Friday, March 8, 2013

Teori konspirasi II


Kita orang kecil tinggal dalam Negara yang baru. Baru berbanding dengan Negara lain seperti China, India, Eropah. Orang Melaka dia kata Melaka 750 tahun, tahun lepaslah 2012. Bererti baru sangatlah tu. Baru 750 tahun berbanding dengan 2012. Berapa peratus ya he he he..

Saya besar dan faham-faham, Negara kita dulu (kesultanan Melaka) amal system fudal. Saya pacal yang hina. Raja adalah payung tempat rakyat berlindung. Keadaan ini sangat menyenangkan. Ada juga Raja jahat. Orang Melayu kata Raja adil raja di sembah, Raja zalim, Raja di sanggah. Bila Raja adil, hidup kita simple, mudah. Bila raja Zalim, jangan cari saya.

Saya akan mencari 1001 alasan untuk mewaraskan kezaliman sang Raja, sebab saya malas nak lawan. Banyak saya lihat-orang-lawan-lawan-lawan, dapat pengganti lepas tu pengganti tu ternyata lebih teruk.  Kita tetap macam tu juga.

Baik follow, fahami, seek to understand. For those yang nak melawan bagus juga. Saya tak suruh kamu jadi pengecut macam saya, pun lawanlah,kan. Yang penting kita percaya apa yang kita buat. Mungkin saya kata anda ni yang suka melawan anda ni dah macam orang gila, apalah peduli apa yang saya nak kata, kan. Orang bukan ada kenal saya, pun dan saya juga bukan Pakar Perubatan Sakit Mental yang ada kuasa menahan kamu masuk ke wad sakit metal, pun.

Satu aje pelajaran yang saya belajar, yang saya ingin kongsi bersama. Jika kamu percaya, kamu buat, lepas tu nanti jika kamu gagal, orang bukan kenal kamu, pun. Tapi jika kamu berjaya…hah di situlah dia segala cerita bermula. Mau memahat nama dalam lipatan sejarah? Well, teruskan.

Apa yang mengarut ni? Well, Jika kamu percaya raja saya bagi makan darah, bagi makan rahsuah untuk kekal berkuasa, dan kamu 100% percaya kalau tak kerana darah dan rahsuah, Raja kamula yang sepatutnya berkuasa, buatlah apa saja yang patut. Jika kamu rasa racun kami dengan perasaan benci itulah jalan yang terbetul, dan yang terbaik, buatlah. Moga berjaya. 

No comments: