Kita tak usahlah sibuk banding-banding gaji orang, gaji kita berapa ya? Saya syukur diberi faham dengan kegedikan PM kita mau kejar kedudukan Negara Maju pada 2020. Akauntan siap kira lagi kalau dah maju esok gaji RM4,000.00 sebulan tu biasa-biasa aje. Masa tu gaji saya kalau ikut surat tawaran tak termasuk elaun ialah RM500.00 plus plus. Tahun tu tahun 2000. Tidak pulalah saya rasa apa-apa risau ka apa,kan. Memang tak risau satu habuk pun.
Masuk dalam tahun 7, 8 berkerja, mulalah sibuk Akauntan cakap pasal sistem perakaunan Akruan. Apa Akruan ni? Tak payah pening, dia gini kalau kerja cikgu mau dapat taraf maju kena ada "x" bilang guru bagi "YY" bilangan murid, jadi dalam bidang kewangan untuk maju kena guna sistem Akruan. Wajib ka? Rasanya tidak. Tapi semua negara maju guna sistem ini. Jadi untuk tujuan keseragaman kita kena guna juga. Wawasan 2020 diulang lagi sekali. Ada tawaran sambung belajar separuh gaji bagi yang minat untuk memajukan diri dalam kerjaya. Saya pohon dan alhamdulilah diterima. Lepas belajar tak terus naik pangkat, kena bersaing dengan graduan lain. Kira pergi cuti dan belajar ni seiklas hati saja, meningkat ilmu pengetahuan.
Balik belajar, walau masih kerani cabuk tapi diberi kepercayaan masuk team bajet. Pergi ceramah bajet, seminar, bengkel semua. Bila dah sebut bajet maka diulang-ulang lagilah pasal wawasan 2020. Diberikan gambaran kedudukan prestasi negara dalam mengejar wawasan ini. Kalau dulu saya tak ambil port sebab saya kata Tun M Perdana Menteri kita pada masa tu "psiko kuat berangan" lagi mengada-ngada minta puji hahaha. Tapi bila saya lihat Akauntan begitu gigih berceramah dengan slide, carta, graf, data segala bagai, Rekod pencapaian semasa, tahun lalu, penjajaran semula dan lain-lain, tiba-tiba penceramah bertukar wajah jadi Ejen Hanratty dalam felem "Catch Me if You Can" mengejek saya yang tiba-tiba sudah jadi Frank Abagnalelah pula "oh... remember, government always win, knock, knock ha ha ha ha". yeah... yeah... yeah... yeah, government always win. Hah ingat tu.
Kerajaan akan menang dalam misi menukar taraf Malaysia ke Negara Maju dalam tahun 2020 nanti. So what if I fail to get basic pay of RM4,000 a month? Well cut down your expenses, bawa bekal ke pejabat, you idiot!"
But RM4,000 is ridiculous!" apa yang ridiculous? Saya yang pekak tak ikut kursus/ceramah 9 cabaran wawasan 2020 betul-betul. Ko tengok tu Datuk Vida umur 44 tahun, sales dia satu jam jah dah berapa. Jangan dengki nak muntah hijau tengok gaya dia yang over tu. Tengok apa rahsia dia? ha dia kata dia solat hajat 10x sehari, solat sunat Dhuha tak tinggal, zikir dan doa pun tak tinggal. Ko ada? Janganlah nak dok paraniod kunun ini propagada buatan Dajjal dan dok harap-harap tak lama lagi dia pun sama tenggelam macam Dato' JusMate 5, atau novelis pop budak setan Akhdiat Akashya. Cuba dulu buat amalan ritual yang dia lakukan dengan tak payah ambil cuti ka hapa. Buat tiap-tiap hari, terbuat ka awak?
Saya honestly saya memang tak terbuatlah, sunat Qabliah, ba'diah pun ikut ikut mood....jadi sesuailah sangatlah tu pagi hari bangun awal siapkan bekalan ke pejabat dan telan liur jak tengok orang mewah-mewah tunjuk barang shopping mahal-mahal, kereta, rumah mahal-mahal, kembara, melancong sertat dunia....janganlah nak dengki ka apa ka. Life saya sekarang pun best apa? "I love my job" bak kata Ejen Hanratty pun. Tak pe if some of you, great thinker wannabe, out there think we are KELDAI. Life as goverment auditor is like shit, running around mengejar evidence untuk issue yang kadang-kadang kita pun tak faham ntah apa tah issuenya untuk Ketua Audit Negara tapi "Goverment always win" ingat tu!!! hehehe
In business also, ada orang yang tugasnya untuk bikin orang business makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena... Can we just be happy for whatever you have? |
Jadi kalau boleh tu sama-samalah kita kurangkan-kurangkanlah rasa nak meluat-meluat, kata si anu, si anu, si anu. Ceria-cerialah selalu. Rasa nak marah, nak kutuk orang, nak salahkan orang sebab kamu susah, ingat Datuk Vida. "Qu Puteh Qu Puteh barulah Puteh....muaahhhhs" Ingat Dato kata apa? Jangan putus asa sama tuhan, zikir, doa jadikan amalan.
No comments:
Post a Comment