai aje baju gi opis untuk kenduri kawen. Ramai kengkawang. Dah macam perjumpaan staff &  warga pendidik daerah Jasinlah pula.  Masa nak balik tembung dengan ex-timbalan yang kini menjadi ketua sektor di Jabatan. Dia pun pakai baju slebet, pakai baju macam baru balik kebun, singgah makan tengahari. Hmm musim orang pakai baju selebet??? Ntahlah…

Balik tu saya hantar adik sepupu yang merupakan pemimpin ntah hapa tah anugerah cikgu dia bagi kat skola tah ke rumah kawan dia. Aik rumah dari luar kita dah bule nampak gambar ahli EXCO Negeri Melaka, amboi mak kereknya mak ayah budak nih! Pencacai tegar UMNO agaknya nih…kalu EXCO, awat rumah  taman yeoh…dah zuhud ka mereka ni, atau bajet dah lari PM dah bagi memacam kat Rakyat.

I have to take him back around 5.30p.m, dah dah dah dah jadi supir dialah pulak haku nih. Betuah punya budak!  Hah masa balik nilah dia cakap yang kawan dia tu anak YB. Terus fikiran jahat saya kerasukan begini, “ntah2 anak dia ajak adik saya tengok video lucah ramai-ramai” Seriusly I do think as bad as like that. Teruknya haku, memang patutlah tak kawen dan tak beranak, kalu fikir macam ini slalu, anak saya bule psiko.

Neh neh neh neh, bukan pasal saya termakan dengan video orang tua telanjang dan topeng mission impposible tuh, sikit sikit tu hadalah campur cerita lama kat sekolah cerita pasal anak DO yang suka baca majalah Playboy lepas tu ajar kawan-kawan lain bikin dosa, maksiat sampaikan memang tahun tu memang kami di asrama memang menangung azab mengangkat air, sampai mandi kat tandas dewan peperiksaan, jadi… sebab musim kemarau. Ada gak orang kata kemarau tu sebab ada pensyarah dan anak muridnya mati beromen zina kat kawasan tadahan air di Gunung Ledang. Mayat melekat sampai doktor kat Hospital Muar kena operate kasi bercerai.

Memanglah saya cepat-cepat istigfar. Ni tengah drive nih, kalau fikir bukan2, tak fokus dalam kreta tu ada 3 nyawa tuh, kalau berlaku sesuatu pada nyawa-nyawa intan payung tu, apa den nak jawab kat ibu dia. So kami end-up pergi tapau Mc Donald dan cakap-cakap pasal kepelbagaian hidangan bugger Mc Donald, restaurant Mc Donald yang mana paling best kat Melaka ni. Saya memang tak mau berlaku/berlagak sampai dia merasa terdera as if saya interogating him, macam tak percaya dialah pulaknya, tapi dalam hati tertanya-tanyalah pulak, meronta-ronta nak tau sangat apa budak-budak ni buat kat rumah YB, game apa yang dia main. Apa program dia di rumah YB (YB UMNO kan, kalu YB PAS memang kita percaya budak-budak tu berkumpul baca quran, tazkirah dan sebagainya, APA??? hasut benci kerajaan??? Memang patut kerajaan yang ada ni dibenci pun…kroni, rahsuah, berkelas, berkasta. Itu tak payah hasut, tengok lagak pemimpin UMNO satu, satu pun bebudak kecik pun dah meluat dah, bukan kita yang ajar, benci ni tak payah diajar tak payah dihasut, kalu buat perangai tak semenggah orang bencilah) tu memang nak tau sangat.  So, nak lawan rasa yang melonjak-lonjak tu saya istigfar banyak-banyaklah…

Dan lepas tu fikiran jahat itu pun mati, namun, masa nak tidur pun fikiran jahat ini datang lagi. Apa budak-budak tu buat kat rumah YB. Dia kata main video game, eish ngeri haku kalu budak-budak tu main video game lucah. Nauzubillah. Istigfar banyak-banyak…dan dummm lelap mata.

Esok pagi waktu makan nasi lemak ibu dia orang annouce,

“padan muka Ijat, semalam kena sembahyang kat rumah YB on time, kalu kat sini jap…jap..jap..jap”
“abang, jadi Imam ka”

“Hmm, tak taulah clumsy macam itu cikgu bule lantik jadi ketua, buta apa mata cikgu tu”

“cikgu tu dah betullah lantik dia, tu, budak-budak SK xxxx yang sengal, kira dia ni yang terbaik dikalangan budak-budak sengallah tu”

“ah ah anak YB tu tu, busu tanya dapat brapa A, dapat 1A aje”

Alhamdulliah, rasa lega akhirnya. Muga adik-adikku dilindungi dari gejala yang tak baik. Eish bila dulu masa sekolah, kita sewaktu dengan anak DO macam tu, habis  lubang2 bantal tilam, dia alls kerjakan, memang kita rasa risau aje mengenangkan nasib anak-anak yang dah akhil baligh kalau dia sesama lelaki duduk berkumpul-kumpul tau.. Dan eish memang dia tengah berangan nak masuk Asrama Penuh tu. Pemimpin Pelajarlah katakan kan…malulah kalu kapten sekolah, esok form one masuk skola harian biasa aje.

Ibu pulak taksub fikir duduk asrama penuh tu bagus sangat. Saya nak cerita pasal lubang bantal tilam kat Asrama Putera, masa saya sekolah, ko ingat ibu dia percaya ka??? Mampus dia tak percaya silap hari bulan dia fikir aku pula berimaginasi liar yang indak-indak. Agaknya kalau dah hada anak memang macam tulah ek…kita kalu bule nak ngadap muka dia 24jam…skodeng??? Stalk semua profile kawan dia dan end-pun bersangka ntah apa-apa tah/paranioa  terhadap kawan-kawan dia, namun realitinya kita perlu bagi kebebasan dan kepercayaan padanya dalam memilih kawan. Kita tak boleh jadi kawan dia,. Maka kitapun dianugerahi dengan  risau yang extra. Extra berganda. Hanya doa dan keyakinan jitu pada Allah sahajalah peneman kita orang perempuan ini.

Thursday, January 6, 2011

You will never have to power to make them stay forever, so jangan happy sangat, no.

Kemasukan semula pemodal dalam pasaran kita memang mengembirakan. Saya dengar cerita index sudah mencapai paras tertinggi seperti rekod zaman gemilang Harimau baru ASEAN. Saya pun malas nak keep track for the exact figure. Pendek kata kegemilangan dulu bermula kembali. Namun orang putih kata kita patut bersifat “once bitten twice shy” dan tidak terlalu seronok sangat dengan perkembangan terbaru ini.

One thing for sure, kalau mereka berbondong-bondong menziarahi kita dan sanggup meletakkan punggung mereka pada kerusi kita, perkara pertama yang harus diingat, tentu buat masa ini ada kerusi yang sedang kesejukan ditinggal pergi. Ntahlah. Pensyarah saya kata mereka sedang sakit hati dengan Negara Cina dan mengambil keputusan untuk pulang semula ke sini.

Kenapa mereka sakit di sana? Kunun ceritanya, walau sana semua lebih baik dari sini, cekap, cepat dan murah, namun satu perangai orang China yang bikin mereka tidak boleh tahan ialah, hari ni ko jual let say teddy bear ekor kontot yang let say akan di promosikan oleh let say Mawi, oh tak nak Mawilah, saham Mawi dah jatuh..aha Anuar Zain. Sure laku punya. Esok berderet lagi teddy bear ekor kontot yang serupa akan membanjiri pasaran dengan harga yang lebih murah.

Dalam business supply barang alat ganti oil & gas, selalu orang akan tanya…ko tak takut China ka? Orang yang dah berpengalaman akan kata “no…” Kenapa no? One of the CEO yang diinterview kata, oil & gas punya barang no matter how good you are, ko tak buleh tiru. (saya baca dalam internet jerh, bukan saya pi interview mereka, no. Jgn pepandai mengandai itu dan ini, saya ini kera sumbang, anti social, manalah ada kenal orang-orang yang hebat-hebat ini)

We just hope that this time around they would stay in our market longer. It is impossible for them to stay on here forever. Sure one sooner or later akan ada market yang lebih competative emerging . Think of Africa. What will really happen if the technology is so advanced, that scientist can turn more dessert into an Oasis? Or suddenly manalah tau ada ntah apa-apa mineral di bawah tanah Africa sana yang boleh generate energy yang selama ini kita tak pernah terfikir pun. One thing for sure mamat-mamat Afrika yang ada kat MMU ni sure tak sabar mau pulang dan sudah tentu ada di antara mereka yang dah belajar entrepreneurship kat Melaka ni tak sabar nak bukak business dan memajukan Negara mereka.

Jadi sementara mamat-mamat Afrika ini belum lagi terfikir untuk menyambar pelabur yang ada macam mereka menyambar anak-anak dara kita, kenalah kita berusaha keras dan tumpukan pada apa yang tidak ada pada Negara China. Amat mustahil kita ini buleh menyamai kerajinan dan kesungguhan bangsa Cina, namun creativity dan ketulenan kita harus kita gembar-gembur dan sebar luaskan akan kehebatannya, agar kita tak rasa terkurang, atau rendah diri bila bersama dengan rakan-rakan yang memang kita akui tamadun bangsa mereka bermula lebih lama dari kita so that in the end they too feel that their tamadun bermula di sini bukan dari Tanah Besar Cina sana. We are no Zionist, as we do not have any Zion to remember. We are one Malaysia. This is our country, this is where we belong.