Sunday, March 17, 2013

Feeling


Hari Jumaat adalah hari yang panjang. Kawan pun ketik-ketik baca site hiburan dan tetiba baca kuat-kuat “zain kata Rozitalah nyawanya” Sikit lebih kuranglah, makcik ni bukannya ada ingatan umpama audio-visual pun. Saya pun berespond, yang ujungnya saya kata, rugilah ko kalau abang tak cakap macam tu. Kawan yang lain menyampuk, “dia nak nak cakap kat mana”
 ,
“aiii Facebook kan ada! Tulislah, babylah nyawa dinda”

“hah ni kak ni mesti ada pengalaman nih”

“tapi kalau ko tulis macam gitu orang agama tak suka”

“ala, kak kalau artis, semua dia tulis orang meluat”

“bukan, maksud saya begini, orang agama tak suka kita tulis-tulis macam tu, sebab yang patut kita agung-agungkan ialah tuhan, dosa tulis macam tu, sedangkan kita hanya meluah perasaan kita aje”

Lalu saya teringat cerita dulu-dulu. Dulu kita panggil pujaan hati itu sebagai “nyawa”. Apsal depa kata nyawa ya? Disebut dengan perkataan baku habis. Kat Melaka pun orang sebut serupa dengan orang Kedah sebut.  Dan di satu ketika juga bila sampai masanya kita faham kenapa ia dipanggil nyawa.

Dan… masa itulah kita rasa “I have died to myself and live for you” iya, sungguh, iya memang sesuatu yang real, bukan imaginasi mau pun ilusi…walau kita hanya bertepuk sebelah tangan, atau yang dipuja tu sudah lama meninggalkan kita.

Dan… ketika itu juga kita akan diserang rasa bersalah, bukankah yang sepatutnya disembah, dipuja hanya Allah?

Kita boleh berhujah, mencari hujah untuk membenarkan rasa hati kita, atau kita boleh sahaja terus meminta ampun sama tuhan atas rasa-rasa yang sebegitu. Kita ini manusia biasa, bila rasa hati datang kita tak upaya untuk menolaknya. Rasa-rasa macam tu, Allah gak yang bagi, takkanlah datang dari Iblis pula,kan.
Sekian ramai ahli agama yang mencela rasa cinta sebegini, berkahwen, beranak-pinak, takkan tak sedetik, pun tak pernah ada rasa, apa-apa pada pasangan masing-masing,kan. Mungkin juga tak pernah wujud, cinta mereka solid 100% untuk Allah. Dan, kalau kita perhati, mereka senang dapat pengganti, lepas tu mereka tak kisah share-share…cinta mereka adalah untuk Allah dan pasangan hanyalah simbiosis, untuk menjaga kemaluan, status  maruah, dan keturunan.

Dan bukanlah tugas saya untuk mengata apa-apa. Manusia berbeza-beza. Ada manusia yang mengutamakan “feel” semua nak ada “feel” ada manusia tak ada “feel” kemaluan dia tetap ada selera mau makan. Asal kita tak melanggar undang-undang berusaha untuk tak sakitkan hati orang dan sedar untuk tak nak sakitkan hati orang, lebih baik tinggal dalam hutan sorang-sorang, oklah tu.

Dan harus jua kita ingat pesan Iman Ghazali, mesti mau lihat orang lain adalah lebih baik dari kita. Sekurang-kurangnya mereka beranak pinak dan anak-anak merekalah itu harapan kita di masa hadapan. Ko Mardhiah, jangan banyak nak mereceh sangat, mana tau besok ko duduk rumah orang tua-tua, anak-anak ini gak yang akan jaga ko nanti.

No comments: