Dah lama tak ngumpat kawan-kawan facebook. Memang dah pencen
dahla ni tukar aktiviti baru. Lagi pun saya busy dengan my final exam, for my
final trimester. Lepas tu saya akan sibuk pula dengan post graduate. Ikut hati
sudah-sudahlah tu. Tapi sebab saya sudah berkompang dengan kawan-kawan mau buat
master, aiii terpaksalah buat juga. Kalau ikut hati, malas sudah.
Cukup-cukuplah kan.
Lagi satu saya ada hobi baru….hah
mendoodle. Tapi hobi ini takkan saya
sibuk-sibuk nak jual ka hapa ka saja suka-suka, melembut-lembutkan jari tangan.
My target is seni penulisan khat. Saya ada dengar orang cerdik pandai kata
“perelokkanlah tulisanmu, ia akan jadi rezki” Ntah sapalah yang cakap tu heh!
Mau saya gossip juga pasal
kawan-kawan FB. Tak adalah apa update mereka yang menarik, pun cuma ada sorang
mamat tu tengah sesungut pasal wawasan 2020. Wawasan tinggal empat tahun jer
lagi tapi kita tetap macam ini. Memperlekeh-lekehkan orang perempuan, tak
menghargai perempuan katanyalah. Attitude kita terhadap golongan hawa sangat
tak “WORLD”
Saya perempuan juga and I don’t
give a damn carelah pasal benda macam ini. Hari itu masa malam penutup induksi,
kami berlakun cerita P.Ramlee…3 Abdul. Dia orang yang berlakun saya duduk
tengok saja. Tiga Abdul ini mengukuhkan peribahasa? Kata orang tua? Attitude
orang Melayu terhadap orang perempuan “belajar tinggi-tinggi pun, nanti
terceruk di bawah dapur” Cerita itu sempoi, bapak ada masalah business, suruh anak
pikat anak orang kaya, sattle masalah.
Lalu saya teringat kawan yang ada
masalah dengan wawasan yang macam samar-samar aje ni. Eh boleh ka tercapai, ka
ini. Saya berkursus selama sebulan di Nilai, tapi peserta, penceramah majority
warga Putrajaya. Saya selalu optimis, tapi kali ini saya kata payah juga tu,
less then four years tu. Oh kawan saya yang bising pasal Putrajaya tak “WORLD”
ini diberikan tugasan yang maha berat “mempromosi minda Inovasi, rakyat
Malaysia”
Malaysia ini memang pelik, semua
benda kerajaan tanggung, sampai minda pun kerajaan nak tanggung juga. Inovasi
kunci survival pada masa hadapan. Maybe kawan itu patut rendahkan sikit
ekspektasi dia. Inovasi agak sukar dicapai kalau kita masih berharap pada model
3 Abdul. Kawan patut buat survey-survey sikit dikalangan dia-dia, ada tak Sadik
Sigaraga mentua 3 Abdul. Silap hari bulan respondent akan maki balik kawanku
itu. “perempuan itu tuhan jadikan untuk enta berseronok-seronok bukan dibina
mindanya, perempuan yang berfikir itu, boleh kasi enta kanser prostate, tau”
Saya pula masih rasa terkejut
yang one of Tan Sri’s SME’s tak appreciate pun Tan Sri punya tulisan, karya
yang bersepah dalam jurnal Audit Negara, Dia respek Tan Sri sebab Tan Sri solat
Dhuha. Saya tidakla mau memperkecilkan peranan solat, cuma mau kau fikir sikit, tanpa membaca, menulis, hanya
solat, mampukan Tan Sri mengekalkan rasa percaya, segan dan hormat orang
pada Jabatan kami?
So adakah lagi 4 tahun kita akan
dapat wawasan 2020? Kan saya dah kata wawasan tu, wawasan psiko kuat berangan
Tun Mahathir jerk tu. Lebih baiklah kita happy bikin masak-masak kat rumahlah.
Tok susah-susah hati sangat kalau kempen inovasi kau tu tak laku. Hahahaha they
don’t believe in innovation, yang dia orang percaya ialah kawenkan anak
diaorang dengan orang macam Tan Sri. The problem is, orang macam Tan Sri tu
berapa ketul jerk.
Haaaaa, itu pasal literature
contemporary Melayu dipenuhi cerita perempuan psiko berebut hero, lelaki psiko
berebutkan heroin. Punyalah berebut sampai nak berbunuh-bunuh. Ada tu memang hero dengan heroin mati, banyak sangat kena pawang, kena santau ubat guna-guna Asal cerita Melayu aje mesti ada watak mentel yang
jadi mental sebab tak dapat bermentel dengan pujaan hatinya. Suka, percaya sangat solution Tuan Sadik Sigaragar dalam 3 Abdul. Ada peminat Tan Sri P.
Ramlee nak marah, jangan marah, kalau marah nanti kena jual.
No comments:
Post a Comment