Saturday, March 2, 2013

Kek coklat sedap


Kita ni hidup nasib-nasib . Tapi orang agama kata nasib kita Allah dah tulis dalam loh-mahfudz. Semua orang kena uji, tak ada sorang pun kat dunia ni happy aje. Sedangkan hamba yang paling Allah sayang, iaitu para nabi, wali dan orang alim pun Allah datangkan macam-macam dugaan, cabaran dan halangan. Berliku-liku hidup mereka, inikan pula kita yang biasa-biasa yang sering lalai dan melakukan perkara yang nabi tak buat, Allah tak suka.

Cuma kita ni orang macam mana, adakah kita orang yang suka mengeluh, atau kita jenis ahhh blasah aje. Redah walau kadang tu rasa bagai nak setengah mati pun ada. Saya bercakap pasal kerja dan keadaan diri yang rasa ya Allah semua serba susah dan berat. Semua kena atur sendiri sedangkan saya rasa, kita orang perempuan ni tidak sepatutnya dibebankan dengan benda-benda yang susah.

Lalu saya termenung sejenak, saya terfikir amah-amah, kuli-kuli dan buruh kasar, eish teruk  mereka kerja, kesian mereka.  Kalau kita percaya semua yang terjadi adalah atas rancangan Allah, kita senyaplah sikit reda, sejuklah sikit hati kita.

Kita ni berada dipertengahan, kerja taklah seberat kuli, tapi kena selalu berhati-hati. Lebih baik kita masuk satu tempat kita datang dengan perasaan underdog, orang berbulu tengok aku. Bila dah tau orang tak suka kita, kita jagalah perangai kita elok-elok. Sekurang-kurangnya dia tak ada isu nak mengenakan kita. Kalau orang suka kat kita pun, tak selamanya dia akan suka kat kita. Jadi lebih baik tak pernah disukai, namum tak pula dihirau, dari disukai, kemudian bergaduh, dibenci disakiti dengan umpat-keji dan kutuk-kutukan. Sebab saya tengok hari ni, relationship adalah atas dasar simbiosis... Bila dah tak ada kepentingan, ahh pergi mampuslah ko, aku bukannya berkenan kat ko sangatpun. Aku hanya cintakan diriku sendiri aje, orang lain buat nyemak dunia ni, buat dunia makin panas, makin cepat terbalik dan musnah.

Lagi banyak kekuatan, kelebihan dan kemapuan kita, lagi ramailah orang nak bersimbiosis dengan kita. Andai satu hari ditakdir kelebihan yang ada pada kita tuhan tarik….kita jatuh ke bawah, masa itulah baru kita tau sahabat kita yang sebenar-benar sahabat boleh dibilang dengan jari.  Biasalah tu…hukum hidup didunia memang macam tu.   Itu bukanlah satu benda besar yang menduka-citakan kita selamanya. Jika kita take life as it is, life will come and embrace us. Susah, jatuh, tersungkur, pun kita masih boleh ceria dan tertawa.

Kadang bila orang baik sangat sama kita, terlintas gak dalam hati, “dia bukan suka aku pun, tapi dia saja buat baik sebab nak dapat kek coklat sedap, cantik, berkualiti, mahal yang FOC sebagai balasannya he heh ehee..




No comments: