Ini sambungan dari
cerita yang lalu....
Bila saya tengok gambar-gambar dalam link di entry itu, hati saya kata eish macam tak kena, "eh ini tak kena, itu pun tak kena" macam fishy aje. Tapi bila saya baca tulisan
Raja Petra ini, terus terdetik dalam hati "hah ini baru ngam" hiks.
|
Macam ada yang tak kena dengan gambar ini. Patut ka seorang Negarawan digandingkan dengan yang hok tiga lagi tu? ei tak patut tak patut. Sungguh tak patut. Umpama pinang dibelah kapak aje. Sakit mata memandang.
|
|
Yang ini pula kalau diberi caption "bagai pinang tua mencucuk pinang tua, muda" memang ngam sangatlah tu.
|
Ok, pasal YTL pula...Memang logik juga kalau mereka marah PM. Tak pasal-pasal good cash flow from IPP terberhenti begitu sahaja. Saya cuba tengok-tengok juga financial statement mereka, jika ini ada impak kepada untung-rugi mereka tapi ntah tetiba aje jadi malas. Kalau adapun pasti ia tidaklah significant mana,pun. Orang dah sedia kaya, alah IPP tu ciput aje, tidak mematikan, pun. Jadi kenapa mesti marah? Sedekah ajelah,kan. Habis cerita. Tak usah gaduh-gaduh, take trouble segala bagai, curi, pinda dokumen orang, upah orang tulis dan siar dokumen yang telah dipinda itu. Sebab apa? marah? Tak puas hati orang baru dah tak pedulikan kamu? Kalau marah pun kenapa bersusah-susah mau kasi kena balik, balas dendam, bergelut dalam red ocean, if the blue one is there to be explored? Itu kata kita, yang tak suka bergaduh. Kata mereka kita tak tahu, kita tengok ajelah drama apa bakal dipersembahkan pada 2016 nanti....
|
Memang ada penurunan, tapi 2013 pun rendah juga...jadi kena tengok 2016, 2017.....terlalu awal nak kata penamatan kontrak IPP beri impak kepada kedudukan kewangan YTL berdasarkan financial highlights tanpa membaca keseluruhan Laporan. Kalau minat mau analisa lebih-mendalam silalah ke sini. |
|
Saya tertarik dengan Dividend per Share 2015. Sungguhpun dalam tempoh 5 tahun kebelakangn ini (2011-2015), tahun 2015 mencatat "Profit After Tax" yang terendah, tetapi dividen tertinggi dibayar dalam tahun ini. RM9.50 tuh pergh. Mata kita yang sepatutnya tertumpu pada "Earnings Per Share (EPS)" pun terpana sekejap melihat grafik yang mencanak naik itu. Bayangkan mak ada 100,000 unit jer,cer kire, cer kire brapa mak bule dapat tanpa susah-payah buat apa-apa. Tersihir dan lupa sebentar dengan EPS. Opocot sen rupanya alahai, mintala maaf tak pakai cermin mata...hahahaha...lebih 1.50 sen (anggaran) dari ASB. |
oklah apa-pun selamat tahun baru ya. Gue cuti panjang ni.
No comments:
Post a Comment