Saya jangka 2016 bakal saya lalui dengan mudah, biasa-biasa, tenang tidak mencemaskan. Rasa 2016 akan menjadi satu tahun yang plain, tak ada keluh-kesah, tak de bengang-bengang, tak de sakit-sakit hati, komplen sana, komplen sini, bikin sendat dada sahaja. Itulah yang kita mau bila usia udah menginjak 40-an ini, kalau dada selalu sendat, aliran darah makin slow, jantung boleh koyak-rabak, serangan jantung ohhh...
Pasal ekonomi, pasal kesukaran hidup kerana barang semua naik, ekonomi negara pula dijangka akan lebih lembab dari tahun sebelumnya itu sudah dalam ramalan dan sudah saya sedia secara mentalnya. 2016 akan jadi tahun sukar tapi okla bolelah....kan.
Sebelum masuk 2016 saya ada sembang dengan ahli keluarga. Sebenarnya lebih kepada mengeluh, "hai apalah nak jadi negara ni, barang makin naik, cukai makin tinggi"
Seperti biasa saya akan pertahankan GST. Saya kata cukai tak salah, sistem tak salah, orang dalam sistem, atau pengendali sistem mungkin tidak bersedia, atau mungkinlah ada masalahnya di situ. Rahsuah, barangkali, well barangkali. Seperti yang dijanji dengan GST memang ada yang kena cukai, tapi ada juga barang yang patut harganya turun. Namun setelah pelaksanaannya semua naik, tak ada turun. Macam mana tu? Bukan kita tak ada badan yang patut memantau perkara ini, tapi dari dulu sampailah kini barang makin lama, makin tinggi harga. Lepas tu kita bercakap pasal peniaga tamak yang menyorokkan barang, dan macam-macamlah lagi. Apa kerajaan buat?
Elok mau sesuka hati meletakkan kesalahan pada KPDNKK, virallah pula berita ini. Kita harap mereka kerja kuat, pastikan barang yang patut turun harga, turun harganya....tapi malang sungguh mereka kata pula bajet mereka kena potong...so kalau bajet kena potong duduk-duduk ajelah eh dalam opis masak-masak. Ada yang kata ini fitna, tak betul, boleh rujuk sini dan sini dan mana-mana blog pro-pemerintah...
Apapun ceritanya ayat "bawa bekal ke pejabat" itu memang sudah keluar walau bukan dari mulut menteri. Menteri bolehlah kita tak sekolah tinggi, asal orang suka boleh jadi menteri, tapi KSU memang orang pandai. Nak jadi KSU bertapis-tapis kena lalu. Memang bukan orang tak sekolah punya orang. Patut KSU janji, gesa penguatkuasa di kementerian tempat beliau berkhidmat lipat gandakan usaha pemantauan, dengar, ambil cakna aduan pengguna dengan sebaik mungkin, ini kalau dah KSU di kementerian yang ada kuasa pantau harga barangan agar pengguna tak terinya, pun dah lemah semangat dan beralah saja pada apa-apa harga pada ketetapan peniaga, susah mau cakaplah.
Mau bising-bising memang tak guna. Kau ada kuasa heret mana-mana peniaga jahat yang sesuka hati naikkan harga barang untuk dapat untung yang berlipatkaliganda, tapi ko kata tak apa, biarlah. biarlah mereka menang. Jadi sapalah lagi nak menangkan pengguna? Jawabnya tak ada. Ngadu sama tuhan, solat banyak-banyak, doa panjang-panjang minta Allah bagi kekuatan pada penguatkuasa yang menjaga harga barang kerja betul-betul, kerja baik-baik, berani-berani, jangan tunduk pada sogokan peniaga jahat, pun oklah bolehlah. Bagus juga tu. Tapi jangan harap sangat makbullahkan, dan bos dia sendiri suruh duduk diam-diam, masak-masak,kan. I kalau bos kata tahun ni bajet kita sikit so u duduk opis masak-masak ajelah, I lagilah suka. Bos dah bagi greenlight tu.
Terkocak jugalah sikit rasa tenang di dada dan minda ini. Sakit betul rasa hati saya. Tapi saya kata kalau kau sakit hati, pun ada sapa mo pujuk? kena pujuk sendirilah gamaknya. Salah satu cara orang perempuan melupakan sakit hati ialah dengan membeli-belah. Jadi semalam saya beli beras, beli barang dapur sikit dan hari ini saya bawa bekal ke pejabat...bengongkan.
Cabaran manusia moden bukanlah nak ubah-itu-ini, (pada sayalah, kamu saya tidak tahu, mungkin ada diantara kamu yang ada kuasa untuk mengubah, ubahlah...tak kisah, waima lepas diubah jadi jadi lagi teruk, umpama tikus baiki labu pun, saya ok aje) cabaran di alaf mendatang ini ialah untuk kekal menjaga hati agar tenang dan ceria selalu.
Kesimpulannya 2016 ialah tahun yang penuh liku-liku yang menyakitkan hati, jadi marilah kita berkongsi apa kau bikin apa saya bikin bagi mengembirakan/merawat hati yang sakit itu hihihi...good day, ceria selalu ya.
No comments:
Post a Comment