2016 ni macam tak ada
issue yang menarik untuk dihendap (stalk), di”follow”. Semua macam dah basi. Mungkin
saya tidak ada apa-apa untuk dicatatkan dalam jurnal ini, selepas ini. Kita
sebenarnya gadis yang cantik, jadi gadis cantik tak perlu berfikir, kita cuma
pilih lelaki yang betul untuk kita tiduri.
Kita yang cantik itu hanyalah perbandingan saja, janganlah
dibaca secara harfiah, sebab kalau literal nanti pasti ko muntah hijau sebab
yang menaip ni biasa-biasa aje. Tak cantik langsung! Mak dia selalu cakap,
lelaki nak pandang pun tak selera. Dia ni nak pakai bedak pun malas. Dia tak
malas tapi dia berdelusi ada saintis cakap kalau dia pakai bedak nanti
pori-pori di mukanya tersumbat tak
bernafas nanti boleh mati.
Ok berbalik pasal gadis cantik yang tak perlu berfikir itu.
Siapakah si cantik manis yang jadi rebutan dua gergasi dunia itu? Sapalah lagi
kalau tak Negara kita, Malaysia, ini. Jadi gadis cantik memang best, tapi kalau
dah jadi rebutan, gadis boleh bingung. Kalau kita perhati iklim politik
sekarang macam gadis ini tidur dengan kedua-duanya sekali hahaha…
Sebelum saya menaip lebih lagi, mari saya khabarkan siapa
lelaki yang berebutkan gadis cantik ini. Saya bubuh lelaki A dan C. A – dari pertamadunan
Anglo-Amerika, tapi saya suka nak panggil abang Greenback. So tukar A jadi
Greenback (GB), C pula yang antisemitism seperti German, Cina apa eh lagi satu
ntah. Anti (GB). Dua kuasa besar gabungan ini berminatkaaaaaan….oh mari kita
panggil di Melur, Melur si Pengarah Melur Inc.
All right now we have Melur, Abang GB dan apa ah nak namakan
anti-yahudi ni eh. Hah Abang Penyelamat hahaha, nama pendek abang Hero. Saya namakan
penyelamat di sini sebab rakyat Melur majoritinya beragama Islam, Islam = anti-semitic,
anti-Semitic = Islam? Persepsi? Whatever. Kenapa saya kata Melur tidur dengan kedua-duanya sekali….pertama
Melur jual banyak asset dalam syarikat pelaburan strategiknya pada Abang Hero,
dalam masa yang sama Melur sedang mau menandatangi perjanjian perdagangan bebas
dengan Abang GB, walau majority rakyat Melur tak suka berjanji-janji dengan
Abang GB. Tapi kenapa Melur buat juga. Seperti yang telah saya kata tadi, Melur
perempuan cantik, dia tak perlu berfikir, dia cuma perlu “flirt”/membelai jiwa
peminat-peminat dia.
Tapi kini hanya ada satu masalah ni….Masalah besar ni. Ada
pula tok Imam, atau tok Majlis tetua kacau daun dengan skrip watak mau selamat
maruah si Melur yang sudah lari dari landasan seorang perempuan timur yang
baik. Tok Majlis Tetua inilah sekarang yang seperti jadi batu penghalang untuk
Melur terus buat apa yang dia suka.
Berjayakan Tuk Majlis Tetua? Sesungguhnya saya malas mau
follow dah cerita perempuan cantik ini, sebab sapapun yang menang, Melur tetap
perempuan cantik yang tidak perlu jadi director dalam ertikata sebenar-benarnya
seorang Pengarah. Kalau Tuk Majlis menang pun Melur tak perlu Direct Melur Inc,
sebab Tuk Majlis akan buat kerja tu untuk dia.
Cuma sebagai peminat undang-undang, Undang-Undang Syarikat
kata Pengarah Syarikat biarlah jangan umurnya lebih 75 tahun. Kalau nak lebih juga
kenalah ada surat doktor. Tuk Majlis sudah limpas umur ini. Dari orang tua yang
mengarah, biarlah Melur terus memain-mainkan perasaan Abang GB dan Abang Hero.
Sebab orang tua tu tak lama lagi nak mati. Kalau mati separuh jalan, Melur kena
berbalik semula pada Abang GB dan Abang Hero.
No comments:
Post a Comment