Hari ini memang kompemlah ProTUN-antiNajib sudah rentung,
bila blogger (anti Najib bukan anti Najib sahaja, anti semua termasuk sebelum
tu PakLah kalau lepas ni TSMY, lepas-lepas tu Mukriz Mahathir pun dia anti.
Blogger antiPMlah kita panggil dia ek.) anti-PM no 1 negara sudah mengakuinya.
Bila dah kalah, mereka ini kental sifatnya, memang darah
pejuang mengalir dalam diri, mereka bertukar strategi pula. Kalau dulu mereka
mendemonkan Najib kasi orang benci sama beliau, kali ini dia menuduh ahli UMNO mendewakan
Najib pula.
“Dalam
PAU yang baru berakhir itu, perwakilan telah mengangkat Mohd Najib menjadi
“demigod” - manusia suci yang ada kuasa luar biasa.” A
Kadir Jasin
Najib adalah dewa keramat UMNO. Eh baguslah kalau dewa,kan. Tak,
tak bagus langsung, dewa, iblis dua-dua tak bagus kerana kita ini agama langit,
kalau tak langit orang sini beragama majusi, pagan sembah spirit. Tak kira Melayu, Cina atau India atau bumiputera Sabah Sarawak, tuhan
kita bukan manusia, tuhan kita berbentuk mistikal. Jadi bila antiPM mula
melakar-warna orang UMNO sembah PM, maka
non-UMNO akan rasa takut dan benci. Orang UMNO pula rasa teruk. Macam
dah menyekutukan Tuhan pula jadinya. Sebagai Islam tak ada apalah kedukaan
selain dari duka orang pandang kita ini sudah menyekutukan tuhan.
Apakah Najib mo jadi Tuhan, sudah berasa yang diri Tuhan.
Itu antara dia dan Allah. Adakah dengan berbuktikan video ini sudah boleh kita samakan Najib dengan Firaun. Ntahlah,
saya bukannya Tuhan, pun, saya juga bukan Mufti atau presiden Majlis Fatwa
Negara yang boleh mengata apa-apa.
Pada pengamatan saya, Najib cuba hulur salam perdamaian tapi
ditolak dengan angkuh sekali. Blogger-blogger penyokong kuat mereka mengatakan,
apa perlu berdamai kalau tak pernah bermusuh. Bagi pemerhati kerdil macam saya mestilah terharu, terpukau, terlongo dengan perlakuan PM terhadap penentang
beliau. Patut dipecat dua orang tu, tak tau apalah dikatanya, bila tak marah sedia berdamai mengambil Sunnah “tidak sempurna iman jika tidak mengasihi saudaramu
seperti mengasihi diri sendiri” kita yang menengok ni, memuji-muji, ai bagusnya PM, macam itulah akhlak orang baik, tak sangka pula
dikata-katanya bertuhankan selain dari Allah.
No comments:
Post a Comment