Misti ko kata tembirang, tak follow Rewcastle Brown, sedangkan
cakap pasal 1MDB. Excuse me, saya bukan cerita pasal 1MDB, pun tapi saya cerita
pasal perdebatan antara Wan Ahmad Fahsyal yang menamakan dirinya sendiri
sebagai NOVICE dengan seorang Aji yang merupakan CFO kepada sebuah syarikat di
sini.
Ia seputar semberono WAF yang percaya 1MDB adalah sebuah
syarikat yang bermasalah dan tidak boleh diselamatkan dengan berpandukan nisbah-nisbah dalam panduan jawab soalan periksa di sekolah. Sedangkan dalam menilai sesebuah Syarikat, ia tidaklah semudah itu. Jadi bila
analisa sisimplistik itu ditulis secara terbuka di ruang maya, sudah tentula ia
akan mengundang saya kira bukan kritikan tapi teguran. Apabila teguran baik itu
diterima dengan perasaan paranoia mangkali tu (Dia hero Jedi penyalamat. Yang menegur tu Dath Vader, Jedi sesat. Jadi janganlah dicucuk-cucuk lagi dia tu), terjadi perang mulut kontroversi yang bikin ramai suka follow.
Jadi, memang saya sebelum ini tidak ambil port langsung
pasal tulisan Puan Brown di Sarawak Report, sehingga school mate saya share artikel ini di FB. Ada orang janji upah Justo untuk mencuri dokumen petrosaudi tapi tak bayar. Dokumen itu telah Puan
Brown ubahsuai untuk menunjukkan PM kita telah curi duit dari 1MBD sehingga
menyebabkan syarikat itu menghadapi masalah menyelesaikan hutangnya.
Kawan saya kata Zionist punya kerja tu. Bila sebut Zionist tentulah kalau
Brown, Justo….orang kulit-kulit umpama itu, hmmm betullah tu. Saya
memang malas mo follow, tak de terclick apa-apa dalam FB pun tapi sejak dua
menjak ni keluarlah cerita itu. Yang keluar muka orang Asia. Cuma
tunjuk-tunjuk gambar, muka yang begini, begini dan begini aje. Tak rope Zionist punnnnn. Sebab bila sebut Zionist kita mesti tebayang muka orang putih,kan.
Itula ni saya dah fed-up. Dah seminggu ni, bagilah orang jawab
straight to the point. Esok saya ada final
paper untuk disudahkan. Jadi untuk mengeluarkan rasa bengkek, saya pun menulis.
Terapi minda. Kalau tak diluahkan nanti akan jadi cat & mouse dalam kepala
ni. I need to clear it so that I can concentrate on Entrepreneurship ok!
Bengkek ini.
Rasa-rasanya makan stem cell Datin Ummi Aida bebanyak muka kita boleh jadi iras Puan Brown tak? |
No comments:
Post a Comment