Macam-macam. Orang yang nak menghalau hantu setan ni memang
macam-macam kaedahnya. Di pihak saya, nak kata tak percaya Raja-raja,
bangsawan, pembesar kita tak ada connection langsung dengan Iblis pun tak bule
juga. Al maklum orang kaya. Dulu kita tak ada system alarm. Tak ada security
gurd, bila harta dan melimpah ruah, mereka guna khidmat hantu raya.
Katanyalah…tu
Sebagai muslim biasa, patik pacal yang hina, kami tak perlukan
hantu raya, saka dan yang sewaktu dengannyanya.. Apake beban, apa ke ufti, pengeras
yang perlu dibayar, kami tak ada nak masuk port akan hal itu.
Bila Islam datang, Islam tak memerlu itu semua, hanya perlu
mengesakan Ilahi, berkasih-sayang, rajin berusaha, berbaik sangka dan 1001
macam sifat-sifat terpuji terkandung didalam ajaran Islam. Amal aje itu. Untuk
mendapat redha Allah tak susah, tapi tak juga senang. Manusia ni ada nafsu. Nak
mendisplinkan nafsu itulah yang susah.
Apabila kita sendiri pun terkial-kial melawan nafsu dalam
diri sendiri, harapnya kita tak dibebankan untuk menghalau segala hantu, setan,
iblis yang didakwa, dipercayai, masih ada dalam simpanan warisan Nenek
Moyang-Raja-Raja, bangsawan, pembesar kita. Baik sangaka saya hanya satu,
Raja-raja, pembesar dan bangsawan, hartawan kita sedar, tika, menerima Islam,
sebarang hubungan-komunikasi dengan dunia “halus” telah dihentikan.
Saya menaruh sangka-baik yang sangat tinggi kerana sudah
lama Islam bertapak di bumi bertuah ini, semua sudah dapat menghayati kecintaan
terhadap Ilahi dengan sepenuh hati tanpa ragu dan berharap kepada yang lain.
Dan saya pilih berbaik sangka dari jahat sangka sebab dalam keadaan saya,
persekitaran saya, baik sangka itu lebih mudah.
Keadaan persekitaran anda mungkin sama sekali tidak sama
dengan saya. Sebab itulah pendekataan
kita berbeda. Dan segala pahala yang tidak terkira, darjat yang tidak terhingga
tinggi makamnya adalah semuanya untuk kamu jua jika barisan kamu dapat
membuktikan baik-sangka saya ini hanyalah sebuah ilusi. Saya hanya boleh berdoa
jika baik-sangka saya hanyalah sebuah ilusi, Allah cepat kejutkan saya dan
Allah tidak mengapa-apakan diri ini, dek kerana baik-sangka yang telah saya
pasak dan pahatkan dalam diri.
No comments:
Post a Comment